Wednesday, June 15, 2011

Naik berkupang-kupang turun sekupang ja , pasai apa puak UMNO kerumun stesen minyak


Wah!!!wah!!!wah!!!SK dapat berita Petrol RON97 turun harga sekupang Bermula hari ni..Blogger-blogger pencacai Umno dah dok menyalak dah!!!depa Dok hingaq petrol dah turun, Tak payah tunggu PR memerintah pon dah turun minyak. SK rasa lani kat Malaysia Semua pakat dok lompat dah kat rumah dengar berita ni. Rasa-rasanya semua orang Pas,Pkr,Dap dah lari tinggalkan parti dah masuk Umno.

Esok kot-kot ada berita 100,000 pulak rakyat Kelantan tinggalkan pas macam Awang Adek dakwa sebelum ni. sebab apa? Sebab minyak dah turun..Tetapi wahai Umno dan Konco-Koncomu..kami dah tak hairan apa kebaikan yang kamu lakukan. Kami dah letih dah dengan mainan kamu semua...bak kata Abg Mat Sabu,CAISHHHH!!!!Kau Hulur Tangan akan Ku Tampar segera........

UMNO parti tunggangan MCA
UMNO parti tunggangan MIC
UMNO parti tunggangan GERAKAN
UMNO pelopor Video Lucah
UMNO pengamal Rasuah

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Harga petrol RON97 yang mengalami kenaikan berperingkat sejak diapungkan tahun lalu akan turun 10 sen buat julung kali, berkuat kuasa tengah malam ini.

Dengan itu, RON97 akan dijual RM2.80 seliter.

Sejak awal tahun ini ia telah mengalami empat kenaikan untuk mencecah harga semasa RM2.90 seliter.

“Ya, RON97 akan turun 10 sen seliter mulai tengah malam, ini kali pertama ia turun sejak kerajaan memperkenalkan polisi pelarasan subsidi tahun lalu,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Satu lagi sumber berkata keputusan mengenainya dimaklumkan kepada pengedar petang ini.

Pada Julai lalu, kerajaan mengumumkan pelarasan subsidi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG) dan gula mengikut harga pasaran dunia.

Ketika itu kerajaan memutuskan harga petrol RON95 dan diesel diselaraskan lima sen kepada harga baru iaitu masing-masing RM1.85 seliter dan RM1.75 seliter.

Harga LPG pula diselaraskan 10 sen menjadi RM1.85 sekilogram dan petrol RON97 diapung terkawal memandangkan ia hanya membabitkan 13 peratus penggunaan bahan api di Malaysia.

Kerajaan menetapkan harga RON97 pada paras RM2.10 seliter dan mengalami kenaikan sehingga RM2.90 termasuk dua kali tahun lalu dan empat kali tahun ini.

Read more ...

Ahmad Maslan gelabah jawab soalan Felda




KUALA LUMPUR 16 JUN : Felda hari ini mengaku membuat pinjaman RM6bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja namun menegaskan agensi itu tidak bermasalah membayar semula pinjaman itu.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Maslan memberitahu Parlimen, Felda mencatat keuntungan Rm1.197 bilion tahun lalu dan nilai keseluruhan syarikat itu adalah RM19.18 bilion.

Bagaimanapun Ahmad Maslan tidak dapat memberi penjelasan kenapa, Felda perlu membuat pinjaman RM6bilion jika kedudukan kewangannya kukuh.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan Umno-BN menyatakan sama ada RM6bilion itu digunakan oleh anak syarikat Felda, Felda Global Ventures untuk melabur dalam syarikat milik asing.

Pelaburan itu, menurut Anwar, menyebabkan Felda menanggung kerugian berkumpul RM500 juta dari tahun 1997 hingga tahun lalu.

" Kenapakah pinjaman yang dibuat itu tidak pernah dibentangkan di Parlimen yang mewakili rakyat Malaysia?

