Thursday, January 27, 2011

10O OOO berdemo dengan selesa tanpa FRU

10O OOO atau mungkin lebih daripada angka sebenar telah berdemo kerana masalah kerosakan serius jalan raya di kawasan mereka.

Menurut sumber, jalan yang rosak itu sangat panjang sehingga mencecah 500 meter. Mereka berdemo dan berhimpun secara aman supaya mengambil langkah segera menyelesaikan masalah kerosakan serius jalan raya di kawasan mereka itu.

Menurut Pegawai Khas Adun Chempaka, Hassan Mamat, demo ini adalah mainan politik yang berniat jahat untuk menjatuhkan dan memburukkan imej tok guru. Ini kerana, jalan itu telah dibaiki awal tahun lalu.

Menurut Pegawai Khas Adun Chempaka itu lagi, jalan itu rosak kerana UMNO. Ini kerana, terdapat kenderaan berat yang membawa cerucuk besi keluar masuk untuk pembinaan Sekolah Kebangsaan Pulau Gajah yang merupakan projek UMNO.

Terima kasih juga diucapkan kepada 10O OOO ribu orang yang berdemo itu kerana telah membuka mata rakyat bahawa projek UMNO memang menyusahkan rakyat.Jalan Sehala

Read more ...

Nik Aziz dan Anwar ‘Tawan” Chempelak


Hujan lebat yang mencurah malam tadi tidak mematahkan semangat kira-kira 300 hadirin, khususnya penduduk tempatan untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONERamai yang ‘bermandikan hujan’ meskipun datang dengan berpayung, memakai baju hujan dan bertopi demi untuk mendengar dan melihat kedua-dua tokoh tersebut berucap sempena kempen pilihan raya kecil DUN Tenang.

Terdapat juga di kalangan mereka mencari tempat berteduh di bawah payung peniaga-peniaga berhampiran dengan kawasan ceramah dan di bawah bumbung pentas ceramah.

Dengan kempen pilihan raya hanya berbaki dua hari lagi, ini kali pertama usaha Pakatan Rakyat mengempur kubu BN di Tenang menampakkan hasilnya.

Paling ramai

Jika dibandingkan ceramah lain di kawasan Felda sebelum ini, ceramah malam semalam adalah antara paling ramai hadirin.

Hujan renyai-renyai tanpa henti sejak petang semalam tidak membatalkan hasrat mereka untuk mendengar amanat dan ucapan daripada dua-dua pemimpin berkenaan.

NONENik Aziz dalam ucapannya memberikan tiga amanat penting kepada pengundi di Felda berkenaan – antaranya mendakwa Umno melakukan tangkapan guru pondok.

Beliau mengimbau kembali sejarah pada tahun 1967, ketika beliau baru sahaja menyertai PAS selepas pulang daripada belajar di luar negara.

“Pada tahun itu Umno mengamuk dengan menangkap ramai tok guru pondok kerana mengajar kepada penduduk orang-orang kampung (tentang Islam).

“Sepatutnya apa salahnya tanya, kenapa tok guru ajar begini, begini. Tanya… tangkap tok guru, masukkan ke dalam ISA, ini ajaran komunis.

“Sebab itu malam ini, saya bertongkat, saya gagah datang juga nak minta jangan undi selain daripada PAS… Umno datang nak bagi duit ambil, beri gula ambil, beri lembu sembelih, beri kertas undi, pangkah bulan,” katanya yang diiringi dengan laungan takbir.

NONEPesanannya bahawa setiap yang hidup pasti akan mati dan akan dihidupkan semula bertemu semula pada Hari Kebangkitan dan percaya bahawa Allah itu pencipta alam ini.

Sementara itu, Anwar yang tiba kira-kira jam 10.50 malam, berkata mengundi calon PAS, Normala Sudirman adalah sebagai usaha membawa masalah rakyat, isu ekonomi, isu pendidikan ke DUN Johor.

Tiada wang

Beliau memberi contoh teladan yang ditunjukkan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz yang meminta menterinya menegurnya jika beliau membuat kesilapan dan membawa masalah rakyat kepadanya.

Beliau juga tidak faham mengapa perlu menyokong Umno sedangkan ada di kalangan anak peneroka yang tidak ada pekerjaan bagi membayar kembali wang pinjaman pendidikan.

