Thursday, September 15, 2011

"Jika negara tidak pernah dijajah maka UMNO adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu" - Bekas ADUN UMNO

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Jika Umno mendakwa negara ini tidak pernah dijajah, ia menjadikan parti itu pembela terbesar penaklukan Inggeris ke atas negara ini, kata blogger ahli Umno, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz.

Malah, tegas beliau, ia sekaligus bererti Umno adalah pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu

Jika benar negara ini tidak pernah dijajah seperti yang didakwa, Mohd Ariff mempersoalkan apa sebenarnya peranan Umno dalam sejarah orang Melayu?

"Jika ia tidak pernah berjuang untuk kemerdekaan kerana kita tidak pernah di jajah dan para pemimpinnya memperakui hal demikian, maka Umno sebenarnya tali barut imperialism Inggeris.

"Umno merupakan the biggest apologist ke atas penaklukan Inggeris ke atas negara kita. Ini juga bererti Umno itu pembelot bangsa Melayu yang membuli bangsa Melayu tapi amat bongkok tunduk nya kepada kuasa imperialis seperti Inggeris," kata beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan.

Jika British hadir hanya untuk memberi perlindungan dan memainkan peranan sebagai sheriff, kata Mohd Ariff, kita tidak ada pilihan lain daripada memperakui bahawa selama ini, Tanah Melayu adalah sebuah negara atau koleksi negeri-negeri yang berdaulat.

Jika ini pendirian Umno yakni selama ini, katanya lagi, semenjak British datang ke Tanah Melayu, negeri Melayu semuanya adalah negeri-negeri berdaulat, maka semua mereka yang berkhidmat dan bermatian untuk negeri-negeri tersebut adalah pendukung negeri-negeri yang berdaulat.

Mereka, katanya lagi, adalah "loyal subjects" dan sesiapa yang membunuh "loyal subjects" adalah pengkhianat.

"Maka demikian, celaka sungguhlah Umno. Tok nenek saya dari Tembeling dan Tebing TInggi yang bertombak dan berlembing melawan Inggeris semua adalah pengkhianat rupa-rupa nya.

"Mat Kilau, Mat Kelubi, Bahaman, Tok Gajah, Tok Janggut, Pa Andak Endut dan Maharajalela semua adalalah pengkhianat?" Mohd Ariff mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan, adakah Umno menipu kita selama ini dan deskripsi bahawa kita dijajah sebenarnya suatu pembohongan Umno yang di perpanjangkan oleh Umno untuk menghamba abdikan fikiran orang Melayu?

Beliau berkata, kekeliruan yang terbit dari kontroversi cetusan fikiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu tentang status Mat Indera sebagai pejuang penentang penjajah telahpun menyebabkan kesan yang beliau khuatir akan terjadi.

Kesan yang beliau maksudkan itu ialah kajian menyeluruh ke atas peranan dan sumbangan Umno di dalam merdeka tahun 1957.

"Maka dari tahun 1957 sehingga 1963 apabila Malaysia di tubuhkan, tahun-tahun tersebut tahun apa? Adakah ianya penjajahan dalam bentuk yang abstrak yang dicipta oleh pimpinan Umno.

"Adakah Umno penipu terbesar kerana memanjangkan penipuan dan pembohongan kita dijajah?

"Tujuan Umno tidak lain dan tidak bukan untuk menjadikan orang Melayu itu bergantung kepadanya dan menghamba abdikan fikiran orang Melayu," kata beliau.

Read more ...

Jangan berlakon untuk peras wang rakyat

http://i31.photobucket.com/albums/c368/paspb/bob.jpg?t=1257824210PARIT BUNTAR, 16 Sept. : Tindakan kerajaan yang menangguhkan caj perkhidmatan enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan kad SIM dianggap sebagai lakonan kononnya prihatin dengan masalah rakyat.

Menurut Timbalan Ketua Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak, Perdana Menteri sepatutnya lebih tahu dan faham akan perkara yang kerajaan sendiri yang menaikkan caj bukannya langkah sengaja yang diambil oleh syarikat-syarikat telekomunikasi.

" Pihak syarikat telekomunikasi kini sedang berlumba-lumba merendahkan harga caj bagi memenuhi keperluan dan merebut pelanggan, dan menjadi satu persoalan kenapa tiba-tiba mereka akan naikkan caj enam peratus caj mulai 15 September ini.

" Ini sudah tentu mengorbankan berjuta-juta ringgit wang rakyat. Apatah lagi kebanyakan yang menggunakan tambahan nilai prabayar adalah golongan pendapatan rendah, pekerja kilang, pelajar universiti dan pelajar sekolah. Ini seolah-olah memeras wang rakyat" katanya

Hairul Nizam, sekiranya sebelum jumlah nilai tambahan dibuat RM10.00 untuk kegunaan seminggu, maka kini sudah RM10.60. Ini bererti setiap bulan mereka perlu membayar caj tambahan sebanyak RM2.40 sebulan.

" Inilah lakonan terbesar Perdana Menteri dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

"Sememangnya masalah negara rakyat tanggung dahulu. Sebelum ini tiada levi dikenakan kerana kerajaan tidak kuatkuasakan" katanya

Menurutnya, syarikat telekomunikasi tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan caj tanpa sebab.

" Kita minta supaya rakyat menolak pembayaran cukai tersebut jika terus dilaksanakan walaupun sekarang ditangguhkan.

"Ini merupakan testimoni awal kepada permulaan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sudah tentu akan membebankan rakyat"katanya

Beliau berharap rakyat sedar dalam perkara ini.

" Kita tidak mahu kerajaan tidak bertanggungjawab mencari wang secara mudah dengan meletakkan beban tersebut kepada rakyat.

" Jangan peras wang rakyat kalau kerajaan tiada wang. Inilah bukti betapa lemahnya kerajaan kini dalam menguruskan dana rakyat"katanya

Read more ...

RUMAH MEWAH JAMIL KHIR!!! Sapa yang tuduh Jamil Khir kedarah wang zakat sampai nak bersumpah-sumpah macam Saifol

http://abushahid.files.wordpress.com/2011/09/rumah-mewah-jamil-khir.jpg?w=300&h=200Masih ingat dengan sumpah Tiga Datuk T di Masjid dalam isu video lucah yang ditayangkan di pawagam Carcosa Sri Negara awal tahun ini?Kini kes tersebut senyap tanpa berita.

Kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom (jaga Hal Ehwal Agama Islam) pula sanggup bersumpah mengatakan rumah yang macam istana yang dibinanya tak guna duit zakat.Siapa yang kata rumah Jamil dibina guna duit zakat?

Atau Jamil sendiri terkejut beruk bila rumah mewah beliau dibongkar oleh media.?

