Wednesday, April 13, 2011

Raja Petra mahu gunakan TV3 sensasikan kes Altantuya supaya polis siasat akuan bersumpahnya

Altantuya : Polis Tidak Siasat Kewujudan Laporan ATM Babitkan Rosmah, Kata Raja Petra

https://airkosong.com/_/wp-content/uploads/2008/09/rpk-behind-bar.gifSHAH ALAM 14 APRIL : Pengarang Malaysia Today Raja Petra Kamaruddin berkata wawancara beliau dengan TV3, menafikan beliau percaya Rosmah Mansor hadir di tempat kejadian Altantuya Sharibuu dibunuh, hanya bertujuan untuk menarik perhatian supaya polis menyiasat kandungan keterangan bersumpah yang dibuatnya.

Raja Petra sekali lagi menegaskan kenyataan bersumpah yang dibuat oleh beliau adalah berasaskan maklumat bahawa perisikan Angkatan Tentera Malaysia mempunyai sebuah laporan mengesahkan kehadiran Rosmah dan dua pegawai tentera apabila Altantuya mati dibom pada Oktober 2006.

Penjelasan Raja Petra menerusi laman blognya, sekali gus menempelak laporan TV3 dan media arus perdana lain yang cuba memberi gambaran kononnya beliau di tekan untuk membuat kenyataan bersumpah itu oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Raja Petra berkata pada Jun 2008, beliau dimaklumkan oleh seorang bernama Nik Nazmi Nik Daud, bahawa laporan mengaitkan Rosmah dan dua pegawai tentera kepada pembunuhan Altantuya ada dalam milik Lt Kol Kol Azmi Zainal Abidin, orang nombor dua dalam perisikan Angkatan Tentera Malaysia.

Nik Nazmi ketika itu bekerja dengan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, kata Raja Petra .

Raja Petra berkata Nik Nazmi memujuk beliau untuk membuat kenyataan bersumpah itu dan berjanji untuk membekalkan laporan perisikan ATM berkenaan apabila tiba masanya.

Raja Petra berkata beliau kemudian meminta seorang bernama John Pang untuk mendapatkan pengesahan mengenai kewujudan laporan itu daripada Tengku Razaleigh.

Raja Petra mendakwa John, seperti Nik Nazmi, turut bekerja dengan Tengku Razaleigh. John mengesahkan bahawa Tengku Razaleigh mengenali rapat Lt Kol Azmi dan tahu mengenai laporan perisikan itu, kata Raja Petra.

Raja Petra berkata seorang lagi kenalannya bernama Din Merican yang bekerja di pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut mengesahkan bahawa Lt.Kol Azmi sering ke pejabat Anwar dan Anwar mempercayai pegawai risik itu.

“Dengan keyakinan yang diberikan itu, saya menandatangani kenyataan bersumpah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur,” kata Raja Petra.

“Apa yang saya nyatakan dalam kenyataan bersumpah saya adalah saya di maklumkan mengenai (laporan perisikan) itu. Saya tidak pernah mengatakan ketiga-tiga individu memang hadir di tempat kejadian. Di dalam kenyataan bersumpah, saya menggesa pihak berkuasa untuk menyiasat perkata itu bagi menegakkan kebenaran,” kata Raja Petra.

Justeru Raja Petra berkata laporan yang disiarkan oleh TV3 tidak membawa sebarang pendedahan baru dan beliau sedar kemungkinan wawancaranya akan diputarbelitkan.

“Selama tiga tahun saya menjelaskan latar belakang mengenai kenyataan bersumpah saya bahawa namun penjelasan itu ditolak dan mereka masih bertegas bahawa saya yang mendakwa Rosmah dan dua pegawai tentera hadir di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh,” kata Raja Petra.

Beliau berkata semua maklumat mengenai kenyataan bersumpahnya telah diberikan kepada polis namun tidak ada siasatan dilakukan terhadap individu-individu terbabit khususnya Lt Kol Azmi.

Raja Petra berkata beliau setuju diwawancara oleh TV3 kerana mahu menarik perhatian atas keperluan pihak berkuasa untuk menyiasat kesahihan kenyataan bersumpah yang dibuatnya.

“Saya tahu wawancara saya dengan TV3 akan disensasikan. Mungkin sensasi ini diperlukan supaya versi saya mengenai kenyataan bersumpah diberikan fokus yang sepatutnya. Saya membuat tuduhan terhadap Lt Kol Azmi Zainal Abidin, orang kedua dalam perisikan ATM, “kata Raja Petra.

Beliau berkata Nik Nazmi, orang yang mendedahkan kewujudan laporan perisikan ATM itu, kini berpaling tadah dan menjadi penyokong Datuk Seri Najib Razak, manakala John Pang kini bertugas dengan bank CIMB di Indonesia. CIMB adalah milik Nazir Razak, adik kepada Perdana Menteri.

Read more ...

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yakin pengundi pilih Pakatan bina Sarawak baru

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap lebih 900,000 akan melakukan perubahan ke arah membina Sarawak baru – dengan mengundi calon Pakatan Rakyat – yang menjanjikan “keadilan dan kesejahteraan” untuk semua rakyat, Sabtu ini.

Sehubungan itu kata Mursyidul Am PAS ini, mematuhi ingatan Allah ini, “kita hendaklah melakukan sesuatu itu dengan niat beribadat kerana ibadat itu akan mendapat pahala.”

“Pahala pula adalah bekalan untuk kita hidup aman-sejahtera selepas kita mati (berada di akhirat) nanti,” kata beliau dalam perutusan kepada pengundi bumi Kenyalang menjelang hari penentuan pilihan raya negeri Sarawak ke-10, Sabtu ini.

Menteri Besar Kelantan ini (gambar) berkata, apabila mengundi itu diniatkan sebagai ibadat, maka ia sama juga dengan sembahyang.

“Apa yang kita dapat dari sembahyang adalah pahala. Maka mengundi itu juga kita akan dapat pahala. Pahala adalah umpama duit yang yang boleh berjual-beli ketika di alam akhirat (hidup selepas mati),” katanya lagi.

Kata beliau, apa yang penting pengundi hendaklah mengundi calon dan parti yang membawa kebaikan dan membela nasib kita untuk hidup aman sejahtera.

“Sesungguhnya calon Pakatan Rakyat, sama ada dari PAS, DAP dan PKR adalah terdiri daripada mereka yang layak untuk dipilih.

“Ini kerana semua mereka memiliki kesungguhan dan sedia membela nasib dan hak kita semua,” katanya.

Kata Nik Aziz, yakinlah mengundi seorang calon yang layak, pastinya akan dapat berkhidmat dengan baik kepada kita semua.

“Ia adalah satu amal ibadat yang mulia, dan pasti mendapat restu Tuhan ke arah mencapai hidup yang aman sejahtera,” katanya lagi.

Pilihan raya negeri ke-10 menyaksikan kesemua 71 kerusi Dewan Undangan Negeri ditandingi – kali pertama sejak 1987.

Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri itu sejak Sarawak menyertai Malaysia hampir lima dekad lalu berhadapan dengan saingan paling sengit.

