Saturday, July 14, 2012

15 CAWANGAN PAS DIRASMI!!! Dalam masa seminggu di Sarawak

Dalam hanya seminggu kami berjaya meresmikan 15 Cawangan PAS , Sadong Jaya, Sarawak...Insyallah lagi ramai yang sudah menyertai PAS di Sarawak...

Read more ...

JOM TENGOK!!! Reputasi Najib di mata dunia, setaraf pemimpin regim

Najib silap besar sekiranya berpendapat dia telah berjaya meyakinkan rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa rancangan pembaharuannya sebagai berjaya...
  • Beberapa bulan lalu, Najib telah dinobatkan sebagai juara "Double-talk" oleh Washington Post, akhbar berpengaruh yang dibaca oleh orang-orang seperti Presiden Obama dan pemimpin lain di AS.
  • Washington Post membidas dalam editorial berbisanya selepas Najib dihantar pulang wartawan kontroversi Saudi Hamza Kashgari untuk menghadapi hukuman dan mungkin juga kematian.
  • Bahasa kasar yang digunakan oleh akhabr AS menjadikan ramai yang mengangkat kening dan menyebabkan perasaan cemas di Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia.
  • Pada 8 Jun yang lalu, akhbar bereputasi tinggi di Kanada pulak, The Globe and Mail telah mengkategorikannya sebagai " demokrat palsu".
  • Dalam satu artikel bertajuk 'Satu senarai semak abad ke-21 para autokrat baru', Najib telah diletakkan setaraf dengan autokrat yang paling teruk di dunia.
  • Pengarang Mark MacKinnon telah mengkategorikan autokrat kepada empat kumpulan - demokrat palsu, egotists gila, populis ganas dan kapitalis kapalan.
  • Najib telah dimasukkan ke dalam kategori yang pertama, bersama-sama dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, Perdana Menteri Ethiopia Meles Zenawi dan Perdana Menteri Kemboja Hun Sen 'bekas ahli' kelab adalah bekas Yugoslavia Presiden Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.

    JOM ABU...
    Asalkan Bukan Umno...

    Read more ...

    TIPU MUSLIHAT!!! Apa kata Orang Kuat Utusan dan Ulama Muda UMNO



    PANAS BERAPI!!! Tektik keji lagi hina Utusan Malaysia (akhbar Umno) dikantoikan wartawan Malaysiakini semalam!!..




    Rupanya SPIN (putar belit) berita sudah menjadi darah daging media2 utama Umno...




    Sebab tu kita tak pelik, Utusan Malaysia diishtiharkan sbg akhbar yang paling kerap di saman, dan paling banyak kalah saman di Malaysia!! SHAME ON YOU UMNO!!
     ABU

    Read more ...

    KERJA 10 KALI GANDA!!! Muhyiddin makin gabra, Johor akan tumbang

    Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno... merangkap Timbalan Pegerusi Barisan Nasional (BN) serta Timbalan Pengerusi Demokrasi Terbaik Wassatiyah... mahukan anggota Umno/Bn Gelang Patah berusaha habis-habisan dalam mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya ke-13 (PRU-13)... bukan setakat habi-habisan beb tapi mahu ianya dilipat kepada 10 kali ganda dan kalau boleh 24 jam tanpa henti... kah kah kah !.

    Kemungkinan Bn kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi Parlimen Gelang Patah mungkin sudah beliau rasakan... memandangkan kerusi Parlimen P162 tersebut yang kini disandang oleh BN/MCA hanya dimenangi dengan majoriti 8851... dan dua Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu N48 Dun Skudai dan N49 Nusa Jaya... Kerusi Dun Nusajaya disandang oleh Abdul Aziz, manakala kerusi Dun Skudai pula dimenangi Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau.

    Kawasan Pilihan RayaBilangan pemilihBilangan PengundiPeratusan MengundiUndi Yang DitolakMajoritiParti Yang Menang
         P162 Gelang Patah              78,676    60,728    77.19%      2,244      8,851            BN
         N48 Skudai                          44,459    34,029    76.54%       590       12,854          DAP
         N49 Nusa Jaya                     34,217    26,699   78.03%        750       7,384             BN
    Menurut beliau "Kerusi Parlimen Gelang Patah perlu dipertahankan kerana ia menempatkan pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor iaitu Nusajaya... Saya meminta setiap anggota Umno Bahagian Gelang Patah dan anggota komponen BN mempertahankan habis-habisan Parlimen Gelang Patah. Tidak ada masa untuk istirehat lagi, kita kena kerja keras 24 jam sehari untuk memastikan kemenangan BN".