Jadi macam Umno terkejut macam kera terloncat-loncat kerana Mat Sabu bakar mercun dalam isu Mat Indera? Ha Ha


Rumah di atas bukan rumah Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan yang jadi MB sejak tahun 1990, tapi rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom.

Buat apa- sampai nak sumpah-sumpah macam Datuk Ti wahai Bro Jamil.? Apa yang tak kenanya?

Perangai Umno yang kini suka sangat bersumpah dah jadi penyakit berjangkit kalau kena atas batang hidung sendiri.Jangan jadi sesumpah sudah la.


Bila timbul kes rumah Jamil ni teringat juga kisah bekas MB Selangor Khir Toyo yang kata ada
tiga menteri mau masukkan beliau dalam penjara atau pagar besi supaya Umno dapat kembali tawan Selangor.

Khir Toyo kini sedang dibicarakan di mahkamah kerana kes rasuah atas pemilikan dua lot tanah rumah bungalow di seksyen 7 Shah Alam.Harga asal tanah tersebut ialah RM 6.5 juta tapi dijual kepada Khir Toyo pada harga RM3.5 juta sahaja.

Harga tanah makin mahal bukan makin turun lain la kalau jual beli kereta terpakai makin lama makin turun harga!


Dalam dunia ni kata orang dua perkara saja tak boleh percaya .Pertama betina.Kedua duit. Ha Ha.Macam-macam boleh jadi.Manusia jadi rosak kerana dua perkara ni kalau tak tahan diuji.

Hentam la labu tumpang boleh enjoy ni.Tapi jangan la dok suruh rakyat berjimat cermat rumah menteri makin lama makin besar dan mewah.Mulut cakap lain hati ingat nak mewah ja.


Jamil Khir :Saya guna duit sendiri ubah suai rumah , bukan wang zakat-M'insider

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.


Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan wang sendiri. “Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.


“Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Dalam laporan itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendesak Jamil Khir menjelaskan tentang rumah mewah itu.

Menurut Khairul Anuar, keraguan timbul apabila Jamil Khir yang dilantik sebagai menteri tiga tahun lalu dan hanya memperoleh gaji tidak menjangkau RM15,000 sebulan, namun mampu memiliki kediaman mewah dalam tempoh yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya.

Jelas Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu disifatkan sebagai “politik terdesak” untuk memburukkan imejnya.

“Jawapan mudah, saya duduk rumah di Kampung Batu Muda sejak 1994, sudah 17 tahun saya duduk dan saya tidak tahu mengapa dibangkitkan . . . ia hanya penambahbaikan rumah dan tuduhan adalah politik terdesak.

“Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, saya dulu bukan penganggur .

. . saya dulu tentera dan jawatan terakhir saya Mejar Jeneral, malah saya juga tentera yang berpencen dan ada ganjaran, RM1 juta tiadalah tapi adalah,” katanya.

Jelas beliau, rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.

“Rumah ini pun hutang dengan kerajaan sejak 1994, kami keluarga besar . . . mak dan ayah duduk sekali, anak enam orang jadi ramai lagi pun anak-anak saya bekerja,” katanya.MISAI MERAH

Read more ...

KEADILAN UNTUK ADIK SOLIHIN!!! Meninggal dunia setelah parah dibaling topi keledar oleh polis


Adik Solihin yang koma lebih sebulan kerana cedera parah dibaling topi keledar oleh polis telah meninggal dunia.

Keadilan perlu diberikan kepada adik Solihin sebagaimana kes adik Aminulrasyid. Polis yang didakwa membaling topi keledar perlu menerima hukuman di atas tindakannya.

Adik Aminulrasyid bukan penjenayah begitu juga adik Solihin. Mereka adalah anak remaja kesayangan ibu bapa mereka. Kematian mereka yang tragis perlu diberi keadilan. (PASPB)

Al-Fatihah



Mohd Solihin 14 tahun

[HM] ALOR SETAR: “Salah tetap salah. Buat masa ini saya serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” kata Che Kassim Darus, 49, bapa Mohd Solihin, 14, yang meninggal dunia pagi semalam, selepas lebih sebulan koma akibat cedera parah di kepala terkena topi keledar dipercayai dibaling anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, dekat Perlis, 6 Ogos lalu.

Che Kassim berkata, anak keduanya itu disahkan meninggal dunia di Hospital Tunku Fauziah (HTF), Kangar pada jam 7.43 pagi semalam selepas dipindahkan dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, Selasa lalu.


Harian Metro pada 10 Ogos lalu melaporkan Mohd Solihin cedera parah di kepala selepas terjatuh dari motosikalnya akibat terkena topi keledar berkenaan. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, remaja yang sudah tidak bersekolah dikatakan menunggang motosikal sendirian manakala dua rakannya menunggang motosikal di belakang apabila dia terjatuh. Rakannya mendakwa ternampak seorang daripada dua anggota polis di situ membaling objek dipercayai topi keledar.


Berikutan itu, mangsa dipercayai terpelanting dan menyebabkan bahagian belakang kepalanya bengkak dan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke HTF sebelum dipindahkan ke HSB selepas keadaannya kritikal.


Che Kassim berkata, walaupun sedih tetapi dia reda dengan pemergian anak kedua daripada sembilan beradik itu kerana jika dia terus hidup, keadaannya teruk kerana terpaksa bergantung kepada alat bantuan pernafasan.


Ditanya mengenai sebarang tindakan yang akan diambil berhubung kejadian itu, Che Kassim enggan mengulas kerana belum mahu memikirkan perkara itu. Jenazah anaknya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Lubuk Sireh petang semalam.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros mengesahkan menerima laporan mengenai kematian mangsa.


Katanya, pasukan forensik polis akan menyiasat bagi mengenal pasti punca kematian mangsa dan sehingga kini mengklasifikasikan kes kematian mengejut.


“Mengenai laporan keluarga mangsa kononnya mangsa maut akibat dibaling topi keledar anggota polis, kami menyerahkan laporan berkenaan kepada penasihat undang-undang Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Bukit Aman,” katanya.


Read more ...

MANSUH ISA !!! Taktik raih sokongan, Najib akan gubal akta lebih kejam selepas PRU 13?

Di sebalik pengumuman Najib yang berjanji akan menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa akta lain, rupanya ia hanya semata-mata diumum untuk kepentingan dan survival politiknya sendiri.

Dalam ucapannya malam tadi, jelas Najib cuba meraih sokongan di celah-celah spekulasi pilihanraya umum mengejut akan diumumkan November ini.

Najib bijak mengambil peluang malam sambutan Hari Malaysia untuk kembali meraih sokongan rakyat setelah imejnya merudum teruk disebabkan himpunan Bersih dan keadaan ekonomi yang lembap yang mengheret negara sekali lagi ke dalam keadaan bahaya.