Awal hari ini Datuk Seri Najib Razak, perdana menteri dan pengerusi BN berkata, pihaknya hanya menyasarkan untuk mengekalkan kerajaan negeri, tidak kisah jika tidak memperoleh majoriti dua pertiga.

Read more ...

Kaji selidik terbaru : BN kalah di Sarawak , cuma menang 21 kerusi

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) diramal kalah apabila hanya memenangi 21 daripada 71 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada Ahad ini, menurut satu kaji selidik.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud juga diramalkan tumbang di DUN N51 Balingian, yang telah disandangnya selama tiga penggal itu.

Kaji selidik dikeluarkan oleh Zentrum PRN Sarawak dan diselia oleh Zentrum Future Studies Malaysia yang diasaskan oleh Dr Hassan Hayastani.

Dalam pertandingan tiga penjuru, calon bebas yang juga sepupu kepada Ketua Menteri itu, Datuk Salleh Jafaruddin menerima sokongan tertinggi apabila memperolehi 38 peratus sokongan dan Taib dengan 36 peratus.

Dalam perebutan kerusi yang sama juga menyaksikan calon PKR, Suriati Abdullah pula menerima 28 peratus.

Menurut kajian tersebut, Pakatan Rakyat yang membariskan calon PKR, DAP dan PAS mendapat 31 kerusi.

Keputusan daripada persepsi sokongan pengundi Sarawak itu juga menunjukkan sebuah lagi parti yang menentang BN, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) menerima sokongan tertinggi di 15 kerusi dan empat DUN pula didominasi oleh calon bebas.

Bagaimanapun keputusan kaji selidik yang dinamakan ‘PRN Sarawak prediksi period 1′ tersebut merupakan keputusan bagi kajian persepsi semasa dan tidak mustahil berlaku perubahan data dalam jangka masa terdekat.

Persepsi kepercayaan politik mengikut kaum

Bagi persepsi untuk perbandingan persepsi kepercayaan politik mengikut kaum pula, BN mendahului parti-parti lain dalam meraih sokongan dari kaum Melayu dan Melanau dengan meraih 48 peratus sokongan.

Manakala PR pula mengekori BN di tempat kedua apabila meraih sokongan sebanyak 40 peratus, SNAP dengan 10 peratus dan masing-masing Parti Cinta Malaysia (PCM) dan bebas satu peratus.

Bagaimanapun data dari statistik itu juga menunjukkan BN ditinggalkan jauh di tempat kedua oleh PR yang memperolehi 46 peratus sokongan masyarakat cina dan
BN dengan 34 peratus.

Turut meraih sokongan dari masyarakat Cina yang umumnya mendiami di kawasan bandar ialah parti SNAP dengan 18 peratus diikuti PCM dan bebas dengan masing-masing juga satu peratus.

SNAP sebuah parti kaum Dayak di Sarawak pula mengungguli sokongan kaum Iban apabila dijangkakan mampu meraih sokongan sebanyak 38 peratus berbanding PR di tempat kedua dengan 32 peratus.

BN yang mengekori di tempat ke tiga bagi persepsi sokongan kaum yang sama pada ketika ini meraih sebanyak 23 peratus sokongan dan bebas dengan tujuh peratus.

PR sekali lagi meraih populariti tinggi apabila diramalkan menerima sokongan terbanyak di kalangan pengundi kaum Bidayuh dengan 40 peratus manakala SNAP mengekori rapat di tempat ke dua dengan 38 peratus.

Ketika hanya mampu meraih 20 peratus sokongan masyarakat Bidayuh, BN meninggalkan jauh pesaingnya apabila dijangka meraih 51 peratus sokongan di kalangan masyarakat Orang Ulu.

Menurut hasil kajian PRN Sarawak prediksi period 1 itu lagi, PR pula memperolehi 36 peratus dan SNAP pula sebanyak 10 peratus juga bagi masyarakat Orang Ulu.

Bagi lain-lain kaum pula, BN memperolehi 53 peratus, PR dengan 21 peratus dan SNAP pula dengan 17 peratus.

Read more ...

BN tertekan : Mesej 'ubah' sampai ke kawasan pedalaman Sarawak

Anwar Bawa Mesej "Ubahlah" Ke Kawasan Terpencil Sarawak |


KAPIT 14 APRIL : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin kematangan rakyat Sarawak akan menyerlah pada pilihanraya negeri kali ini apabila mereka bangkit bersama menolak pemerintahan rakyat Barisan Nasional pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Anwar bermalam di Kapit malam tadi, sebuah kawasan pedalaman yang diwarnai dengan rumah-rumah panjang dan mengambil masa perjalanan tiga jam menggunakan bot dari Sibu.

Bercakap kepada kira-kira 500 penghuni Rumah Panjang Bundung, Anwar menegaskan keinginan rakyat Sarawak mengukir masa depan yang baru dan lebih terjamin akan diterjemahkan menerusi kotak undi pada Sabtu ini.

"Tidak ada sebab lagi rakyat Sarawak terutamanya orang Iban dan Melayu terus sokong BN setelah melihat bagaimana mereka merompak memperkayakan dua tiga kerat pemimpin pada hal rakyat terus hidup merempat," kata Anwar.

Sambutan rakyat yang amat menggalakkan menambahkan keyakinan beliau bahawa perubahan drastik bakal berlaku.

Dalam ucapannya Anwar turut mengulas “perbalahan” antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu Taib bersara dengan segera manakala Ketua Menteri yang sudah berkuasa selama 30 tahun itu masih ingin memerintah.

Anwar berkata rakyat Sarawak bukan sahaja ingin Taib berundur tetapi mahu BN Sarawak turut berbuat demikian.

"Sekarang Najib dan Taib sudah berbalah. Apa punya Perdana Menteri datang ke Sarawak hanya untuk umumkan Taib akan berundur dan kemudiannya Taib tunjukkan sikap degilnya. Ini bukti mereka akan kalah di Sarawak," tegas beliau lagi.

Pagi tadi Anwar menaiki feri untuk bertemu dengan rakyat di Song yang terletak kira-kira 41 km dari Kapit.

Seperti di Kapit semalam, ribuan penduduk menyambut beliau yang diiringi calon bagi kawasan Dewan Undangan Negeri N55 Katibas, Munan ak Laja.

Anwar mengunjungi pasar, kedai dan gerai di Song dan disambut mesra oleh penduduk setempat.

Ada yang berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama Ketua Pembangkang itu

Di pasar Song, Anwar menyeru agar rakyat Sarawak membuang rasa gentar terhadap BN.

"Kita yang tidak curi balak, rampas tanah, rogol anak gadis Melaka, bunuh Altantuya jadi nak takut, apa pasal. Orang yang buat semua jenayah pulak jadi berani, naik pangkat malah datang berkempen minta sokongan,” kata Anwar.

"Sudah tiba masanya rakyat Sarawak kata "enough is enough(sudah cukup)" dan pada 16 April nanti kita tumbangkan BN dan tegakkan perintah baru di bawah Pakatan Rakyat," tegas beliau.