" Siapakah yang mengarahkan KWSP untuk meminjamkan jumlah besar wang tersebut kepada Kumpulan Felda? Kami juga percaya pelaburan luar negara yang dibuat oleh Kumpulan Felda dengan menggunakan wang yang dipinjam daripada KWSP itu semuanya mengalami kerugian. Kami percaya bahawa semua pelaburan luar negara yang dibuat oleh Felda Global dengan menggunakan pinjaman wang KWSP itu dalam Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Technologies US, TRT-ETGO Canada, Felda Global Ventures Middle East dan juga Felda Global Ventures Arabia, semuanya mencatatkan kerugian terkumpul daripada tahun 1997 hingga 2010 hampir RM500 juta dan kebodohan pengurusan Felda Global Ventures adalah setara kalaupun tidak lebih besar daripada salah urustadbir Sime Darby,"soal Anwar dalam satu kenyataan media.

Malah lebih malang ujar Anwar, rakyat pula terpaksa menanggung beban akibat daripada kesilapan yang dilakukan oleh Felda.

"Dengan kerugian yang dialami Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negara itu, kami difahamkan pinjaman daripada KWSP itu tidak akan dibayar tetapi akan dilanjutkan tempoh pembayarannya yang sudah tentu ditanggung oleh rakyat. Kami percaya bahawa Perdana Menteri tidak tahu menahu seteruk itu kerugian yang dialami oleh Felda Global Ventures dalam pelaburan luar negaranya kerana kerugian itu diselindung dengan keuntungan besar Felda Global dalam perniagaan minyak kelapa sawit saban tahun,"ujarnya lagi.

Menteri yang bertanggungjawab, Ahmad juga gagal untuk memberikan jawapan kepada Anwar kerana tidak mempunyai maklumat penuh mengenainya.

Pinjaman RM6 bilion oleh Felda itu didedahkan oleh Pengerusi Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman pada bulan lalu, namun ia tidak disahkan oleh Felda sehingga kenyataan Ahmad hari ini.

Tahun lalu, Ahmad mengaku, juga di Parlimen, bahawa rizab Felda susut daripada lebih RM4bilion pada tahun 2004 kepada RM1.35 bilion tahun 2009.

Peneroka Felda dilihat sebagai “simpanan tetap” Umno ketika pilihanraya dan sebarang kritikan terhadap pengurusan Felda sering mengundang tindakan padah daripada pemerintah.

Tahun lalu, lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan diharamkan dan disaman kerana mendakwa Felda mungkin bangkrap jika terus menanggung kerugian akibat pemborosan dan pelaburan yang tersasar.

Read more ...

Anwar kembali ke parlimen



KUALA LUMPUR 16 JUN : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli parlimen yang lain kembali ke Dewan Rakyat hari ini selepas menjalani hukuman penggantungan selama enam bulan.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) bersama Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) diberi sambutan meriah oleh rakan-rakan ahli parlimen Pakatan Rakyat di sini hari ini.

Mereka dihadiahkan empat jambangan bunga oleh penyokong Pakatan Rakyat. Sivarasa dilihat memegang sebuah pembesar suara bagi melambangkan kebebasan bersuara yang cuba disekat berikutan penggantungan mereka itu.

Anwar diarahkan keluar dewan pada Disember lalu selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mendapati beliau bersalah kerana cuba memesongkan Dewan Rakyat berhubung kempen 1Malaysia kerajaan yang ada hubungan kait dengan Apco.

Karpal, Azmin dan Sivarasa, pula diarahkan keluar kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkannya mempertahankan dirinya pada sidang tahun lalu.

Read more ...

SKMM ingat main-main, rupanya Anonymous serang sungguh



KUALA LUMPUR 16 JUN : Sejak awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 10 laman web agensi kerajaan tidak dapat dilayari kerana diserang oleh pengodam yang membalas tindak kerajaan menyekat beberapa laman sesawang perkongsian fail.

Bermula jam 3.30 pagi tadi pengodam yang menamakan kumpulan mereka sebagai Anonymous, menyenaraikan 18 laman web kerajaan yang didakwa telah diserang oleh DDoS (Distributed Denial-of-Service) ataupun dipadamkan sementara oleh pentadbirnya.

Tinjauan Malaysiakini sehingga jam 9 pagi ini mendapati tidak kurang sembilan laman web, termasuk portal rasmi kerajaan Malaysia MyGovernment (www.malaysia.gov.my), masih tidak dapat dilayari.