Defisit kewangan Kerajaan Umno-APCO kini melebar kepada RM45 bilion tahun ini yang menyebabkan api kemarahan rakyat yang sudah terbeban dengan kenaikan harga barang makin membara.

Tidak mustahil, dua akta baru yang akan diperkenalkan mirip Akta Patriot di Amerika Syarikat yang lebih kejam dari ISA akan mula dikuat kuasakan serta skop penjelasan berhubung makna pengganas di mata KERAjaan Umno-APCO akan lebih terbuka.

Sememangnya Najib tidak mahukan Kerajaan Umno-APCO terdedah dengan serangan Pakatan Rakyat selepas ISA dimansuhkan, walaupun asalnya idea pemansuhannya adalah dari Buku Jingga milik Pakatan Rakyat.

Biarkan Najib bersorak riang namun Pakatan Rakyat harus waspada dengan taktik dan tipu muslihatnya sebelum ia benar-benar dibentangkan di parlimen bulan depan.



Bekas tahanan ISA menyatakan kesangsian mereka terhadap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan ordinan darurat.

Mereka juga mendakwa tindakan awal kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) memansuhkan ISA hanya bertujuan untuk meraih sokongan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang yang dijangka berlangsung pada November depan.

Menurut Pengarah Penerangan kerajaan Selangor, Dr Badrul Amin Baharon yang juga salah seorang bekas tahan ISA, beliau tidak mahu bersangka buruk terhadap kerajaan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebaliknya berdasarkan rekod sebelum ini sudah jelas membuktikan bahawa Umno-BN lebih gemar mengamalkan tindakan menzalimi rakyat serta melanggar hak asasi manusia.

"Saya sifatkan pengumuman ini sebagai umpan untuk mengundi (memancing sokongan) bagi pilihan raya akan datang, sebab itu saya sendiri beranggapan janganlah kita termakan umpan tersebut dan memberikan sepenuh kepercayaan kepada UMNO-BN yang kononnya menghapuskan akta zalim ISA, katanya memberitahu Tv Selangor.

Jelasnya lagi, beliau khuatir apabila Najib masih lagi mengekalkan kuasa menteri dalam kes-kes yang melibatkan keganasan kerana kuasa yang dikekalkan demi kepentingan politik mereka semata-mata.

Beliau juga tidak menolak dua akta baru yang akan diperkenalkan nanti akan dilaksanakan lebih kejam daripada akta ISA sebelum ini.

Dalam pada itu, Dr Badrul juga turut menasihatkan rakyat agar lebih berhati-hati serta tidak mudah terpedaya dengan pengumuman yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia esok.

"Saya ingat di peringkat ini terlalu awal untuk kita bergembira dengan pengumuman tersebut kerana kita belum tahu lagi bagaimana bentuk 2 akta yang akan diperkenalkan."jelasnya.

Sebelum ini, Dr Badrulamin telah ditahan di bawah akta ISA selama dua tahun, pada 2001-2003 dan beliau ditahan kerana didakwa mengetuai suatu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur pada tahun 2001.

Perhimpunan itu dianjurkan bagi 'Kempen Bebaskan Anwar' yang juga disertai oleh lima aktivis dan pemimpin kanan Parti Keadilan Nasional yang kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat(PKR).

Sementara itu bagi seorang lagi bekas tahanan ISA, ADUN Kota Damasara Dr Nasir Hashim, belia bersependapat dengan Dr Badrul dan juga turut menyifatkan pengumuman secara tiba-tiba Najib ini hanya akan menjadi lebih kejam kelak.

"Kenapa kerajaan UMNO-BN memansuhkan ISA? Sedangkan akta terbabit banyak membantu BN dalam mengawal 'musuh-musuh' mereka, saya tidak menafikan tujuan mereka adalah untuk menarik undi rakyat semata-mata dalam pilihan raya akan datang,"katanya yang dipetik melalui sistem khidmat pesanan ringkasnya(SMS) kepada Tv Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan sama sekali dan kerajaan akan memperkenalkan dua akta baru untuk mengekalkan keselamatan negara.

“Seperti mana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) akan dikaji secara komprehensif.

“Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa ISA akan dimansuhkan terus,” katanya.

Najib berkata demikian dalam perutusan khasnya sempena sambutan Hari Malaysia. JALAN PULANG

Read more ...

TU DIA!!! PM Bangladesh pun perasan ramainya rakyat Bangladesh jadi rakyat Malaysia?

SALAH seorang sahabat pembaca MiLo SuaM memaklumkan bahawa, sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.

Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.

Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.

Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.

Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah [www.ngoab.gov.bd]

Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, juga dilaporkan oleh laman sesawang itu, menyeru rakyatnya agar mengambil kesempatan di atas peluang ini bagi mengurangkan kadar kemiskinan negara.

ReJaM© "Jika maklumat ini benar, Negara kita sedang digadai di depan mata..."

Milosuam


Read more ...

POTONG KEPALA!!! Tentera British bunuh orang kampung di Batang Kali tahun 1948



12 Disember 1948.satu sejarah hitam yag tidak boleh dipadamkan dari sejarah tanahair. ini bukti kerakusan dan kejamnya tentera british yang dikatakan datang membawa keamanan di tanah melayu ketika itu..

Ini adalah sebuah cerita pembunuhan beramai-ramai penduduk keturunan Cina di sebuah ladang getah oleh tentera british
sebelum tentera penjajah itu membakar kampung mereka.

Platun ke-7, G Company, yang ke-2 daripada Pengawal Scotland mengepung sebuah kebun getah di Sungai Rimoh, Batang Kali, Selangor, di Malaya. 24 orang penduduk yang tidak bersenjata dan tidak bersalah telah dibunuh.



Tanpa kesempatan melarikan diri dan membela diri, penduduk perkampungan itu telah dituduh sebagai komunis, dalam kejadiaan itu seorang mangsa berjaya menyelamatkan diri, selain itu isteri-isteri dan anak-anak mangsa melihat sendiri kejadian kejam itu dilakukan didepan mata mereka.

Pada
1 November 1949 Satu siasatan rasmi telah dijalankan terhadap arahan Attorney-General Malaya pada ketika itu. hasil daripada siasatan tersebut adalah AG berpuas hati yang ‘saspek-saspek (24 lelaki tersebut) mungkin berjaya melarikan diri jika askar-askar tersebut tidak melepaskan tembakan. Siasatan ini tidak pernah diketengahkan ke pengetahuan umum, atau dihantar ke ‘War Office’.

Apa yang menyebabkan peristiwa penting ini menjadi tragedi besar?, dan adakah mereka komunis seperti yang didakwa.