Read more ...

Sisa radioaktif cemarkan kawasan perikanan dan susahkan nelayan

Ahli Politik Australia Kutuk Pembuangan Sisa Radioaktif Di Kuantan



KUALA LUMPUR 14 APRIL : Ahli politik Australia mengutuk cadangan syarikat Lynas Advanced Materials Plant mahu membuang bahan radioaktif ke kawasan komuniti perikanan di Gebeng, Pahang.

Robin Chapple menegaskan kepimpinan Ketua Menteri Australia Barat, Barnett tidak harus bersubahat dalam membuang sisa radioaktif di negara lain, termasuk Malaysia.

“Saya mengutuk sekeras-kerasnya cadangan Lynas untuk membuang bahan radioaktif itu ke kawasan komuniti perikanan di Pahang," ujar Chapple.

Chapple yang juga ahli Majlis Perundangan Australia Barat berkata, pengendalian yang tidak betul akan menyebabkan penduduk sekitar akan mengalami radiasi yang diakibatkan oleh mineral thorium.

Chapple menyuarakan kebimbangannya ekoran sebelum ini, sebuah syarikat perlombongan bahan radioaktif, syarikat Magellan Metal terpaksa menghentikan operasinya berikutan kebocoran plumbum yang merbahaya kepada penduduk.

"Saya sudah berhubung dengan komuniti di Malaysia dan mereka tidak mahu melihat sisa toksik dibuang di kampung mereka," katanya lagi.

Beliau juga mengambil kira faktor geografi Gebeng yang terletak bersebelahan laut yang bersambung terus dengan sungai Balok, yang datangnya dari kawasan perindutrian menempatkan loji itu.

Gebeng juga terletak berhampiran dengan Cherating, sebuah kawasan perikanan.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakub untuk menubuhkan badan bebas mengkaji impak radioaktif kepada persekitaran Gebeng.

Fuziah kini sedang dalam usaha untuk menghentikan operasi loji tersebut di Pahang.

Kebimbangan terhadap isu pembuangan sisa bahan radioaktif ini semakin menekan apabila kerajaan persekutuan pimpinan Perana Menteri Najib Razak meluluskan pembinaan loji tersebut.

Operasi memproses thorium dari lombong Mount Weld itu dijadualkan bermula September depan di bawah seliaan Lynas Corporation.

Lynas Corporation adalah syarikat Australia yang mempunyai lombong di Kwinana, Mount Weld, Australia Barat.

Read more ...

Pendedahan Raja Petra : TV3 nak kaitkan Anwar tapi Ku Li yang kena

Raja Petra: Najib dikait kes Altantuya, bolehkan Ku Li jadi PM

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEitFLj-PrTaNzFvsnW4_UG9wJVvDwLTZz4u03cpeEZzSOVH7b9QXGg5v-_wByekyTBLDQ28oUAE57MLPZzqps5iO43-gWLd6Q_nxG06xrB-9DDU_JpeG_Phd3MNl9KlNuUzCAX5K1KUyYkJ/s320/KU+LI.jpg

KUALA LUMPUR, 14 April — Blogger kontroversial Raja Petra Raja Kamarudin hari ini mendedahkan konspirasi yang cuba mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaaribuu dengan harapan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, boleh menjadi perdana menteri.

Raja Petra membuat pendedahan ini sehari selepas sebahagian temu bual dengan stesen televisyen prokerajaan, TV3, muncul malam tadi di mana beliau menafikan pernah menuduh isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dilihat berada di lokasi Altantuya dibunuh lima tahun lalu.


“Keseluruhan matlamat usaha ini ialah menghalang Najib daripada mengambil alih jawatan perdana menteri. Jika (Tun) Abdullah Ahmad Badawi boleh dipaksa untuk meletakkan jawatan, dan jika Najib boleh dihalang daripada mengambil alih, maka Tengku Razaleigh boleh menjadi perdana menteri,” tulis Raja Petra dalam portal Malaysia Today kendaliannya hari ini.


Raja Petra yang turut dikenali sebagai RPK berkata, pertemuan itu yang dihadiri sekitar 30 orang telah berlangsung di pejabat bekas menteri kewangan itu di mana pembantunya Nik Azmi Nik Daud adalah pengucap utama.


“Tujuan pertemuan ialah mengeksploitasi (cara) bagaimana ia (rancangan itu) boleh digerakkan supaya Tengku Razaleigh boleh mengambil alih jawatan perdana menteri,” kata Raja Petra yang kini tinggal dalam pembuangan kendiri di United Kingdom.


Raja Petra juga menamakan beberapa orang yang hadir pada pertemuan itu termasuk penulis blog Umno dan juga Rafizi Ramli, kini pengarah strategi PKR, tetapi tidak menyebut bila mesyuarat itu diadakan.


Najib menggantikan Abdullah pada April 2009.

Read more ...

Agensi UMNO berkempen ,usaha awal UMNO ganti PBB di Sarawak

KEADILAN gesa SPR siasat salah laku kempen BN di Belaga

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjopsLHj56QQb89PD9HYe_53kIyNBghCdgNbQCgiuTOG6TbULA1BrfaqK-k5wtQyK2u636hHOBqtTvuDS4ErhRID4dlpKLkC1PX5Uwm2gW2MTvH1VviRGB44QoGAjLEJfdOAspfFgjfjvdd/s840-r/umno+sarawak.jpgBELAGA: Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) segera menyiasat kehadiran beberapa agensi kerajaan yang didapati berkempen untuk Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) N57 Belaga.

“Beberapa hari lalu, kami menerima maklumat bahawa di N57 Belaga, beberapa agensi Kerajaan Pusat seperti KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat), JASA (Jabatan Hal Ehwal Khas), dan TEKUN (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) sedang beroperasi.

“Mereka dikatakan menetap di rumah-rumah panjang dan berkempen untuk Barisan Nasional,” kata Nurul Izzah dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah berkata, siasatan itu perlu berikutan ia adalah salah laku ketika tempoh kempen sedang berlangsung.

Jelas beliau, pengunaan agensi terbabit juga membawa pelbagai tanda tanya dan dikhuatiri akan digunakan di semua DUN Pilihan Raya Sarawak kali ini yang dianggap paling berisiko buat Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

“Kami dengan ini meminta satu siasatan dibuat SPR dengan segera, demi keadilan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak,” tegasnya.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan adakah tindakan membawa masuk agensi-agensi ini sebenarnya satu pengakuan BN bahawa jentera mereka di Sarawak gagal dan memerlukan bantuan BN Semenanjung.

“Adakah ini satu petanda Umno sedang cuba memasuki negeri Sarawak dengan senyap memandangkan kerana ramainya anggota agensi-agensi ini adalah ahli Umno,” soal Nurul Izzah.

Nurul Izzah berkata, salah laku kempen BN juga boleh wujud di kawasan pedalaman kerana sistem pengundian di Sarawak agak unik di mana peti-peti undi akan dibawa ke rumah-rumah panjang untuk proses pengundian dijalankan.

“Proses pengundian sebegini akan terbuka kepada pelbagai unsur yang mungkin sukar dikawal.