Antara laman web kerajaan dan agensinya yang tidak dapat dilayari:

SabahTourism.com
ASEAN connect
Bomba
Perbendaharaan Malaysia
Parlimen Malaysia
JobsMalaysia
Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
Majlis Sukan Negara

Menurut beberapa pelayar yang sempat merakamkan laman web kerajaan yang digodamkan itu berkata kumpulan itu juga menukar kenyataan di laman-laman berkenaan.

“Salam Malaysia, kami telah menyaksikan penapisan internet yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia yang menyekat laman seperti The Pirate Bay dan WikiLeaks. Malaysia adalah antara kerajaan di dunia ini yang paling ketat mengenakan tapisan, hingga sanggup menghalang akses kepada filem dan rancangan televisyen.

“Tidak ada alasan bagi sebarang bentuk penapisan. Awak hanya cuba merampas hak asasi manusia. Internet diadakan untuk kebebasan dan tanpa rasa gentar kepada kerajaan mahupun campur tangannya. Jangan fikir tidak ada orang yang sedar apa yang awak lakukan,” petik kenyataan itu dalam bahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, serangan itu sebagai tanda dan amaran serta peluang bagi mendengar idea pihak lain. Pengodam juga berkata mereka mempunyai tanggungjawab bertindak pantas dan tanpa belas kasihan.

Minggu lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengumumkan bahawa 10 laman web termasuk Pirate Bay dan Megaupload telah disekat kerana mencabuli undang-undang hak cipta.M'siakini.

Read more ...

PERKASA.. perkara kecil ja , kalau puak ni berarak pun dok belakang P#####Q polis

Mat Sabu: ‘Perkasa perkara kecil, kami tak sekat Perkasa’

http://i147.photobucket.com/albums/r299/malaysianunplug/bm_mat_sabu.jpg

KLANG, 16 Jun — Pakatan Rakyat menyifatkan langkah Perkasa yang mahu mengadakan perarakan balas serentak dengan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini tidak akan memberi sebarang ancaman terhadap gerakan menuntut pilihan raya adil dan bebas itu.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) berkata, Himpunan Bersih 2.0 anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) tetap diteruskan sambil menyifatkan Perkasa sebagai “perkara kecil.”

“Perkasa ini perkara kecil sahaja, tiada apa-apa akan berlaku... kita bukan timbulkan apa-apa pun.

“Bagi pihak Bersih kita hanya mengadakan perhimpunan aman, tiada apa-apa provokasi, tapi kita minta agar polis mengawal keselamatan,” katanya selepas pelancaran Bersih 2.0 peringkat negeri Selangor di Dewan Hamzah di sini malam tadi.

Himpunan Bersih 2.0 mendapat tentangan pihak pro- Barisan Nasional (BN). Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali memutuskan untuk mengadakan perarakan balas serentak pada hari yang sama.

Ibrahim berkata pihaknya akan menganjurkan protes balas bagi menghalang Himpunan Bersih 2.0 selain mendakwa ia akan menimbulkan huru-hara.

Justeru tegas Mohamad, pihaknya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Perkasa, namun mempersoalkan mengapa perlu diadakan pada hari yang sama dengan Himpunan Bersih 2.0.

“Mengapa mesti hari yang sama? Perkasa boleh pilih tarikh lain... inikan negara demokrasi.

“Jadi, saya minta agar polis dapat mengawal keselamatan dan mengambil tindakan ke atas mereka yang mengundang perkara-perkara tidak diingini,” katanya.

Mohamad yang lebih mesra dengan panggilan “Mat Sabu” berkata, Himpunan Bersih 2.0 yang bertemakan “Walk For Democracy” akan diadakan secara santai tanpa menimbulkan sebarang ketegangan.

Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi PAS pusat ini menambah Himpunan Bersih 2.0 bukan gerakan parti politik tapi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menuntut pilihan raya adil dan bebas.

“Jadi saya minta peserta yang hadir hanya membawa bendera Malaysia dan bendera negeri bukan bendera parti politik . . . slogan juga mesti slogan Bersih 2.0, jangan bawa senjata, kalau ada provokasi jangan dilayan sebab kita berhimpun secara santai.

“Tujuan kita bukan nak kecam sesiapa tapi hanya mahukan pilihan raya yang adil dan bebas, kalau tiada perubahan negara akan menjadi lebih teruk,” katanya.