Satu kenyataan S
urat Khabar Inggeris (The People) pada 1 Februari 1970 telah membongkar dan mengutuk pembunuhan kejam tersebut. Kenyataan bersumpah daripada Tentera British (bekas Pengawal Scotland) menunjukkan fakta-fakta yang berikut:-

i. patrol tersebut mendapat arahan awal untuk memusnahkan kampung berkenaan;
ii. ahli-ahli patrol telah diberi peluang untuk tidak melibatkan diri dengan pembunuhan itu;
iii. Mangsa-mangsa telah ditembak tanpa mencuba untuk melarikan diri; dan
iv. terdapat konspirasi untuk menipu soal siasat pada 1949.

Malah Setiausaha Pertahanan (Dennis Healy) mengarahkan Polis Penyiasat Scotland untuk menubuhkan pasukan tugasan khas (diketuai oleh Frank Williams) untuk menyiasat perkara ini. Hasil daripada siasatan ini, bukti yang kukuh telah dapat dikumpulkan, yang menunjukkan bahawa kejadian pembunuhan kejam di Batang Kali pada Disember 1948 memang sebenarnya telah berlaku.

Istilah Pembunuhan kejam digunakan kerana siasatan mendapati
tindakan Platun ke-7, G Company adalah silap, mereka yang dibunuh bukan anggota komunis seperti yang didakwa..

Satu
dokumentari BBC pada 9 September 1992 , menyiarkan laporan siasatan mengenai pembunuhan beramai-ramai tersebut yang bertajuk “In Cold Blood” disiarkan di United Kingdom dan mendedahkan bukti baru mengenainya.

Dokumetari tersebut menyiarkan laporan-laporan saksi-saksi dan mangsa-mangsa yang terselamat termasuk pengakuan sesetengah bekas Pengawal Scotland dan temuramah bersama Pegawai Polis Penyiasat Scotland yang telah menyiasat kes ini pada 1970. Ia jelas menunjukkan kesalahan Pengawal-pengawal Scotland berkenaan dan penipuan besar-besaran berkenaan pembunuhan tersebut. Walaubagaiamanapun, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan UK selepas itu dan tiada pegawai British
yang telah ditahan.


Umnoapco sebelum ini sibuk menuduh orang itu dan orang ini komunis, walaupun t
iada bukti nyata keterlibatan mereka secara langsung dengan komunis, ia sama seperti apa yang telah dilakukan oleh platun ke 7 tentera british dulu.

Fikirkan juga
mengapa tentera Britain tergamak membakar sebuah kampung di Batang Kali itu hanya kerana bimbangkan ancaman komunis walaupun penduduk kampung itu sebenarnya tidak bersenjata mahupun membahayakan tentera terbabit,malah tiada bukti mereka terlibat secara langsung dengan komunis, adakah kerana mereka berbangsa cina maka mereka dilebelkan komunis?

Apa yang umnoapco lakukan sekarang sama, walaupun seseorang itu tidak dapat dibuktikan terlibat secara langsung dengan komunis, tetapi jika ia satu ancaman, ia perlu diburukkan dan dicop sebagai bahaya.tukanglawan

Read more ...

KEJUTAN !!! Najib nak umum pembubaran parlimen malam ini?

Apa agaknya yang mahu diumumkan Najib malam ini :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip0hntlhnzRamySrEu_1l5vHtFGrubEZlTFMi_PxxU6qctx-dTIvkDGWvi0utAAmrlz4vaLgdTBZibdqYJITs7W77cskypHoXd-GT6v8VDjPSJSSe8A5Qv_gRe-xOQYCPeBTBsU0X1eNOh/s320/najib-tun-abdul-razak.jpgAdakah Najib nak umum perubahan kabinet ? Tak mungkin , tak ada ura2 ke arah itu. Kalau ada Muhyidin pasti risau

Adakah Najib nak umum , negara tidak pernah dijajah sebagaimana Kangkong UMNO dan Tun M? Tak mungkin, sebab sampai sekarang UMNO tak buat kenyataan rasmi menyokong kenyataan Kangkong belaan.

Adakah Najib nak umum, kenaikan gaji kakitangan kerajaan ? Mungkin juga , sebab ada ura-ura ke arah itu, tapi tak kan tak boleh tunggu semasa pembentangan bajet 2012.

Adakah Najib nak umum, kenaikan gaji dan elaun polis ? Mungkin juga, sebab polis dah banyak berjasa kepada UMNO kebelakangan ini.

Adakah Najib nak umum , bubar parlimen untuk PRU 13? Tak mungkin, kerana UMNO masih belum bersedia, dan baru2 ini penasihat UMNO Tun M juga minta Najib lewatkan tarikh PRU 13. Tapi tidak mustahil diumumkan bubar parlimen sebab Najib semakin terdesak dengan kes Scorpeon, ekonomi merudum dan tekanan dalaman UMNO yang kuat.

Adakah Najib nak umum, akan buat peralihan kuasa kepada Muhyidin? Tak mungkin kerana masih banyak perkara yang perlu diselesaikan untuk menyelamatkan kepentingan kroninya. Tapi tak mustahil setelah mendapat tekanan dalaman UMNO dan Tun M , Najib rela berundur demi menyelamatkan UMNO kerana Najib dan Rosmah dah jadi labialiti UMNO

Ataupun, Najib sengaja nak suspenkan rakyat Malaysia supaya mereka menonton siaran langsung ucapannya, berikutan ucapan beliau sebelum ini tak ditengok oleh rakyat. Ada la yang nak diumumkan tapi tak mengejutkan , hanya media pencacai UMNO yang akan gembar-gemburkan macam besaq sangat pengumuman itu.

Mungkin juga Najib umum apa yang disarankan pemimpin PR seperti di bawah (PASPB)

Bacalah :


KUALA LUMPUR, 15 Sept:
Menjelang pengumuman Perdana Menteri sempena hari Malaysia esok, 16 September, pelbagai pihak mencadangkan dua perkara yang diberikan tumpuan oleh beliau, ISA dan media.

Perdana Menteri dicadang agar memberikan kebebasan kepada media dengan cara memansuhkan Akta Penerbitan dan Akta Mesin Cetak bagi membolehkan reformasi terhadap media di negara ini berjalan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad mencadangkan, permit penerbitan media cetak tidak lagi diperlukan di negara ini dengan cara cukuplah sekadar media didaftarkan sahaja sebagaimana mendaftar sebuah syarikat.

Dr Dzulkefly ditanya tentang pelbagai spekulasi di buat oleh pihak media dan juga rakyat berhubung dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau akan membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting pada malam ini sempena menyampaikan amanat hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang akan berlangsung esok 16 September.

Bagi beliau, kezaliman pihak kerajaan bukan hanya terletak kepada akta tersebut sahaja dan ia juga merangkumi apa yang dilakukan kepada pihak media.