    "Nusajaya sebagai pusat pentadbiran kerajaan negeri Johor merupakan antara kawasan yang paling maju di Malaysia dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan pendidikan.
    Selain menempatkan Universiti Teknologi Malaysia, katanya Parlimen Gelang Patah turut memiliki beberapa institusi pengajian tinggi swasta bertaraf dunia seperti Newcastle Medicine University Malaysia, Marlborough College dan taman tema Legoland yang pertama di Asia".

    "Umno di Bahagian Gelang Patah perlu menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai calon BN bagi kerusi Parlimen dan Dun di Gelang Patah... sesiapa sahaja yang dipilih oleh Perdana Menteri kita perlu memberi sokongan tidak berbelah bagi dan bekerja keras... kemenangan dia calon itu juga adalah kemenangan kita".

    "Anggota MCA di Gelang Patah juga perlu melipatgandakan usaha mereka dan bekerja 10 kali ganda lebih kuat dalam memastikan kemenangan parti pemerintah di kawasan itu... kejayaan mempertahankan kerusi Parlimen Gelang Patah turut menyumbang kepada usaha BN untuk mempertahankan tampuk kekuasaannya di peringkat Pusat pada PRU-13".

    Ini lah yang dikatakan Bila Terantuk Baru Nak Ternadah (Tersedar) namun bagi Umno bukan nya bila Terantuk baru Ternadah ataupun Tersedar... tetapi bila dah rasa Umno hampir mampos baru nak sedar... itu pun bukan atas dasar kesedaran dan keinsafan untuk rakyat tapi demi menyelamatkan kerjaya Politik yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan... kah kah kah !. [sumber klik sini]


    hemmmmm..... kalau lah umno/bn negeri johor yang dikatakan kuat didalam malaysia pun semakin kelam kabut dan terpaksa diarah bekerja 24 jam sehari serta melipatkan usha 10 kali ganda... tak kan lu oarang tak dapat bayangkan beb bagaimana keadaan tenatnya umno/bn di negeri-negeri lain... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan... heeeee... A B U.Mat Indera Siperjuang

    Read more ...

    KASIHAN NAJIB!!! (Video) Budak sekolah buat bising, penonton berpusu pusu keluar ketika Najib berucap

    SUDAH menjadi rahsia umum, setiap kali mengadakan majlis atau program, Najib Razak akan mengupah hadirin termasuk budak-budak sekolah untuk meramaikan programnya supaya nampak gah dan hebat.

    Semalam berlangsung sambutan Hari Koperasi Negara 2012, yang diadakan di Stadium Bukit Jalil. Seperti biasa budak-budak sekolah dari seluruh negara diupah untuk memenuhkan ruang stadium.

    Sungguh pun begitu, usaha memberikan upah itu masih gagal mendapat sambutan kerana masih banyak ruang kosong yang tidak dipenuhi di dalam stadium.

    Tambah malang, nampaknya kali ini jentera Najib Razak yang mengupah budak-budak sekolah tersilap memberikan upah kepada budak-budak yang barangkali memang menyampah dengan Najib.

    Hasilnya, budak-budak yang diupah ini membuat bising dengan membunyikan "air horn" ketika Najib berucap.

    Tambah melucukan Najib Razak terpaksa merayu agar penonton diam kerana suasana terlalu bising mengganggu ucapannya.



    Bukan itu sahaja, rakaman video menunjukkan ketika Najib berucap para penonton dilihat panas bontot dan ramai yang meninggalkan stadium kerana bosan dengan ucapan Perdana Menteri itu.

    Saksikan sendiri video di atas , dirakam oleh salah seorang petugas yang mengirimkannya kepada MiLo SuaM.Milosuam

    Read more ...