Turut hadir dalam program itu Pesuruhaya PAS Selangor Dr Abd Rani Osman, Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei dan Naib Pengerusi DAP Selangor Charles Santiago.

Semalam jawatankuasa pemandu Bersih berkata pihaknya bersedia bekerjasama dengan polis bagi memastikan perjalanan perhimpunan aman itu dapat dijayakan.

Sementara itu, ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat Selangor itu menggesa rakyat negeri itu agar sama menyertai Himpunan Bersih 2.0.

“Kita mahu tuntut SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) memberikan keadilan, ruang dan tempat kepada kita.

“Kita mahu SPR lebih telus dan bukan mengadakan pilihan raya sebab nak berikan kemenangan kepada Umno-BN,” kata Shuhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda.

Sementara itu, Santiago yang juga Ahli Parlimen Klang berkata sistem pemerintahan sedia ada perlu digantikan kerana ia dipenuhi dengan penyelewengan dan membebankan rakyat.

“Mengapa Himpunan Bersih 2.0 ini harus berjaya? Sebab kita mahu beri mesej kepada rakyat agar menukar kerajaan sekarang,” katanya.

Dr Abd Rani yang juga Adun Meru pula berkata, kekecohan akan berlaku sekiranya polis mengganggu perjalanan Himpunan Bersih bulan depan selain provokasi daripada pihak lain.

“Kalau Umno-BN nak kata kita dengan apa sekali pun biarkanlah... dipersilakan sebab kita bukan nak timbulkan huru-hara.

“Kalau Perkasa kata mahu turut mengadakan perhimpunan kita sedia dan kita akan buktikan siapa yang lebih perkasa daripada Perkasa,” katanya.

Read more ...

UMNO terokai media ceramah kerana ramai yang hadir sehingga tak nampak orang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgNW_UTmE2zfTFbCBYQW9E3bapJVvMpxCXbjeMHmEUW-0pDdn891E-hinWLkAabNmqlj1qTBGo2mJjGHw2V4QqGOwYYKJZ-A03_-I0qZKEZR9FRF-FIj6wuiEnjdEbZY7ZEcnKM_wLoWw5I/s400/permatang-pasir_khairy01talk.jpg

Pemuda BN terokai ceramah, akui media arus perdana gagal

KUALA LUMPUR, 15 Jun — Melihat pada sikap golongan muda yang tidak terpikat dengan media arus perdana, Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan pendekatan ceramah untuk meraih sokongan.

Dan, mengakui “media alternatif tidak boleh dikawal”, pemimpin-pemimpin Pemuda Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka cuba beralih kepada usaha menganjurkan ceramah umum untuk melawan cengkaman Pakatan Rakyat.

“Pengundi baru tidak mempeduli media arus perdana. Mereka tidak menonton Warta Perdana atau Buletin Utama,” kata Lokman Noor Adam, ketua Unit Pidato Pemuda BN merujuk kepada program berita perdana TV3 dan RTM1.

Beliau berkata unit itu yang ditubuhkan Khairy Jamaluddin selepas menjadi ketua Pemuda Umno pada 2009 merupakan salah satu usaha untuk mengenal pasti kegagalan BN.

“Kami tidak mempunyai sesiapa yang boleh meyakinkan publik dan mengatasi penceramah pembangkang. Dalam mengadakan program-program ini dan membawa lebih ramai orang, kami gagal,” kata Exco Pemuda Umno itu.

Beliau berkata bahawa pengundi berusia bawah 40 tahun akan meningkat kepada 80 peratus daripada keseluruhan pemilih yang baru berdaftar.

Antara pilihan raya umum 2008 dan yang ke-13, ia akan meningkat dari 41 peratus kepada 49 peratus.

Media alternatif telah mengurangkan kelebihan BN yang lebih banyak mengawal media cetak dan media penyiaran.

Perangkaan terbaru firma Audit Bureau of Circulations (ABC) sehingga 30 Jun 2010 menunjukkan edaran Utusan Malaysia milik Umno merosot 5.9 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu jatuh dari 181,346 naskhah kepada hanya 170,558.

Laporan ABC juga menunjukkan jualan The Star merosot dari 295,479 naskhah kepada 286,409 (-3.1 peratus), New Straits Times dari 120,770 kepada 109,341 (-9.5 peratus) dan Berita Harian dari 183,187 kepada 160,597 (-12.3 peratus).