"Kerajaan juga telah bertindak kejam kepada kebebasan media dan ini perlu dirungkai kembali bagi memberi sepenuhnya kuasa kepada pengamal media dalam menjalankan kerja mereka.

"Kita lihat kerajaan akan bertindak sesuka hati kepada media samada ingin memperbaharui permit mereka ataupun tidak dan jika media terbabit lebih menyerang kerajaan tindakan untuk memperbaharui permit akan mengalami kesukaran.

"Kita mahukan isu memperbaharui permit setiap tahun perlu dimansuhkan dan hak kebebasan media dikembalikan sepenuhnya

“Sebenarnya permit penerbitan ini tidak perlu dan cukuplah sekadar syarikat yang ingin menerbit akhbar mendaftar syarikatnya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hanya bagi tujuan memaklumkan kepada pembaca bahawa akhbar terbabit dibawah kelolaan syarikat tersebut dan ini bagi memudahkan pembaca mengambil tindakan jika berlaku sesuatu yang tidak diingini,” katanya lagi

ISA dan Ordinan Darurat

Bagi anggota Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, apa yang Najib akan umumkan malam ini tidak penting.

"Kita tahu Najib akan membuat satu pengumuman dan kita tidak pasti apa yang beliau akan umumkan, walaupun kebanyak media mahupun rakyat diluar membuat andaian bahawa Najib akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ataupun mengkaji semula akta terbabit dan bagi kita apa yang beliau ingin umumkan itu tidak penting," jelasnya pada satu sidang media di Pejabat Sekteriat Pakatan Rakyat.

Tambah Sivarasa, walaupun Najib melakukan sesuatu pembaharuan di dalam akta ISA itu dan apa yang dikehendaki oleh rakyat mahupun Pakatan Rakyat adalah setiap undang-undang mahupun akta yang zalim perlu dimansuhkan kesemuanya kerana ia tidak lagi sesuai digunapakai dalam negara kita sekarang.

"Kalau ISA dimansuhkan oleh Najib maka tiada lagi akta yang zalim tetapi kita kena ingat selain ISA masih ada lagi akta yang diguna pakai oleh kerajaan seperti penahanan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar Devaraj bersama lima yang lain di bawah Seksyen 3(1) dan Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (EO).

"Selain Ahli Parlimen Sungai Siput, turut ditahan adalah M Saraswathy, Choo Chon Kai, M Sukumaran, A Letchumanan dan Sarat Babu. Peruntukan tersebut membolehkan pihak berkuasa menahan individu terbabit selama 60 hari tanpa bicara.

"Akta EO ini menyamai dengan apa yang terdapat di dalam ISA dan kerajaan berhak menahan mereka yang dirasakan bersalah tanpa sebarang perbicaraan dan berapa lama ia hendak ditahan," sambungnya lagi.

Ahli Parlimen Subang itu juga menjelaskan pemansuhan bukan hanya kepada ISA tetapi ia perlu merangkumi Akta Ordinan Darurat (EO) yang juga dilihat begitu zalim.

"Akta ini adalah zalim kerana kuasa yang telah diberikan oleh pemerintah terhadap polis untuk menangkap seseorang yang kononnya tanpa membuktikan kesalahannya terlebih dahulu, malah ia melanggar prinsip hak asasi manusia dan juga keadilan yang termaktub di dalam semua agama yang mana seseorang perlu dibuktikan bersalah terlebih dahulu baru dihukum, "tambah beliau lagi.

Tawaran diciplak

Sementara itu, menjelang Hari Malaysia esok, sudah dua cadangan Pakatan Rakyat melalui Buku Jingga yang dicedok BN.

Tawaran itu adalah mengkaji semula bayaran tol di samping memberikan elaun tambahan untuk para guru.

"Sudah dua tawaran Buku Jingga dicedok BN iaitu bayaran tol dan elaun guru, mungkinkah hapus ISA selepas ini?" kata Saifudin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PKR.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga membangkit isu yang sama.

Ketika Buku Jingga dilancarkan, para pemimpin BN memperlekehkannya termasuk berkata, negara akan bangkrap jika ianya dilaksanakan.

Namun, sedikit demi sedikit, kandungan atau cadangan Pakatan Rakyat itu dilaksanakan kerajaan tetapi dalam bentuk curi atau ciplak.

Read more ...

PARIS!!! Najib selangkah ke sana


Yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia (dan Mongolia) sudah tiba

Siapa yang ada kat London 30 September ni mesti datang.


Peguam Cara Kumpulan Hak Manusia yang Antarabangsa (SIHRG) dan Malaysia Manusia Hak NGO (SUARAM) akan menjadi tuan rumah satu taklimat dan acara menambah dana berhubung skandal kapal selam Scorpene Perancis di mana DCNS Perancis dikatakan untuk telah dibayar berjuta-juta Euro dalam bentuk sogokan ke atas pegawai-pegawai Malaysia.

Joseph Breham, peguam terkemuka Perancis dari Sherpa, sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang berurusan dengan hak asasi manusia isu-isu undang-undang dan Cynthia Gabriel dari Suaram akan menyediakan taklimat terkini diikuti oleh sesi dialog terbuka.


William Bourdon (kiri), rakan sekerja Encik Breham, yang juga sebahagian daripada pasukan undang-undang Perancis, malangnya dihantar pulang oleh pihak berkuasa Malaysia pada bulan Julai tahun ini juga akan dijadualkan berucap.


Sila sertai kami untuk apa yang terikat di sisi undang-undang untuk menjadi malam yang menarik dan menarik.


Tarikh: Jumaat 30hb Sept 2011


Tempat: Lecture Theatre, BPP Law School, 68-70 Red Lion Street, London WC1R 4NY


Masa: Pendaftaran: 18:00 Taklimat dan Dialog Panel: 18:30-20:00


Satu jamuan nasi lemak akan dijual semasa taklimat. Semua hasil dari jualan tersebut akan dimasukkan ke tabung itu. Masuk adalah percuma tetapi derma dalam bentuk wang untuk membiayai kos guaman adalah dialu-alukan.


Sila mendaftar di
http://malaysianscorpenesubmarinecorruptioncaselegalbrief.eventbrite.com/

Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kes itu, sila lihat di bawah:



Perkara: Taklimat Kes Kapal Selam Scorpene




Kronologi:

5 Jun 2002:
Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian dengan DCNS Perancis dan Sepanyol Navantia untuk perolehan dua (2) kapal selam kelas Scorpene.

Kontrak perolehan adalah menerusi rundingan terus dengan syarikat-syarikat pembuatan, berkata dengan perkhidmatan Perimekar Sdn Bhd.