“Sebagai contoh, kewujudan jentera BN yang bertapak di rumah-rumah panjang mungkin menjadi satu tekanan, atau bagaikan ancaman kepada para pengundi di situ untuk mengundi dengan bebas. Lebih-lebih lagi sekiranya jumlah anggota jentera BN itu melebihi jumlah petugas SPR,” jelas Nurul Izzah.

Dalam pada itu, beliau berkata, KEADILAN mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak-pihak tertentu kerana melakukan serangan Distributed Denial of Service (DDoS) ke atas laman web Malaysiakini, Radio Free Sarawak dan Sarawak Report semalam.

“Kami menggesa SKMM (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia) agar menyiasat dengan segera pihak-pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan tersebut dan membawa mereka ke muka pengadilan.

Kejadian sebegini tidak boleh dibenarkan berlaku, terutamanya dipertengahan waktu berkempen,” katanya./KeadilanDaily

Read more ...

Din Merican nafi kenyataan Raja Petra kepada TV3

Din Merican nafi dakwaan RPK dia ‘subahat’ cemar nama PM, Rosmah


KUALA LUMPUR, 14 April — Penulis blog Din Merican menafikan beliau “bersubahat” untuk mencemarkan nama Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dengan mengaitkan mereka dalam kes bunuh Altantuya Shariibuu sebagaimana didakwa dalam temu bual TV3 bersama Raja Petra Raja Kamarudin yang disiarkan malam tadi.

“Saya terkejut apabila mendengar bahawa saya dikaitkan dengan usaha-usaha untuk mencemarkan Perdana Menteri Najib dan isterinya Rosmah berkaitan dengan kes Altantuya.

“Hakikatnya, tiada asas dalam perkara ini. Saya secara peribadi kecewa (apabila mendengar) Raja Petra boleh mengaitkan saya terlibat dalam satu perkara yang sifar pengetahuan saya,” kata Din Merican dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi blognya malam tadi.

Menerusi segmen Buletin Utama malam tadi, TV3 menyiarkan temu bual eksklusif bersama Raja Petra yang mendakwa beliau tidak pernah menuduh Najib atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu.

Pengendali portal Malaysia Today itu berkata, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Najib mengambil alih jawatan perdana menteri.

Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008 hanya bersandarkan maklumat diperoleh daripada beberapa individu.

Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.

Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.

Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.

“Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil.
Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.

Raja Petra menamakan Din Merican salah seorang daripada beberapa individu terbabit.

Yang lain ialah Nik Azmi Nik Daud dan John Pang.

Dalam responsnya itu, Din Merican juga menegaskan, meskipun beliau tidak gembira dengan pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi tiada sebarang perasaan tidak bersetuju dengan kepimpinan Najib yang dilantik perdana menteri pada April 2009.

“Biar saya sebutkan di sini bahawa saya bukan anti-Najib. Sebenarnya, beberapa pengulas dalam blog saya mengecam saya terlalu lembut dengan perdana menteri dan dasar-dasarnya,” kata beliau.

Altantuya dibunuh pada 2006 ketika itu Najib merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan.

TV3 melaporkan ia akan membawa bahagian kedua temu bual menerusi Buletin Utama malam ini.

Stesen itu merupakan sebahagian daripada konglomerat Media Prima Berhad, yang majoriti sahamnya dimiliki syarikat-syarikat dikaitkan dengan Umno, parti teras Barisan Nasional (BN).

Read more ...

Bukan hanya orang Cina , orang Iban pun sudah tidak takut zahirkan sokongan kepada PR

Ribuan Penduduk Kapit Keluar Sambut Anwar


KAPIT 14 APRIL : Kegiatan harian pekan Kapit terhenti seketika apabila ribuan penduduk keluar beramai-ramai mengalu-alukan lawatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ke kawasan yang terpencil di bumi Sarawak itu.

Anwar menaiki feri dari pelabuhan Sibu untuk perjalanan melalui Sungai Rejang yang memakan masa selama tiga jam sebelum sampai ke destinasinya.

Lebih dua ribu penduduk meyambut ketibaan beliau serta rombongan.

Sambil melaungkan "Hidup Anwar, Hidup PKR" masyarakat Kapit yang majoritinya kaum Iban berpusu-pusu dan berbaris panjang untuk menerima tetamu mereka.

Lawatan Anwar dan sambutan yang diterimanya menandakan Pakatan Rakyat menembusi kawasan pendalaman Satawak yang paling jauh yang dikenali sebagai "Pulau Kapit" kerana perjalanan hanya boleh dilakukan melalui jalan sungai.

"Kami sangat gembira Datuk Anwar datang ke Kapit. Kami sayang kepadanya kerana dia bela nasib rakyat miskin," kata seorang wanita pertengahan umur.

Malah suasana sesak di jalan raya pekan Kapait apabila ramai pemandu menghulurkan tangan mereka untuk bersalaman dengan Ketua Umum Parti Keadilan itu.

"Kapit kami beri kepada PKR, memang kami sudah benci dengan ini BN. Pemimpin mereka tidak pernah datang melawat kami, hanya datang setakat terminal feri sahaja," kata seorang lagi penduduk Kapit.

Sejurus tiba di terminal feri Kapit Anwar memulakan program beliau dengan berjalan I disekitar pekan itu untuk menemui penduduk.

Kapit mempunyai dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu N54 Pelagus dan N56 Baleh.

Kedua-dua kerusi ditandingi oleh KEADILAN masing-masing oleh Edward Sumbang ak Asun dan Franky Bendinang ak Majah.

Pelagus mempunyai 14,550 pengundi manakala Baleh kira-kira 10,500 pengundi berdaftar.

Read more ...

BN kejam guna ISA terhadap rakyat cacat anggota

Pilu Hati Seorang Ibu


KUALA LUMPUR 13 APRIL : Hati ibu mana yang tidak sedih apabila anak kesayangan yang menjaga makan-minum dan menemaninya tiba-tiba ditangkap pihak berkuasa tanpa sebab munasabah.

Tanpa penjelasan dan setelah dua minggu tanpa khabar berita, apatah lagi kurang upaya, hati ibu ini terus dirundung pilu.

Kerinduan Mah Mat Deris, 67 tahun mendorong beliau hadir walaupun dalam keadaan uzur apabila Polis DiRaja Malaysia akhirnya membenarkan ahli keluarga menemui tahanan ISA Kadir Hashim di Bukit Aman hari ini.

Mah nyata masih sedih dan keliru dengan penangkapan anaknya itu sejak 1 April lalu mahu Kadir dibebaskan segera.

"Nak dia balikla, makcik tinggal seorang-sorang. Kalau boleh nak dia balik cepat," terangnya sayu kepada para wartawan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Kadir kudung pergelangan tangan kiri tetapi didakwa terlibat dalam kegiatan berunsur subversif iaitu aktiviti untuk melemahkan atau memusnahkan sesuatu sistem politik, kerajaan, agama, dengan menjalankan aktiviti tertentu secara sulit di bawah Seksyen 73(1) ISA.