Sementara itu, rangkaian media sosial di kalangan rakyat Malaysia telah berkembang pesat, terdapat 9.5 juta akaun Facebook sehingga Januari lalu.

Justeru, Unit Pidato telah menganjurkan kursus-kursus pemimpin akar umbi dan 415 program pidato sejak Mei 2009, mendakwa sokongan hadirin telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lalu.

Lokman menambah, bilangan ceramah akan ditambah bermula bulan depan sebagai pendekatan Pemuda BN menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata kursus yang diadakan menyentuh bagaimana untuk menarik sokongan rakyat dengan pendekatan yang berbeza termasuk daripada ceramah, majlis makan malam, debat dan demonstrasi.

“Kami juga akan memberikan latihan asas seperti bagaimana untuk menghasilkan sepanduk dan kain rentang yang berkesan, di mana maklumat penting seperti penceramah, masa dan tempat boleh dilihat dalam lima saat.

“Kadang-kadang ahli kami tidak mempunyai imaginasi atau IQ yang rendah dan tidak mampu melakukan kerja-kerja publisiti,” katanya.

Read more ...

Khir Toyo arah bohong kerana UMNO memang pembohong




SHAH ALAM 15 JUN : Pengarah Ditamas Sdn Bhd (Ditamas), Datuk Shamsuddin Hayroni mengaku berbohong kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) atas arahan Dr Mohd Khir Toyo bersabit penjualan dua lot tanah di bawah harga pasaran kepada bekas menteri besar selangor.

Shamsuddin memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam berkata beliau hanya menukar keterangannya kepada SPRM 7 Jun lalu kerana ingin menceritakan perkara yang benar.

Keterangan terbaru Shamsuddin kepada SPRM dibuat selepas badan itu menggugurkan tuduhan beliau bersubahat dengan Khir Toyo dalam melakukan jenayah itu.

Shamsudin ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwaraya, menyatakan dia menyedari terdapat beberapa keterangan diberikan pada 2009 lalu yang tidak benar dan perlu dibetulkan.

Antara keterangan berbeza adalah Shamsuddin melantik kontraktor, Nasir Ismail bagi kerja pengubahsuaian banglo mewah itu (2009). Samsuddin berkata sebenarnya Khir Toyo yang melantik Nasir bagi kerja berkenaan.

Beliau juga menjelaskan Khir meminta beliau memberitahu SPRM bahawa beliau menjual lot banglo itu di bawah harga pasaran kerana menghadapi masalah kewangan dan bukan atas tuntutan bekas menteri besar selangor itu.

Shamsuddin memberitahu mahkamah semalam bahawa beliau menunaikan permintaan Khir mmbeli dua lot itu kerana bimbang projek-projeknya di Selangor akan terjejas jika beliau engkar.

Justeru Shamsuddin tidak ada pilihan selain menjual dua lot itu untuk RM3.5juta sungguhpun harga pasaran adalah lebih RM6juta.

Shamsudin menolak andaian peguambela, Kamarul Hisham Kamaruddin kononnya pembelian rumah banglo itu diarahkan Dr Mohd Khir adalah rekaannya setelah tuduhan terhadapnya digugurkan.

Ketika Hakim Datuk Mokhtarudin Baki mengulangi pertanyaan, Shamsuddin berkata dia memahami maksud arahan Dr Mohd Khir itu bahawa dia diarahkan membeli rumah banglo itu menerusi cara percakapan dan bahasa tubuh ditunjukkan Bekas Menteri Besar itu.

Beliau ketika ditanya mengaku membuat bayaran tunai RM1.5 juta sebanyak tiga kali iaitu RM500,000 kepada jurulandskap Nasir Ismail tanpa dibekalkan resit.

Shamsuddin juga mengaku tidak meminta resit bagi tujuan pembayaran itu tetapi bila ditanya berulang kali, mengakui ia penting sebagai bukti.

Shamsuddin juga berkata, dia memulakan kerjaya sebagai Kontraktor sebelum 1995 dan sebagai Pemaju pada 1995 atau selepas itu serta mengakui pernah berurusan dengan Kerajaan Negeri ketika Tan Sri Abu Hassan Omar menjadi Menteri Besar Selangor.