Menurut penerangan Kerajaan, kontrak itu telah dibahagikan kepada dua bahagian:


a. Kos dua kapal selam Scorpene bersama-sama dengan pakej yang meliputi Sokongan Bersepadu Logistik dan latihan berjumlah Euro 969.15 juta (Walau bagaimanapun pada 14 Mei 2008, Najib memberitahu Parlimen bahawa ini sebahagian kos Euro999.15 juta)


b. Bayaran kepada Perimekar Sdn Bhd dalam nama "perkhidmatan penyelarasan" untuk tempoh enam tahun, jumlah Euro114.96 juta


Adalah dipercayai bahawa bayaran untuk pakej kedua adalah realiti suruhanjaya untuk Najib / Rosmah melalui Razak Baginda sebagai pemilik Perimekar.


Dengan kadar pertukaran pada bila-bila masa, kos adalah bersamaan dengan:


1) Pembayaran untuk kos kapal selam antara: RM 2.14bilion (Euro = RM3.2 pada tahun 2002) - 5.43b RM (Euro = RM5.6 pada tahun 2008) (kini Euro = RM4.7)


2) Suruhanjaya: mungkin kira-kira RM540 juta (kadar pertukaran pada masa pembayaran)

26 Julai 2006:
Tentera Laut Diraja Malaysia mengumumkan kapal-kapal ini akan dinamakan selepas menteri-menteri perdana pertama dan kedua. Badan kapal pertama akan diberi nama KD Tunku Abdul Rahman dan badan kapal kedua KD Tun Razak.

24 Okt 2007:
Kapal pertama, KD Tunku Abdul Rahman telah dilancarkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib di limbungan DCNS, Cherbourg, Perancis.

(Menurut Shariibuu Setev, bapa Altantuya, anaknya berada di Perancis dengan Najib semasa pelancaran)


3 Sept 2009:
Scorpene pertama kapal selam KD Tunku Abdul Rahman, tiba di pangkalan tentera laut Pelabuhan Klang selepas 54 hari pelayaran dari Perancis. Kedua siri ini, KD Tun Razak, dijadualkan untuk penghantaran pada akhir tahun 2009. Walau bagaimanapun, ia hanya tiba pada pertengahan 2010.

10 Feb 2009: T
elah dilaporkan bahawa KD Tunku Abdul Rahman tidak dapat menyelam kerana kesilapan teknikal. Sumber Tentera Laut mengakui bahawa kecacatan itu telah dihalang dari menyelam selama tiga bulan. Walau bagaimanapun, Kerajaan mendakwa bahawa masalah ini telah ditetapkan pada awal Februari dan ia dibenarkan untuk menjalani percubaan di air tropika sejak itu.

Hasilnya, pembina DCNS SA melanjutkan jaminan bagi kapal selam tersebut, yang sepatutnya berakhir pada 25 Januari 2010, sehingga Mei 2010 jadi kapal selam tersebut dapat menyelesaikan ujian sebagai langkah pertama untuk mendapatkan Keupayaan permulaan Operasi (IOC).


25 Mei 2010:
Jaminan tehadap KD Tunku Abdul Rahman tamat.

2 Julai 2010:
KD Tun Razak, kapal selam Scorpene kedua, tiba di Pangkalan TLDM Lumut. Ia adalah lebih daripada 6 bulan di belakang jadual.

7 Julai 2010:
Marhalim Abas dari akhbar The Malay Mail sekali lagi melaporkan bahawa krew kapal selam Malaysia kekal di darat sejak ketibaan pertama disebabkan oleh masalah berterusan KD Tunku Abdul Rahman; krew berisiko kehilangan kedudukan kapal selam mereka untuk tidak dapat untuk menyertai mana-mana menyelam percubaan .

Kedua-dua kapal selam yang kini diletakkan di Pangkalan TLDM Teluk Sepanggar, Sabah dan sehingga kini kedua-duanya masih tidak telah menjalani percubaan menyelam di kawasan laut tropika seperti yang diperlukan.


Apakah kos sebenar kapal selam Scorpene?


Perjanjian yang ditandatangani dengan DCNS / Navantia menelan wang pembayar cukai Malaysia sebanyak Euro1.08 bilion (dengan Euro114.96 juta komisen bagi Perimekar). Walau bagaimanapun, kami kemudiannya mendapati bahawa harga tidak termasuk banyak item.


Apakah item-item yang hilang atau yang memerlukan bayaran tambahan?


1. Perkhidmatan penyelenggaraan: Kerajaan Malaysia telah dianugerahkan usahasama Boustead-DCN Bhd (BDCN) sebagai pembekal perkhidmatan bagi penyelenggaraan kapal selam. Sehingga hari ini kos itu belum dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, pada bulan Jun 2009 Boustead Heavy Industries dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia memaklumkan bahawa kerajaan telah menyatakan niat untuk menganugerahkan kontrak bernilai RM600 juta untuk unit usaha sama bagi sokongan dalam perkhidmatan untuk kapal selam.


Mac 2010: Menteri Pertahanan Zahid Hamidi menjelaskan bahawa untuk penyelenggaraan tahun pertama akan menelan belanja kira-kira RM270m dan kos penyelenggaraan tahunan akan dihadkan pada RM600m setahun.

2. LIMA 2009: Menteri Pertahanan mengumumkan kontrak tambahan bernilai Euro37.5m (kira-kira RM150m) untuk bekalan Peralatan Sokongan dan Ujian (S&TE) untuk kapal selam Scorpene.


3. Senjata tidak termasuk: Pada 22 Jun 2010 Menteri Pertahanan menjawab soalan parlimen mendedahkan bahawa Kerajaan telah membayar Euro219.265 juta (kira-kira RM890 juta) untuk 40 unit peluru berpandu Exocet SM39 dan 30 unit-torpedo Black Shark, dihantar menjelang 2013.


4. Infrastruktur bagi pangkalan kapal selam di Sabah (belum dibina)?


5. Latihan untuk krew, sokongan dan lain-lain kakitangan harga Tiada lagi.


Jumlah Besar (anggaran kasar):


Perkakasan: dua kapal selam kelas Scorpene RM5430 juta


Suruhanjaya: dalam bentuk perkhidmatan oleh Perimekar RM540 juta


Pakej untuk simulasi dan latihan, S&TE RM 150 juta

Senjata: 40 peluru berpandu Exocet dan 30 Black Sharp 890 juta RM torpedo


Jumlah: RM6.98 bilion


Perkhidmatan penyelenggaraan (di bawah rundingan) RM270 juta (tahun pertama) / RM600 juta (maksimum)


Wang yang dibelanjakan setakat ini RM7.3 bilion


Jika kita campurkan penyelenggaraan RM7.58 bilion (RM600 juta selama 3 tahun)JALAN PULANG

Read more ...