    AC MIZAL!!! Nak ajak berdebat juga ka dengan artis wanita yang baru bersama PAS ini


    Nampaknya AC Mizal makin pening. Sokongan untuk Abby Abadi makin bertambah. Kini Noryn Aziz bersama PAS. Dia menjadi tetamu Santai Bersama Selebriti 13 Julai 2012. Tahniah kerana sudi bersama PAS, semoga makin bersemangat.

    Juga AC Mizal terpaksalah mendapat semangat Jamal dan Amy Search untuk berdebat dengan Abby Abadi.


    Lagu-lagu Jamal Abdillah dan Amy Search masih sedap didengar walaupun mereka Umno. Kalau dari AC Mizal, bolehlah kita dengar debatnya.


    Tahniah Noryn. Kini ingin menunggu giliran Nasha Aziz bersama PAS, insyaallah…dia tak akan seksi lagi!!Kedah La

    Read more ...

    HIMPUNAN OREN!!! Terbukti aman jika polis tidak provok

    Himpunan Oren buktikan jika polis tak tembak gas tak provok peserta maka perhimpunan berjalan dengan baik


    KUALA LUMPUR, 14 Julai: Rakyat berjaya membuktikan perhimpunan berlangsung aman tanpa provokasi mana-mana pihak dalam Perhimpunan Oren Selamatkan Felda hari ini.


    Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tiada sebab mana-mana pihak mahu melakukan provokasi kerana berhimpun secara aman merupakan hak rakyat.



    "Pertama sekali kita ucap terima kasih kepada pihak polis kerana beri ruang yang sangat baik dan hari ini kita nak buktikan perhimpunan tanpa provokasi akan berjalan dengan baik. Dalam negara demokrasi, hak rakyat untuk berhimpun secara aman," kata beliau ketika ditemui selepas penyerahan memorandum membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Istana Negara petang tadi.


    Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang menjayakan perhimpunan dan perarakan dengan baik sehingga memorandum berjaya diserahkan kepada pihak istana.


    Perhimpunan bermula dengan solat Zuhur di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta dan berarak sehingga Jalan Dutamas 1.

    Polis hanya membenarkan peserta yang berjumlah kira-kira 5,000 berkumpul di situ dan menutup laluan.



    Mereka berkumpul sambil mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat, wakil-wakil NGO sementara enam wakil ke diiringi kereta polis ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.

    "Walaupun peringkat awalnya kita cadang nak berarak sampai istana tapi hasil perbincangan dengan pihak polis mereka hanya membenarkan kita berhenti di sini (Jalan Dutamas 1) dan pihak polis iring kita untuk hantar memorandum, adi keseluruhan berjalan dengan baik," kata beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.


    Read more ...

    HIMPUNAN OREN!!! Yang di-Pertuan Agong sampai salam kepada semua peserta

    KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Mazlan Aliman berkata, persepsi Umno terhadap pembangkang selama ini terbukti tidak berasas apabila Himpunan Oren Selamatkan Felda, anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF), yang disertai hampir 4,000 orang petang semalam, berlangsung dengan aman.

    Menurut Mazlan, kejayaan perhimpunan itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan menjadi bukti yang pembangkang mampu mengadakan perhimpunan aman jika tidak ada unsur-unsur provokasi.


    "Ini membuktikan yang persepsi negatif Umno terhadap pembangkang selama ini tidak berasas.


    "Tidak ada sebarang kekecohan, huru-hara yang berlaku petang tadi.


    "Malah, pihak polis turut memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang perhimpunan diadakan," kata beliau ketika berceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman di sini, malam tadi.


    Tambah beliau, pihak Istana Negara turut memberi kerjasama yang baik semasa sesi penyerahan memorandum diadakan.


    "Saya berasa berbesar hati, malahan Yang di-Pertuan Agong kita turut menyampaikan salam kepada semua peserta yang menyertai perhimpunan oren petang tadi," ujar beliau.


    Memorandum diserahkan kepada Pegawai Perhubungan Awam Istana Negara.


    Beliau turut berkata, persepsi media arus perdana yang memberi gambaran perhimpunan yang disertai hanya 1,000 orang tidak menjejaskan semangat

    pihaknya.

    "Kita sekarang berada dalam dunia tanpa sempadan. Rakyat boleh menilai sendiri dalam media baru, menggunakan Twitter atau Facebook.