Beliau mendapat beberapa projek pembangunan perumahan dari anak syarikat Kerajaan Negeri, PKNS dan PNSB seperti di Bandar Baru Bangi dan Sungai Long Cheras menerusi dua syarikatnya, RongNiaga dan Bidalan Lumayan.

Mengulas berhubung dakwaan Kamarul Hisham bahawa dia adalah Pemaju pengalaman dan berjaya, dia hanya menjawab – Alhamdullillah tetapi ditegur oleh Mokhtarudin dan bersetuju dengan apa dikatakan peguambela itu.

Kes perbicaraan rasuah Dr Khir Toyo masuk hari ke enam hari ini dengan Shamsuddin tampil memberi keterangan.

Dr Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada syarikat kepunyaan Shamsuddin, Ditamas.

Sebagai balasan, Dr Khir Toyo dituduh menggunakan kedudukan sebagai Menteri Besar untuk memperolehi pelbagai projek bagi Ditamas dan Shamsudin.

Khir Toyo yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika disabit kesalahan.

Read more ...

PERKASA akan berjihad pertahankan Utusan yang hina Islam

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) memandang serius penyiaran kartun di dalam Utusan Malaysia disiarkan pada yang secara jelas menghina ulama dan Islam.

“Perkara ini tidak harus dibiarkan,” ujar Yang Dipertua PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, PUM meminta supaya para Mufti juga turut menegur Utusan yang menyiarkan kartun yang menghina hukum hakam agama.

Beliau berkata, sepatutnya akhbar menjadi alat perpaduan dan menimbulkan kesedaran, bukan menambah pergeseran dan perpecahan umat.

PUM juga, katanya meminta supaya Majlis Fatwa Kebangsaan membuat pendirian berhubung dengan perkara itu.

Tambahnya, kartun seperti itu dilihat cuba memperlekehkan pandangan alim ulama dan memberikan tanggapan negatif kepada Islam.

“Perkara sebegini sepatutnya mereka mendapatkan pandangan cerdik pandai dalam bidang agama sebelum mengeluarkan sesuatu bahan.

“Kita syorkan supaya pelukis dan penerbit kartun ini didakwa atas penghinaan ke atas Islam,” katanya lagi.

Beliau menambah, PUM juga menyarankan agar pihak kerajaan mengadakan lebih banyak konvensyen nasional bagi menyelesaikan isu-isu dalam kalangan umat Islam sekarang yang kebanyakkan masyarakat Islam sekarang dilihat kurang berpengetahuan agama.

Read more ...

Mana satu pilihan daku : Cuti-Cuti 1Malaysia atau Curi-Curi 1Malaysia


TOYORISM (BUDAYA TOYOL)-CURI-CURI 1MALAYSIA DILANCARKAN HARI INI.

KLIK PADA GAMBAR UNTUK KETERANGAN LANJUT BAGAIMANA CARA-CARA MEMBUAT WANG SEBANYAK RM 1.8 BILLION DALAM MASA SEMINIT TANPA MENGGUNAKAN WANG RAKYAT.


KUALA LUMPUR: Selepas kecoh dengan page facebook Tourism Malaysia ~ Cuti-Cuti 1Malaysia yang diselenggara menggunakan wang rakyat sebanyak RM1.8 juta sesuka hati mak bapak depa, kini dilaporkan orang-ramai telah menemui sebuah lagi page di facebook iaitu Toyorism Malaysia ~ Curi-Curi 1Malaysia yang baru dilancarkan bagi memberi saingan kepada page yang berharga RM 1.8 juta itu.

Orang-ramai boleh menyertainya tanpa mengeluarkan sesenpun dengan mengklik di sini.

Sehingga berita ini ditulis, Raja Katak yang dikatakan akan turut memanggil katak-kataknya tumpang berdemo pada awal Julai nanti masih berada di bawah tempurung dan tidak dapat dihubungi bagi menyatakan pendiriannya berhubung perkara ini.