EKONOMI MERUDUM!!! Menteri Kewangan perlu diganti

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEip0hntlhnzRamySrEu_1l5vHtFGrubEZlTFMi_PxxU6qctx-dTIvkDGWvi0utAAmrlz4vaLgdTBZibdqYJITs7W77cskypHoXd-GT6v8VDjPSJSSe8A5Qv_gRe-xOQYCPeBTBsU0X1eNOh/s320/najib-tun-abdul-razak.jpgPakatan Rakyat menasihatkan Datuk Seri Najib Razak melantik orang lain yang boleh dipercayai untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan bagi mengelakkan keadaan ekonomi merudum “lebih jauh”.

Najib (gambar) selaku Perdana Menteri turut menyandang jawatan Menteri Kewangan.


Kepimpinan Pakatan Rakyat mendakwa ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.


Perikatan tiga komponen itu juga berkata Pakatan Rakyat juga sedia maklum bahawa Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya dalam Kabinet dan juga Umno.


“Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang ketua pegawai eksekutif menjadi ketua pegawai Kewangannya juga.


“Oleh yang demikian, untuk seseorang Perdana Menteri turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal di mana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik,” kata kepimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan hari ini.


“Oleh yang demikian, dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Datuk Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannya kepada Datuk Seri Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh,” katanya.


Kenyataan itu dikeluarkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang juga pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat, Setiausaha, Hal Ehwal Antarabangsa Liew Chin Tong, anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR R Sivarasa.


Kata mereka pendirian itu diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat pada mesyuaratnya hari ini.


Kata mereka, langkah kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengiktiraf 16 September sebagai Hari Malaysia esok, selepas 48 tahun, adalah kerana tekanan bertalu-talu daripada pelbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah pilihan raya umum 2008.


Malah kata mereka, Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bahagi untuk menghormati serta mengangkat martabat negeri-negeri dalam Persekutuan Malaysia melalui desentralisasi fiskal seperti yang terkandung dalam Buku Jingga, sebagai contoh, menjamin royalti sebanyak 20 peratus daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.


Tambah beliau, keputusan itu sebagai memperingati hari ulang tahun Najib mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Abdullah tiga tahun lalu.


“Untuk makluman awam, pada 17 September 2008, Datuk Seri Najib telah menemui perdana menteri ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan kepadanya.



KENYATAAN MEDIA

Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 15hb. September, 2011 telah memutus dan mengambil ketetapan bahawa:

1) Langkah kerajaan BN untuk mengiktiraf 16hb Sept sebagai Hari Malaysia esok (itupun hanya selepas 48 tahun ianya berlaku!) adalah kerana tekanan bertalu-talu dari berbagai kalangan rakyat Malaysia sendiri sesudah Pilihanraya 2008.


Pakatan Rakyat memberi jaminan tidak berbelah-bagi untuk menghormati serta mengangkat martabat Negeri-negeri di dalam Persekutuan Malaysia melalui Desentralisasi Fiskal seperti yang terkandung di dalam Buku Jingga (halaman 31), sebagai contoh, menjamin royalty sebanyak 20% daripada hasil petroleum kepada kerajaan negeri dengan matlamat membasmi kemiskinan di kalangan rakyat.


b) Sebagai memperingati hari ulangtahun Dato Seri Najib Tun Razak mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan dari Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi tiga tahun tahun lalu. Untuk makluman awam, pada 17hb September 2008, Dato Seri Najib telah menemui PM ketika itu untuk memberi tekanan lanjut kepada Dato Seri Abdullah untuk menyerahkan portfolio Kementerian Kewangan tersebut kepadanya.


Pakatan Rakyat ingin memperingati peristiwa tersebut kerana sepanjang 3 tahun kebelakangan ini semenjak Dato Seri Najib mengambil-alih jawatan tersebut:


i) Kementerian Kewangan di bawah pimpinan beliau telah tidak berjaya untuk melaksanakan agenda reformasi mengangkat keluar ekonomi Negara dari perangkap negara berpendapatan pertengahan iaitu Model Ekonomi Baru yang dicanang-canangkannya.


ii) Menteri Kewangan juga kerapkali berdolak-dalik di dalam membuat keputusannya yang mengakibatkan kerugian berpuluh-puluh juta ringgit seperti kegagalan polisi penggunaan teknologi nano untuk melabel minyak. Yang terakhir sekali, cukai 6% untuk telefon prabayar.


Ketidakseimbangan ekonomi juga semakin meruncing disebabkan tahap gaji pekerja yang tidak meningkat dan kadar inflasi yang semakin tinggi.


Pakatan Rakyat juga turut sedia maklum bahawa DS Najib ketika ini sedang bergelut keseorangan mempertahan kedudukannya di dalam kabinet dan juga UMNO.


Sekiranya kita menggunakan analogi korporat, tidak akan berlaku seseorang Ketua Pegawai Eksekutif tersebut menjadi Ketua Pegawai Kewangannya juga. Oleh yang demikian, untuk seseorang PM turut juga menjadi Menteri Kewangan adalah sesuatu yang amat janggal dimana-mana negara pun di dunia dan menyimpang jauh dari prinsip tadbir urus yang baik .


Oleh yang demikian, di dalam semangat menghormati Hari Malaysia ini, Pakatan Rakyat dengan ini menyarankan agar Dato Seri Najib mengambil sendiri nasihat yang diberikannay kepada DS Abdullah Badawi dahulu dan melantik seorang penyokong yang masih dipercayainya untuk mengambil-alih jawatan Menteri Kewangan tersebut sebelum keadaan ekonomi kita merudum lebih jauh.



DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT

Oleh wakil-wakil parti:

YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat

Parti Islam SeMalaysia
Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bajet Alternatif PR

YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa

Democratic Action Party

YB R. SIVARASA, Ahli Jawatankuasa Majlis Pimpinan Pusat

Parti Keadilan Rakyat

Read more ...

TALIAN HAYAT!!! UMNO bergantung sungguh dengan orang PENCEN, Kenapa ya?

UMNO dah semakin teruk, dah semakin hilang arah.

Dah banyak isu, dah banyak kes Utusan Meloya dan TV3suku media belaan UMNO akan menggunakan orang yang berumur 60 tahun ke atas sebagai tukang jawab soalan pemberita.

Dalam isu Mat Indera ni pun sekali lagi polis-polis pencen dan askar-askar pencen dilayan sebegitu baik oleh UMNO. Setiap hari akan keluarlah polis pencen dengan askar pencen yang menjawab soalan pemberita membelasah Mat Sabu dan pembangkang. Kemudian ditayangkan dan dipaparkan di media belaan UMNO.