    "Biarlah rakyat menilai sendiri. Rakyat kini semakin bijak untuk menilai sendiri. Jadi terpulang lah kepada rakyat untuk menilai," katanya.


    GSF disertai Teras Pengupayaan Melayu (Teras),  Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Badan Bertindak Peneroka Felda Malaysia (Bangkit), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Majlis Perundingan Islam Malaysia (Mapim), Badan Bertindak Peserta Felcra Malaysia (Bapa) dan Sekretariat Kebajikan Bekas Tentera Malaysia (Kerabat).SH




    Masjid Wilayah Jalan Duta

    Selesai solat

    Bergambar bersama Sdr Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK dan Dr Rosli Yaakop

    Perarakan bermula


    Dato' Seri Nizar Jamaludin dan keluarga menjadi tumpuan orang ramai

    Ramai yang minta bergambar bersama DS Nizar


    Barisan pimpinan 




    Ucapan ringkas berupa taklimat kepada orang ramai disampaikan oleh Sdr Mazlan Aliman



    Berarak menuju ke Istana Negara



    Haji Mat Razalli serta anak bergambar dengan Ustaz Idris Ahmad



    Pemimpin dibarisan hadapan


    Ceria biarpun dibawah terik mentari


    Pihak berkuasa polis membuat sekatan jalan menuju ke Istana Negara



    Semua pimpinan menaiki belakang lori untuk memberikan ucapan kepada orang ramai

    Tamrin Tun Ghafar Baba juga ada bersama


    CheguBard juga tidak mahu ketinggalan

    Orang ramai menunggu arahan seterusnya daripada pimpinan dan juga pihak penganjur Himpunan Oren

    Apa yang dibisikkan Sohaimi Mior Hassan kepada DS Nizar tu?
    Gambar : Ajijoi 

    Read more ...

    SERTAI PAS!!! Azam baru pelakon Adam Hamid

    KUALA LUMPUR - Pelakon Adam Hamid berazam untuk mengubah dunia seni tanah air ke arah yang lebih baik dan berpaksikan syariat lebih-lebih lagi apabila dirinya sudah secara rasminya menjadi ahli Pas seumur hidup bermula malam tadi.

    Menurutnya, dunia seni kini semakin lalai dan ramai penggiat seni tidak menghiraukan perintah-Nya ketika berkecimpung dalam dunia seni.


    "Ramai yang leka dengan perintah-Nya dan melakukan yang terlarang.


    "Jadi saya berasa terpanggil untuk mengajak mereka ke arah yang lebih baik dan berkongsi ilmu yang saya ada walaupun sedikit," ujarnya ketika ditemui selepas sesi ceramah pada majlis Siri Himpunan Hijau ke Putrajaya Peringkat Wilayah Persekutuan di sini, malam tadi.


    Pada mulanya, beliau mahu bersara dalam bidang seni tetapi rakan-rakan artis melarang kerana khidmatnya sebagai pelakon dan pengarah masih lagi diperlukan.


    "Saya akan bersara jika ada pihak-pihak tertentu yang menyenaraihitamkan nama saya untuk terlibat dalam mana-mana pihak produksi lakonan.


    "Saya juga berharap agar dengan saya menyertai Pas ini tidak disalahertikan oleh mana-mana pihak," tambah beliau.


    Beliau menambah, hanya menyerahkan segalanya kepada takdir berhubung statusnya dalam bidang seni tetapi bagi dirinya sendiri, usaha dalam bidang lakonan tetap akan diteruskan kerana ia sudah sebati dalam jiwa.


    Ditanya adakah hanya mengikut trend artis kini yang semakin ramai mula menyertai arena politik tanah air, beliau lantas menafikan.


    "Tidak. Saya tidak pernah terikut-ikut dengan langkah artis lain menyertai politik. Saya mula bergiat aktif dalam arena politik sudah lama tetapi baru kali ini saya meyerahkan borang keahlian secara rasmi dan saya merupakan pengikut setia Pakatan Rakyat," ujarnya.SH

    Read more ...