Beliau ditangkap sekumpulan polis yang mengepung rumah Kadir dan Mah di Kampung Kerinchi seolah menangkap penjenayah bersenjata.

Mah datang bersama abang Kadir, Hisham Hashim dan berjaya menemui Kadir di sebuah bilik tertutup dan dikelilingi oleh lapan orang anggota Polis.

Hisham menyatakan Kadir dalam keadaan baik tetapi mempersoalkan tuduhan ke atas adiknya itu walaupun menurut Hisham, polis menyimpulkan adiknya tidak melakukan apa-apa.

"Bila kita tanya kenapa dia (Kadir) ditahan dibawah ISA, pihak polis mengatakan ada kegiatan subversif di internet, dan bermacam-macam lagi, bomlah, senjata apilah, dan semualah dia cakap. Tapi kesimpulannya bila saya tanya polis kata memang Kadir ni sepatutnya ditahan," kata Hisham kepada wartawan.

Hisham turut menerangkan adiknya itu tidak mampu melakukan seperti yang didakwa kerana kecacatan tangannya sejak kecil dan juga kesibukan menjaga ibu dan menguruskan perniagaan kedai makan di Kampung Kerinchi.

Malah beliau pelik dengan asosiasi Kadir terlibat dengan keganasan oleh segelintir pihak.

"Itu bukan isu dia sebab kalau keganasan, dia sepatutnya dibicara. Kita ada banyak akta dalam hal ini, kan? Yang kita bimbang keselamatan dia," tegas beliau.

Read more ...

BN makin cemas, 3 pesawat rasmi sudah tiba di Kuching

http://buletinonline.net/images/stories/prnsarawak1/jet%201%20&%202a.jpgKUALA TERENGGANU - Kehadiran tiga buah pesawat rasmi kerajaan Malaysia di Lapangan Terbang Kuching membayangkan betapa 'seriusnya' perasaan cemas pemimpin Barisan Nasional menghadapi pilihanraya negeri (PRN) Sarawak ke-10.

Sebuah pesawat ACJ 319 keluaran Airbus, bernilai antara USD 55-60 juta diletakkan di terminal utama, manakala sebuah lagi jenis Bombardier Global Express, ketika dirakam gambarnya semalam Rabu 13 April, sedang menghampiri terminal yang sama.

Sementara itu sebuah lagi pesawat jenis Falcon 900A diletakkan di 'hangar' TUDM di lapangan terbang terbabit.

Pesawat rasmi tersebut dilaporkan adalah untuk kegunaan dua pemimpin utama kerajaan Malaysia iaiu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri

Kedua-dua pemimpin kanan BN yang juga adalah pemimpin Umno dilaporkan layak menggunakan pesawat khas rasmi kerajaan Malaysia untuk tujuan urusan rasmi sahaja.

Namun begitu, adakah menghadiri kempen pilihanraya negeri Sarawak merupakan urusan rasmi kerajaan?

Dan persoalan yang timbul adalah, siapa pula yang menggunakan pesawat rasmi yang ketiga?

Garis panduan penggunaan pesawat udara adalah berdasarkan kepada Surat Pekeliling Am Sulit Bil. 1 Tahun 1987 Peraturan-Peraturan Penggunaan Jet Eksekutif Kerajaan dan Pesawat-Pesawat TUDM yang memperuntukkan pesawat-pesawat jet eksekutif kerajaan adalah untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Kedudukan BN Sarawak dalam PRN Sarawak dalam keadaan genting sebagaiamana dilaporkan Harakahdaily, sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat.

Menurut akhbar rasmi internet PAS itu lagi, 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Menurut Malaysiakini pula, kerusi selamat untuk BN hanya 28 sahaja manakala 19 sudah dimenangi pembangkang manakala 24 kerusi lagi sedang menjadi rebutan.

Sehubungan itu, Presiden Umno, Najib Razak, pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, semalam, mengakui BN menghadapi tentangan hebat di kawasan bandar, dan cabaran yang dihadapi kali ini "mungkin yang paling sukar dalam sejarah politik Sarawak".BO

Read more ...

Video : Selepas ini Burung Kenyalang akan diharamkan namanya di Sarawak kerana menentang Taib, nama Sarawak akan berubah menjadi Sarawak Bumi Taib



PRN Sarawak: Meledaknya Angin Perubahan Sehingga Maskot "Ubah" Habis Dijual

Patung mainan burung kenyalang yang dihasilkan oleh DAP Sarawak bagi kempen pilihan raya negeri hampir habis dijual.

Menurut setiausaha publisiti DAP, Tony Pua, patung yang diberi nama “Ubah” dan dihasilkan sebanyak 30,000 itu dijual pada harga RM10 sebuah. Ia kini dilaporkan kehabisan di kebanyakan tempat di seluruh Sarawak.

Katanya, parti itu juga menghasilkan 30,000 patung yang lebih besar dan dijual pada harga RM60 sebuah.

“Kami baru bawa bekalan terakhir iaitu sebanyak 300 'Ubah' besar dari Kuala Lumpur. Apabila habis dijual, kita tidak akan hasilkan lagi,” katanya.

Beliau juga berkata terdapat banyak rungutan daripada penyokong DAP yang kecewa kerana tidak dapat membeli patung berkenaan.

“Kami langsung tidak menjangkakan ia begitu laris, jadi kami tidak menghasilkannya dalam jumlah yang besar,” kata Pua (kanan).

Jualan ‘Ubah’ sebegitu laris khususnya ketika DAP mengadakan ceramah-ceramahnya. Penyokong tidak melepaskan kesempatan meminta pemimpin DAP menurunkan tandatangan mereka di paruh maskot itu

Antara yang sering menjadi buruan penyokong adalah tandatangan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Pada perhimpunan di Kuching, Ahad lalu, ribuan cuba mendapatkan tandatangan Lim sehingga juruacara majlis meminta kerjasama orang ramai membenarkan Lim beredar kerana terpaksa menghadiri majlis lain.

Read more ...

12 ditahan buat bantahan di luar bangunan DUN Perak, jika Umno buat bantahan sampai pecah pagar bangunan DUN P.Pinang seorang pun tak kena tahan

Sekurang-kurangnya 12 orang, termasuk ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar ditahan polis kerana melancarkan bantahan di luar bangunan dewan undangan negeri Perak yang sedang bersidang.

Bantahan itu bagi menuntut Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menunaikan janjinya membekalkan tanah lain kepada penduduk setinggan setelah bersetuju berpindah.

NONEPenduduk berkenaan berasal dari setinggan Kampung DBI di Buntong dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Hak Asasai Manusia (HRP).

Menurut penyelaras PSM R Rani beberapa wakil setinggan telah menghantar puluhan memorandums dan surat kepada pejabat Menteri Besar tetapi diarahkan merujuk dari satu jabatan ke jabatan lain tanpa sebarang penyelesaian,

Katanya, kebanyakan mereka adalah bekas pekerja Majlis Bandaraya Ipoh yang berpendapatan rendah dan membina rumah mereka berhampiran kuarter kerajaan di Kampung DBI.