Kemudian untuk membuat laporan polis pun , golongan inilah yang diperdaya UMNO untuk membanyakkan laporan polis kepada Mat Sabu. Lihat gambar di bawah, orang Batu Gajah pun kenal orang-orang tua ini UMNO totok.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvzeNB_h6x0KxkaScHFaMRkCoqRIhn-jCBTSS9lzbdbgn3T1Kd1-5cQw9DWyUNNbDDKqyg_m2lRrBhSzP1y2cLxGm75e6gJrZdMUxR6omePVqobY15Kb30Evy1YIeQ3Wzj1I0Lf7tWvNc/s1600/DSC_0692.JPG

Wakil Persatuan Bekas Perajurit kawasan Batu Gajah, Wakil Ketua kampung dan orang perseorangan anggota di sekitar Batu Gajah membuat laporan polis terhadap Mat Sabu

Bukan polis dan askar pencen sahaja, kangkong yang dah patut pencen pun mendapat tempat memberi kenyataan. Sehingga terkeluar kenyataan negara kita tak pernah dijajah, disokong pula oleh PM pencen.

Mungkin inilah sahaja golongan yang masih kuat menyokong UMNO. Golongan saluran 1 ini adalah talian hayat UMNO yang perlu dijaga , dilayan dengan baik. Jika tak dilayan sempurna mungkin tak adalah talian hayat UMNO ini.

Golongan ini juga mudah diperdaya oleh UMNO tidak seperti golongan muda yang tidak mudah diperdaya. Ust. Tuan Ibrahim Ketua Penerangan PAS ada pesan kepada golongan ini ,(PASPB)

bacalah :

Kalau anda ingin mengenali seseorang itu tua atau muda, anda boleh menilai dari perbualan mereka.

Seandainya orang yang anda temui itu berbicara banyak mengenai perkara-perkara yang lepas, dan menceritakan tentang pengalaman hidupnya yang lalu, itulah tanda yang sedang berbicara itu sudah tua.

Akan tetapi kalau perbicaraannya menceritakan apa yang sedang berlaku, atau apa yang akan dilakukan, maka ianya tanda orang itu muda.

Ini antara petanda usia seseorang. Memang realiti orang yang lama akan seronok berbicara apa yang telah mereka lalui, memberi gambaran suka dan duka. Seperti kisah-kisah kehidupannya di zaman Jepun, susahnya kehidupan dahulu, nostalgia harga barang murah, kenakalan zaman remajanya dulu yang tidak seperti kenakalan remaja sekarang dan sebagainya.

Itulah putaran kehidupan, dan kalau anda bertemu dengan orang tua begini, layanlah perbualannya dengan baik. Sekali-sekala sampuklah cakapnya, agar dia rasa seronok. Kerana itulah keindahan orang tua.

Begitulah keadaan yang sedang dialami oleh Umno sekarang yang seronok berjumpa dengan bekas-bekas polis, tentera dan pegawai pencen. Kepada mereka, layanlah UMNO seadanya. Kerana sebagaimana biasa, hanya menjelang pilihanraya umum anda diingati, dan selepas PRU13 ini, mungkin UMNO sudah tidak jumpa anda lagi.

Seperti biasa, kalau secara tiba-tiba dijanjikan sesuatu, dengar sajalah. Sudah 12 kali, masakan tidak kenal perangai ini lagi. Jangan bantah nanti 'dia' kecil hati. Tetapi pada masa yang sama, anda tidak perlu terlalu percaya janjinya, sebab orang tua kadang-kadang tidak ingat apa yang dijanjikan. Kena ingat itu kerana ianya boleh melindungi anda daripada dikecewakan lagi.

Masa mendengar cerita sembang, ingatlah juga dalam hati waktu dia kuat dan muda dulu, dia tidak menjenguk pun anda. Hanya kini setelah dia rasa kesunyian dan sendirian, maka dia akan datang berbual, ajak makan-makan, sembang cerita lama dan secara halus-halus ingin mengingatkan anda tentang jasanya, tetapi menutup segala kemungkarannya.

Kalau anda berbual dengan pimpinan UMNO sebegini, layanlah dia dengan baik, kerana mungkin 'ajalnya' sudah tidak lama. Kalau anda membantahnya, dia akan kecil hati dan menuduh anda tidak menghormati orang tua.

Kini Umno menghimpunkan generasi lama. Barangkali kerana mereka mengganggap jurang mereka dengan generasi muda semakin besar, dan generasi muda berinternet tidak mudah menerima ‘cerita reka’ mereka. Generasi tua ini pula dianggap mereka baik, yang tak berinternet lagilah bagus, lebih-lebih lagi kerana ia sebaya.

Dipetik daripada blog Ketua Penerangan Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man

Read more ...

LAMA DAH TUNGGU!!! Negara tak pernah dijajah, kenapa UMNO belum buat kenyataan menyokong kangkong belaan?

http://malaysia831.com/data/image/merdeka.jpgPenantian memang satu penyeksaan.

Bukan setakat rakyat Malaysia saja yang merasakannya, rupanya Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz juga berkongsi perasaan yang sama.


Apakah Umno-APCO kini terjerat dengan kenyataan sendiri ekoran penafian demi penafian bahawa Tanah Melayu sebenarnya tidak pernah dijajah.


Padahal bukti sejarah dan beratus-ratus fakta sahih termasuk dari Muzium London turut didedahkan untuk membuktikan bahawa Tanah Melayu pernah dijajah hingga mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.


Semestinya Tuan Guru akan menunggu dan terus menunggu apa pula hujah Umno-APCO termasuk para profesor kang kung nya untuk terus mengelirukan rakyat Malaysia.



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau masih menanti pendirian dan jawapan rasmi Umno berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah dijajah oleh British dan mana-mana kuasa asing lain.


Menulis di laman Facebook pagi ini, Nik Aziz berkata Umno sehingga ini masih belum memberikan sebarang respons perkara itu walaupun banyak pihak tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan MPN itu.


“Bismillah . . . saya membelek akhbar-akhbar tempatan dan menanti melalui media massa, pemimpin Umno sampai ke saat ini belum memberikan respons terhadap pandangan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.


“Barangkali isu ini kecil bagi mereka atau bagaimana? Atau dalam hal ini pemimpin Umno dengan bertanggungjawab sekalipun yang mengeluarkan pandangan itu adalah ahli Umno . . . bahkan bekas presiden Umno pun dilaporkan bersetuju,” kata Menteri Besar Kelantan ini.


Sebelum ini PAS mencabar Umno untuk menyatakan pendirian parti Melayu terbesar itu namun sehingga kini tiada jawapan yang diberikan.


Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu, Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu.


Isu negara tidak pernah dijajah terlebih dahulu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling dan Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.


Mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan Raja-raja Melayu dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja.


Selain itu bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Beliau berkata British telah bertindak seolah-olah “kita dijajah.”

Read more ...