    TERKINI!!! Pengarah filem sertai PAS di Himpunan Hijau

     
    Adam Hamid Pengarah Filem rasmi sertai Pas semalam d Padang Kelab Sultan Sulaiman




    Adam Hamid
    Nama Penuh : Abdul Hamid Bin Jarnail Karamdin
    Tempat Lahir : Kelantan
    Bangsa : Melayu
    Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
    Kerjaya : Pelakon, Pengarah, Penerbit TV, Penulis
    Kemahiran : Berlakon

    Read more ...

    VIDEO PANAS!!!Samseng UMNO ditangkap semasa ganggu ceramah DSAI di Langkawi..



    Ceramah Merdeka Rakyat bersama DS Anwar Ibrahim di Kuah Langkawi malam tadi berjaya menarik lebih 3,000 hadiran. Penganjur ceramah PKR Cabang Langkawi amat berpuashati dengan perjalan program gerak gempur dan penerangan diseluruh Langkawi bermula pagi 13hb.Julai dan program seterusnya ceramah Merdeka Rakyat di Pekan Kuah.

    Terdapat gangguan budak-budak upahan telah menganggu perjalan ceramah dengan membuat bising dengan menonggang motor secara berkumpulan. Juga terdapat kejadian mencalar kereta-kereta hadiran oleh budak-budak tersebut. Dan pihak keselamatan Parti telah berjaya menangkap seorang pemuda yang kemudian mengaku telah diupah oleh pihak parti lawan kemudian telah diserah kepada pihak Polis. -KK


    Read more ...

    HIMPUNAN OREN!!!Menjunjung Kasih DYMM Agong


    KUALA LUMPUR, 14 Julai: Gerakan Selamatkan Felda (GSF) menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana berkenan menerima memorandum bantahan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) ke Bursa Malaysia hari ini.

    Koordinator GSF, Mazlan Aliman berkata, penerimaan baik memorandum peneroka itu membuktikan isu peneroka bukan 'isu jalanan' tetapi mendapat pengiktirafan Yang di-Pertuan Agong.


    "Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana hari ini detik yang paling bersejarah kerana selama lapan bulan kita berhubung dengan perdana menteri bagi menyatakan pandangan kita tapi langsung tak ada respons.

    "Tapi hari ini pegawai perhubungan awam istana bersedia terima memorandum seperti yang dijanjikan, ini menandakan keyakinan Yang di-Pertuan Agong dalam mengambil kira isu penyenaraian FGVH," kata beliau pada sidang media selepas penyerahan memorandum ke Istana Negara, petang tadi.


    Terima kasih polis


    Mazlan turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak polis yang memberikan kerjasama penuh dalam memantau perhimpunan dan perarakan yang bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta.


    "Kita nyatakan penghargaan kepada PDRM yang beri kerjasama bukan sahaja dalam memantau pergerakan peserta himpunan namun mereka mengiringi sampai ke pintu istana bagi memudahkan kami menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong," kata beliau yang juga Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).


    Namun tegasnya, memorandum tersebut tidak akan berakhir di setakat ini sahaja tetapi tindkan undang-undang terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan diteruskan kerana berhubung kenyataannya yang menggelarkan 'haram jadah' kepada peneroka.


    "GSF selepas ini akan mulakan beberapa prosiding penting iaitu menyaman Najib yang menyabut 'haram jadah' dan berada di peringkat akhir untuk mengemukakan tuntutan di mahkamah terhadap suruhanjaya sekuriti kerana tidak memberi respons terhadap aduan kita," katanya.


    Tunggu campurtangan Agong


    Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya menunggu tindakan daripada Yang di-Pertuan Agong kerana penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia disifatkan sebagai bahaya kepada aset bumiputera.


    "Kita harap Agong dapat membuat sesuatu untuk menyelamatkan tanah peneroka dalam jangka masa panjang kerana kita amat bimbang aset peneroka tergadai.


    "Sekarang hak rakyat mahu disenaraikan dalam senarai bursa saham. Ini satu penyenaraian yang berbahaya dan kepada peneroka," tegasnya.


    Enam orang dibenarkan masuk menyerahkan memorandum ke istana kira-kira jam 3.20 petang.


    Kenderaan mereka daripada jalan Dutamas 1 diiringi kenderaan polis masuk ke kawasan istana.

    Read more ...