“Mereka telah merayu untuk dapatkan plot kecil tanah selama 14 tahun dan setiap Menteri Besar telah berjanji untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Menteri Besar ini (Zambry) telah beri jaminan bahawa semua kawasan setinggan dan masalah perumahan di Perak akan diselesaikan… dan semua setinggan yang tinggal di kawasan mereka lebih 10 tahun akan diberikan hak tanah secara automatik,” katanya.

=Polis bertindak menahan penunjuk perasaan ini apabila arahan supaya bersurai dari lokasi berkenaan tidak diendahkan.

Beberapa aktivis, termasuk ketua HRP Perak A Ramesh mendakwa dikasari dan dipukul oleh polis sebelum ditangkap.

Ketua Polis Ipoh ACP Azisman Alias berkata bantahan itu adalah “perhimpunan haram” mengikut Seksyen 27, Akta Polis.

Read more ...

Beting Maro semakin hampir ditawan PAS, sambutan terhadap Najib dingin


BETING MARO, 13 April: Dua hari lagi menjelang pilihan raya negeri Sarawak, Barisan Nasional (BN) kelihatan semakin terdesak apabila isu membabitkan Tan Sri Taib Mahmud terpaksa dijawab satu persatu.

Namun isu bila Ketua Menteri itu akan meletak dan siapa pengganti nampaknya belum mampu dirungkai BN. Ini menyebabkan aktiviti kempen jentera BN kurang mendapat sambutan.

Hari ini terbukti lagi apabila kehadiran Datuk Seri Najib Razak di Pekan Pusa disambut tidak lebih 100 penyokong BN.

Lebih memalukan lagi apabila program kempen Najib yang diadakan sejurus selepas itu semakin kurang bilangan pendengar. Kalau hendak dihitung 50 orang pun sukar.

Perdana Menteri datang menggunakan helikopter. Pemimpin BN tidak serik menggunakan sepenuhnya jentera kerajaan biar pun seorang terbunuh pada kemalangan helikopter kelmarin.

Najib difahamkan terpaksa berkempen di Beting Maro memandangkan terdapat bayangan BN sukar mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihan raya kali ini.

Isu calon yang tidak dipersetujui akar umbi penyokong BN kini sukar ditangani. Keputusan Taib mengenepikan Bolhassan Di, penyandang sebelum ini juga makin payah diselesaikan.

Selain itu dan kemenangan kecil Bolhassan pada pilihan raya sebelum ini dengan 895 undi menyebabkan situasi cemas melanda BN.

Menurut krew Kelantantv yang berada di Beting Maro sejak Ahad lalu, kedatangan Najib turut disambut Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Katanya, Presiden PAS turut tampil bersalam dengan Najib ketika Perdana Menteri datang ke Pasar Pusa.

Ketika itu pemimpin PAS dan sebahagiannya daripada Kelantan sedang minum pagi bersama calon PAS Beting Maro, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus.

”Sambutan penduduk Pusa terhadap Najib amat dingin sekali. Tidak ramai sebagaimana dijangka walaupun BN buat pengumuman termasuk melalui TVmeminta rakyat Pusa keluar menyambut Perdana Menteri.

”Kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. Ketika ucapannya, beliau menghentam Presiden PAS apabila menyebut ’orang PAS bila sambut, peluk kita nampak baik tapi politiknya jahat," beritahu jurucakap Kelantantv.

Kempen Najib

Najib difahamkan tiba di Kuching malam tadi. Beliau dijangka menghabiskan masa berkempen di bahagian tengah Sarawak iaitu Pusa, Sebuyau dan Batang Sadong sehingga esok.

Dua hari lalu beliau berkempen di Beladin, salah satu Daerah Mengundi di Dun Beting Maro yang hanya boleh dihubungi melalui feri menyeberangi Sungai Saribas.

Turut berkempen membantu calon BN di Beladin, semalam Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Bahrom.

”Tinggal dua hari kempen sebelum hari pengundian Sabtu ini ternyata BN berada dalam keadaan tersepit apabila pelbagai isu membabitkan Taib terutamanya tanah adat langsung tidak disentuh Najib semasa melawat Beladin,” katanya.

Penduduk di Beladin juga dikatakan menuntut janji yang tidak ditunaikan sehingga kini termasuk membayar pampasan tanah.

Malam tadi Ustaz Abdul Hadi berceramah di Pusa Tengah bersama anggota jawatankuasa PAS pusat, Mohamad Sabu; Senator Mumtaz Nawi, dan
Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim.

Sambutan penduduk Pusa terhadap ceramah PAS begitu menggalakkan sekali di mana jauh lebih positif berbanding pilihanraya negeri Sarawak pada 2006.

Malah anak-anak muda tidak kekok melaungkan kata-kata 'Hidup PAS' dan didapati mereka memberi sokongan padu terhadap Abang Mat.

Jentera pembantu kempen dari Dewan Pemuda Kelantan diketuai Abdul Latif Abdul Rahman turut mengadakan acara sukan bersama belia dan anak muda di Kampung Pusa Tengah semalam.

BN semakin sukar

Sementara itu pegawai penyelidik dari Pusat Kajian Strategik Kelantan, Zainal Abidin Husien (gambar) berkata, momentum yang berlaku di semenanjung pada 2008 ternyata telah hanyut ke Sarawak.

”Sebelum ini kita boleh lihat gerak kerja kempen parti selain BN sukar mendapat tempat di kalangan penduduk tempatan.

”Kempen PAS di Beting Maro pada pilihan raya negeri lalu pun berdepan dengan pelbagai kesukaran. Namun sekarang berubah 360 darjah. Penduduk boleh menerima PAS dan Pakatan Rakyat,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurutnya juga isu yang paling penting BN sehingga kini belum mampu memecah benteng keutuhan Pakatan Rakyat biar pun cuba membawa isu video lucah dengan andaian Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak rakyat Sarawak.

Sebaliknya kata beliau apa yang berlaku sekarang, kehadiran pemimpin Pakatan mendapat sambutan hangat.
Ceramah Muryidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan pemimpin utama DAP di bandar Kuching malam 10 April lalu mendapat sambutan luar jangka.

”Apa pun keputusan pilihan raya Sarawak ini akan mempengaruhi sentimen politik di Semenanjung. Semangat Pakatan sudah diterima rakyat, kata orang boleh jalan sekarang.

”Kalau dahulu orang masih ragu-ragu, sekarang tidak lagi. Malah usaha media pro BN menghodohkan wajah pemimpin Pakatan nampak belum berjaya bahkan menyatukan penyokong Pakatan,” ujarnya.

Beliau yang mempunyai kelulusan dalam Sarjana Sains Politik dari USM berkata, keputusan pilihan raya Sarawak menjadi petunjuk kepada pilihan raya umum ke-13.

Read more ...

Husam tolak tanding Presiden, hanya AJK sahaja

KOTA BHARU, 13 April: Ahli Jawatan Kuasa (AJK) PAS Pusat, Datuk Husam Musa, hari ini menyatakan sokongan penuh beliau kepada pimpinan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Sehubungan dengan itu, Husam menolak sebarang percalonan dari mana-mana PAS kawasan untuk mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Saya menyokong 100 peratus kepada pimpinan Tuan Guru Haji Hadi, kerana kepada saya beliau adalah seorang yang berwibawa dan boleh menyatukan PAS.

