Friday, September 20, 2013

PEMILIHAN PAS!!! Ustaz Ismail Che Nik atasi 2 calon menang YDP PAS Teluk Intan

TELUK INTAN : Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Teluk Intan Kali ke-39 baru-baru ini menyaksikan jawatan Yang Di Pertua kekal disandang oleh Ustaz Ismail Che Nik. Mesyuarat agung tahunan tersebut telah diadakan di Dewan Karentina, Batak Rabit dekat sini.

Walaupun berhadapan dengan dua orang lagi calon YDP namun Ustaz Ismail telah berjaya mendapat undi terbanyak dan mengatasi calon-calon lain. 

Selain itu, jawatan tertinggi kawasan yang turut melibatkan pertandingan ialah Naib Yang Di Pertua turut menyaksikan persaingan tiga penjuru yang mana akhirnya undi terbanyak perwakilan telah berpihak kepada Hj. Mohd. Azhar Rafiei. 

Walau bagaimanapun, jawatan Timbalan Yang Di Pertua telah disandang oleh Sdr. Rahmat Maliki selepas tiada pertandingan.

Para perwakilan juga telah memilih 18 ahli jawatankuasa daripada 42 orang yang dicalonkan.

Read more ...