Thursday, April 10, 2014

SELEPAS PENCALONAN DITUTUP!!! Tian Chua tarik diri, 4 calon bertanding Timbalan Presiden PKR


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sah mencabar isteri beliau Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk merebut jawatan presiden parti itu.

Ini merupakan percubaan pertama ketua pembangkang itu bertanding jawatan yang disandang Wan Azizah sejak penubuhan parti itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Datuk Johari Abdul turut mengumumkan Tian Chua dan Elizabeth Wong menarik diri dari persaingan jawatan timbalan dan naib presiden PKR.

Read more ...

MALAYSIA HARI INI!!! Panda luar negara dibayar berjuta-juta, rakyat dalam negara masuk penjara kerana kebuluran


'Saya terdesak, tuan'AYER KEROH - “Saya terdesak tuan, saya dah minta kerja di kilang tetapi mereka tidak mahu ambil kerana faktor usia," kata Mohd Zahar Basiron, 43, yang dijatuhi hukuman penjara 3 tahun 6 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Beliau menerima hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas tuduhan cuba merompak sebuah kedai runcit, bulan lalu.

Hukuman diputuskan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Zahar didakwa cuba melakukan rompakan ke atas kedai milik Lim Terk Loong, 29, di kedai runcit Star Biz Mini Market di Jalan Rambai Jaya 2, Taman Rambai Jaya, kira-kira 8.30 malam pada 6 Mac lalu.

Read more ...