“Jadi saya harap kawasan-kawasan lain tidak mencalonkan saya bagi jawatan presiden,” katanya.

“Saya tidak pernah ada hasrat untuk bertanding jawatan setinggi itu, apa tah lagi apabila dipertembungkan dengan Tuan Guru Haji Hadi,” katanya lagi.

Ujarnya, generasi muda kini mungkin tidak mengetahui hubungannya dengan Tuan Guru Haji Hadi.

“Pada tahun 1983 bila saya lepas universiti, saya ‘full time’ berkerja dengan PAS.

“Dan yang menerima saya di dalam majlis rasmi adalah Tuan Guru Haji Hadi dan almarhum Ustaz Hassan Syukri,” ujarnya lagi.

Walau macam mana pun beliau mengucap kan terima kasih kepada PAS kawasan Bukit Bintang yang mencalonkan beliau sebagai Presiden PAS.

“Mungkin PAS Bukit Bintang mempunyai sebab-sebab yang tertentu sehingga mencalonkan saya,” katanya.

Ujarnya lagi, beliau hanya akan bertanding sebagai AJK PAS Pusat sahaja dan fokus utama beliau ialah Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

“Tugas utama saya ialah bagi memastikan Kelantan diuruskan dengan baik dan berjaya dalam PRU 13 yang semakin hampir,” ujarnya lagi.

Baru-baru ini PAS kawasan Bukit Bintang telah mencalonkan Husam bagi bertanding jawatan Presiden PAS sewaktu mesyuarat agung PAS kawasan berkenaan.

Mesyuarat itu juga mencalonkan bekas Naib Presiden, Mohamad Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden.

Manakala, tiga jawatan Naib Presiden mereka mencalonkan Salahuddin Ayob, Datuk Mahfuz Omar dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

Read more ...

17 kerusi sudah dalam tangan PR

KUCHING, 13 April: Sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak didakwa sudah dalam genggaman Pakatan Rakyat manakala 11 kerusi lagi boleh jatuh bila-bila masa kepada Pakatan.

Dari 71 kerusi yang dipertandingkan, BN pula setakat ini didakwa hanya selesa di 43 kerusi, kata Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad pada sidang media PAS di Pejabat Badan Perhubungan PAS, di Matang Jaya di sini.

Beliau yang juga bekas Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP) berkata, biarpun maklumat itu hanya sekadar pandangan pemerhati politik, namun ianya sesuai dengan sokongan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat setakat ini.

Maka tidak hairanlah katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu bimbang sehingga beliau terpaksa turun sendiri berkempen di Sarawak.

"Najib memang tergugat, saya mendapat maklumat BN hanya boleh menang 43 kerusi yang mana mereka rasa betul-betul selamat. 17 kerusi milik pembangkang manakala 11 lagi jadi pertarungan sebenar," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat.

Keadaan itu juga jelas beliau menyebabkan Najib kini seperti hilang kepercayaan kepada timbalannya sendiri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengemudi jentera pilihan raya BN.

Ianya juga ditambah dengan faktor kebencian rakyat terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

"Hampir seluruhnya kekayaan negeri ini dibolot secara rakus bukan sahaja oleh dirinya (Taib), tetapi juga oleh suku sakatnya, abang, adik, ipar dan menantu.

"Maka amat wajar Najib kalau berani menyatakan siapa pengganti Taib Mahmud dalam masa terdekat ini.

"Ataukah ini mainan Najib, atau mainan Muhyiddin dengan Taib Mahmud untuk mensabotaj Najib,"soalnya lagi.

Kebangkitan rakyat pada pilihan raya Sarawak kali ini dapat dilihat dengan jelas apabila penyertaan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ini disambut bagai menatang minyak yang penuh.

Ceramah-ceramah Pakatan Rakyat juga turut mendapat sambutan luar biasa khususnya masyarakat Cina, apatah lagi dengan kehadiran pemimin utama PAS, PKR dan DAP seperti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Keadaan itu menyebabkan BN kini tidak senang duduk dan mula menumpukan kepada kawasan pedalaman yang mempunyai penduduk majoriti Melayu, Melanau dan Iban.

"BN kini sedang memperkemas bala tentera, bukan jentera tetapi wang ringgit mereka,"kata Dzulkefly lagi.

Pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, semua kerusi ditandingi pembangkang termasuk Pakatan Rakyat iaitu PKR 47 kerusi, DAP 15 dan PAS 5, manakala Snap bertanding di 27 kerusi. -Hrkh

Read more ...

Dun menang jadi anak angkat PAS Pusat

(Ustaz Abdul Hadi bersama pemimpin PAS Sarawak di samping calon PAS Beting Maro, Abang Mat [kanan sekali] di Pusa Hulu, Beting Maro)

BETING MARO, 13 April: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberi jaminan bahawa mana-mana Dun yang dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak akan dijadikan Dun angkat PAS pusat.

Jaminan itu dinyatakan beliau dalam satu ceramah di sini malam tadi.

"Yang mana, Dun tersebut akan dijadikan sebagai model yang akan memangkinkan kemasukan PAS ke Sarawak dan Sabah dengan lebih meluas lagi,"katanya.

(Gambar: Bukan guna helikopter tetapi hanya dengan sampan untuk bertemu pengundi)

Sementara itu, semalam beliau juga telah menghubungi menerusi telefon kesemua calon PAS yang bertanding di lima Dun di sini iaitu di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu.

Selain bertanyakan khabar kepada calon, beliau turut memberikan kata nasihat dan motivasi.

Antara lain, beliau menasihatkan agar calon meneruskan usaha mendekati rakyat dan tetap dalam perjuangan biarpun wujud usaha pihak tertentu menawarkan ganjaran agar calon menarik diri.

Sebelum ini, Wakil Calon PAS Tanjong Datu, Syed Abdul Rahman telah membuat laporan polis ekoran tindakan pihak-pihak tertentu memujuk calon PAS di itu, Hani Sahari menarik diri.

Yang amat dikesali adalah panggilan itu antaranya dari dari nombor telefon yang kemudiannya dikenalpasti dari Bukit Aman sendiri.

(Gambar: Ustaz hadi di sambut orang ramai setibanya di Pusa Hulu)

Kepada jentera pula, Ustaz Hadi menyeru agar mereka membantu calon dalam usaha bertemu seramai mungkin pengundi di kawasan Dun masing-masing.

Hari ini masuk hari ke lapan kempen pilihan raya di sini yang masih berbaki dua hari sebelum hari pembuangan undi 16 April ini.

Di fasa terakhir ini, parti-parti yang bertanding dilihat makin agresif menjalankan kempen mereka.

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri dijanga akan turun berkempen di Dun Sebuyau di mana PAS meletakkan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Hj Adam Ahid sebagai calon mereka menetang calon BN Julaihi Narawi.