KOMEN DARI SEORANG RAKYAT:

1Malaysia Email : RM50,000,000 + RM0.50 per email sent
1Pengguna website : RM1,400,000
Cuti-Cuti Malaysia : RM1,800,000
One Million Youth Gathering : RM25,500,000 instead of RM1,500,000
Dog : RM32,000 - RM34,000 for a dog
Diesel : C2 fishing trawlers steep rise of 44% from the previous price of RM1.25
Sugar : 20 sen increase from RM2.10 to RM2.30 per kg
Electricity : Going up by 7%
Petrol : RON 97 increased by 20 sen to a record high of RM2.90 per liter

-UTUSEKS MELOYA


Read more ...

Dulu ada Takaful Merdeka UMNO tak perlu Takaful Kifalah, tapi sekarang Takaful Merdeka UMNO dah bungkus

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiYKu5aD2cE2lMN8QhWoNpm3tZqP239oL7icZwAcV0P2InezPer4gr8ZmcTt7RTkthyphenhyphencJtKLvj16QnKIr-mvYYLN9DjNcCkWYtI5qQ8uCR0LsuNK6c6G-QpwNjYDmEIiHk4YRJIHjxW3dm/s320/skim+takaful+370.png
by Asrol Affandi
“Kami tidak akan memproses sebarang tuntutan yang diterima selepas 31 Disember 2008. Pada masa sama, kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami tidak akan memperbaharui skim takaful ini bagi tahun seterusnya”. Wan Ahmad Najib Wan Ahmad Lotfi,Saluran Pemasaran Alternatif BSN Takaful.

Kenyataan ini dipetik dari sumber berita Sinar Harian 7 Nov 2007.
Skim perlindungan insurans Takaful Merdeka yang diperkenalkan oleh Badan Perhubungan UMNO Kelantan telahpun ditamatkan pada bulan September 2008 lalu.

Ianya khusus diberi kepada ahli-ahli UMNO yang tujuan sebenarnya adalah untuk menyekat mereka dari menerima Skim Takaful Kifaalah dan Skim Khairatul Ummah yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan melalui anak syarikat PMBK, Kifalah sdn bhd sehingga ke hari ini.

Read more ...

Sokong perlantikan Ust. Abu Bakar Husin, AJK berintegriti

http://pastiperak.files.wordpress.com/2011/05/ustaz-abu-bakar-hussain-pesuruhjaya-pas-perak-3.jpg?w=373&h=400PARIT BUNTAR , 15 Jun : PAS Parit Buntar menyokong penuh perlantikan semula Ust. Abu Bakar Husein sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Perak untuk penggal yang kedua.

Ketua Penerangan PAS Parit Buntar , Fakhrurrazi Haji Khalid berkata PAS Parit Buntar sentiasa komited untuk membantu Pesuruhjaya Negeri Perak yang bagi memacu perjuangan PAS di negeri Perak.

"PAS Kawasan memberikan sokongan penuh atas perlantikan beliau dan percaya Ust. Abu Bakar berupaya untuk memimpin PAS negeri dengan baik.

"Dengan ketokohannya sebagai ulama dan dibantu oleh pasukan kerja yang mantap, saya yakin PAS Perak akan lebih maju dan mantap berjuang seiring dengan DAP dan PKR di Perak," kata Fakhrurrazi.

Fakhrurrazi berkata, Ust. Abu Bakar mampu mentadbir dan mengepalai jentera PAS Perak pada Pilihanraya Umum akan datang dengan lebih baik.

"PAS Parit Buntar sentiasa menyokong penuh sesiapa juga yang dilantik oleh Presiden untuk memimpin PAS Negeri,

“ Kita akan bekerja secara berpasukan bagi membantu PAS Negeri sebagai persediaan untuk kita menggantikan Umno yang semakin lama semakin tenat" katanya

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Parit Buntar Adnan Abd Rahman berharap Ust. Abu Bakar membentuk saf kepimpinan negeri yang mantap dan mampu menggerakkan PAS Perak supaya lebih aktif.

“ Pimpinan yang bakal dilantik diharap mempunyai kebolehan dan komitmen yang tinggi terhadap gerakerja parti.

“ Lebih penting , pimpinan PAS Perak yang bakal dilantik adalah beramanah dan berintegriti mendukung prinsip perjuangan PAS”katanya
Adnan yakin pelantikan Ust. Abu Bakar sebagai Pesuruhjaya negeri itu mampu mengembalikan negeri itu ke pangkuan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.

Read more ...