Sementara itu, Abdul Hadi membuat rayuan khas kepada rakyat Sarawak menjelang hari mengundi 16 April ini. Berikut adalah rayuan beliau.

Rayuan Presiden PAS kepada rakyat Sarawak

Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.

Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama.

Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri.

Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.

PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.

Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti.

Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.

Read more ...

RM 1.5 bilion wang rakyat untuk selamatkan kroni Taib Mahmud


Pendedahan Anwar Ibrahim hari ini bakal mematikan terus
peluang BN untuk bangkit setelah diasak bertubi-tubi
sejak hari penamaan calon!!


Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pendedahan menggemparkan bahawa sebanyak RM1.5 billion wang rakyat diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan syarikat kroni Taib Mahmud.

Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat, kata Anwar.

1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan.

“Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya.


Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh).


“Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara,” kata Anwar.


Menurut Anwar, keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat.


“Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion.


“Pada mata kasar, ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan.


Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021.


1MDB rompakan terbesar Najib -Taib Mahmud
dalam sejarah Malaysia!!
“Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya,” kata Anwar.

Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat.

“Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib,” kata Anwar.


Perkara paling mengejutkan, kata Anwar, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan.


“Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan,” kata Anwar.


Justeru, Anwar menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu.


Anwar juga menuntut sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai.


Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan, kata Anwar.


Anwar juga menuntut satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya.

Read more ...

Pilihanraya Sarawak : Siapa lebih berkuasa Najib atau Taib?

Najib mahu Taib Mahmud berundur segera, akan tetapi Taib
sudah melawan dengan mengugut bakal mendedahkan skandal Najib Altantuya

dengan model Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibu!!

Soalnya, "siapa yang bakal makan siapa"??

Siapa lebih bijak berpolitik, Najib atau Taib?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengimbau pengalamannya sendiri sebelum menyajikan alasan soal pengganti Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud harus mengikut jadual perubahan yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin itu.


Taib malam tadi mengesahkan bahawa beliau akan terus berkuasa untuk beberapa tahun lagi, namun Najib, mungkin kerana peka kepada sentimen rakyat Sarawak tidak mahu memberi pengesahan.


Namun Najib harus berpandukan isu pengganti Taib ini kepada pengalaman dirinya sendiri ketika ditabalkan menjadi perdana menteri.


Sejurus selepas BN hilang kuasa di empat negeri dan kelebihan majoriti dua pertiga di parlimen pada Mac 2008, pemimpin-pemimpin kanan Umno, dengan sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad menggerakkan agenda untuk memaksa Tun Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan.


Tawaran Abdullah sendiri untuk berundur selepas dua tahun ditolak oleh pemimpin berkenaan.


Yang paling lantang mengkritik pelan itu adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berpeluang menjadi timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri jika Abdullah berundur.


Untung paling besar


Tentunya yang mengaut keuntungan paling besar adalah Najib selaku perdana menteri baru.


Seorang lagi yang tersenyum lebar adalah Dr Mahathir, kerana peralihan kuasa itu sekali lagi memberi beliau pengaruh untuk membina masa depan anaknya Mukhriz dalam Umno.


Hakikatnya adalah, pelan peralihan dua tahun yang ditawarkan oleh Abdullah ditolak dan Najib dan Muhyiddin diangkat menerajui Umno dan Malaysia pada April 2009.


Ketika itu, tidak timbul soal “rakyat akan terkejut jika ada peralihan mendadak atau pelan menggantikan Taib disusun dengan rapi supaya tidak merencatkan masa depan rakyat dan negara,” seperti mana yang dicanang oleh Najib dan Taib di Sarawak ketika ini.


Yang penting bagi Najib dan Muhyiddin ketika itu ialah mengambil kesempatan atas “kelemahan” Abdullah dan merebut kuasa untuk diri mereka sendiri dengan meniupkan sentimen anti-Pak Lah dalam Umno ketika itu.


Di Sarawak, Najib tentunya akur bahawa sebilangan besar rakyat Sarawak mahukan Taib berundur pada kadar segera.


Kehadiran ribuan rakyat di ceramah-ceramah Pakatan Rakyat sejak 6 April lalu mencerminkan sentimen sedemikian di peringkat akar umbi.


Kuasa mutlak



Tidak syak lagi, pertempuran Najib -Taib Mahmud
bakal menguntungkan Muhyiddin! Bertuah badan!!
Meskipun demikian, Taib sekali lagi menegaskan beliau akan terus menjadi ketua menteri untuk beberapa tahun yang akan datang.

Di Sarawak, Taib memegang kuasa mutlak untuk menentukan hala tuju politik beliau dan parti-parti BN di negeri itu. Dr Mahathir sendiri gagal untuk memujuk Taib berundur pada tahun 2000.


Tidak ada apa-apa yang berubah sejak itu.


Hakikat bahawa Najib tidak “berani' mengulas kebingkasan Taib yang menyifatkan tindakan yang diambil oleh Putrajaya bagi menyelesaikan kemelut al-Kitab sebagai “bodoh” menunjukkan seolah-olah perdana menteri sendiri tunduk kepada telunjuk Taib.


Rakyat amat sangsi bahawa wujud sebarang persetujuan antara Taib dan Najib berhubung pengunduran ketua menteri itu.


Ini lebih-lebih lagi apabila Taib masih lantang mengumumkan beliau akan terus berkuasa “untuk beberapa tahun akan datang.”.


Jika ada pun sebarang pelan peralihan kuasa, Najib dan Taib harus mendedahkannya kerana rakyat perlu menilai sama ada mereka menerima rancangan sedemikian atau tidak sebelum mengundi pada Sabtu ini.


Pengalaman BN pada masa-masa lalu, membuktikan Malaysia tidak pernah mempunyai pelan peralihan kuasa yang dilaksanakan dengan sepenuhnya.


Sudah luput


Lihat sahaja bagaimana Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, malah Dr Mahathir sendiri mengejutkan rakyat dengan persaraan mereka.


Dalam kes Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein, persaraan mereka terikat kepada politik dalaman Umno yang berhubung kait dengan Dr Mahathir.


Dan persaraan Dr Mahathir sendiri didorong oleh kesedaran bahawa jangka hayatnya sebagai presiden Umno sudah luput kerana orang Melayu mulai menolaknya.


Jadi soal pengunduran Taib tidak harus menimbulkan kesangsian bahawa Sarawak akan “kelam kabut” jika beliau berbuat demikian secara mendadak .


Jika Malaysia boleh melalui peralihan kuasa sedemikian, Sarawak tentu boleh!


Kita percaya jika Taib, BN dan Putrajaya tidak mengasuh dan menyediakan pemimpin pelapis untuk mengambil alih daripada Taib sehingga sekarang, maka mereka dengan sendirinya telah gagal melaksanakan amanah rakyat.


Namun yang lebih membimbangkan adalah kenyataan Taib bahawa beliau akan berkuasa untuk beberapa tahun akan datang, bermaksud cengkaman beliau ke atas negeri ini akan berterusan sekurang-kurangnya untuk masa terdekat.


ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Malaysiakini.

Read more ...