NONE“Negeri kita kaya, pemimpin kita kaya raya, (tetapi) kenapa ayah kena bayar, anak tak ada kerja, sudah kutip hutang,”katanya.

Beliau turut menyatakan keyakinan dengan pertolongan Allah, Pakatan Rakyat akan mencapai kemenangan pada pilihan raya kecil itu walaupun mengakui ia bukan satu perkara yang mudah.

abdul rahim sabri…m.Kini

Read more ...

Laporan Khas PRK DUN Tenang : Umno semakin bimbang , kempen PAS cemerlang

Umno Terus Hakis Kepercayaan Rakyat Di Felda Tenang


Artikel : Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kini merupakan medan kedua-dua parti PAS-Pakatan Rakyat dan Umno-Barisan Nasional mengukur sejauhmana relevannya dasar yang cuba diterjemahkan kepada masyarakat di kawasan itu.

Ini bagi merebut kerusi yang menjanjikan kestabilan politik negeri Johor selain melakar perubahan baru dalam citarasa pengundi.

Bagi parti PAS-Pakatan Rakyat (PR), pilihanraya kecil kali ini menjadi subjek baru perluasan proses demokrasi ke tanah gugusan Felda yang semakin terhakis saban hari.

Namun peneroka generasi pertama yang rata-rata telah menetap lebih daripada 40 tahun di Felda Tenang menyaksikan naik turun pembangunan tanah rancangan kerajaan itu.

Masuk hari ketujuh kempen pilihanraya kecil memperlihatkan keupayaan calon-calon wakil rakyat cuba mendekati dan memahami kehendak masyarkat setempat khususnya di tiga tanah rancangan Felda DUN Tenang.

Tumpuan dikhususkan kepada anak-anak peneroka Felda terdiri daripada generasi kedua yang sering dijanjikan habuan oleh kerajaan kini.

Berdasarkan perangkaan terkini yang dikeluarkan, pengundi di tiga Felda DUN Tenang, iaitu Felda Chemplak, Felda Chemplak Barat dan Felda Tenang adalah seramai 4,118 (28%) orang daripada jumlah pengundi keseluruhan 14,753 orang.

Daripada jumlah itu, sebanyak 60 peratus terdiri daripada pengundi-pengundi generasi kedua dan ketiga yang mengusahakan tanah rancangan Felda.

Namun dapat disaksikan bahawa persepsi peneroka Felda terhadap kerajaan Umno-Barisan Nasional menampakkan perubahan dengan tampil lebih berani menyuarakan kekesalan akibat sering ditindas badan kerajaan itu.

Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda, Mazlan Aliman meluangkan masa untuk ditemuramah bagi merungkai permasalahan peneroka-peneroka Felda sejak tahun 1962 yang harus diberi perhatian serius kerajaan pusat.

Dalam temubual eksklusif bersama krew Tv Selangor, Mazlan menyifatkan kebangkitan masyarakat Felda menentang penindasan menampakkan hasil positif terutama golongan generasi kedua yang kini mengambil-alih perusahaan tanaman.

"Saya katakan positif kerana pada awalnya kebimbangan kita ialah apabila Najib datang mereka akan beralih arah terutama orang muda tetapi apa yang mengembirakan ialah penentangan mereka terhadap BN semakin kuat. Terutama retorik-retorik oleh mereka," kata beliau.

Beliau turut menyenaraikan janji-janji yang diberi oleh kerajaan pusat untuk membantu menaiktaraf kehidupan keluarga peneroka Felda namun menurut beliau sehingga ke hari ini, tidak menampakkan usaha mengotakan janji mereka.

Antara yang disebut Mazlan termasuk pengumuman Perdana Menteri Najib Razak berjumlah RM8.5 juta untuk 500 lot tanah kepada peneroka Felda generasi kedua tanpa membekalkan dengan perincian mekanisma untuk projek pembangunan tanah tersebut.

Katanya, anak-anak peneroka Felda telahpun menemui pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN) untuk mendapatkan kepastian selain menuntut jadual pelaksanaan projek yang dijanjikan, namun usaha mereka hampa.

Tambahnya lagi, kerajaan cuba mengelirukan negara dan masyarakat berhubung pendapatan bersih peneroka Felda yang kini mencecah RM3,000 sebulan tanpa mengemukakan bukti nama peneroka-peneroka tersebut.

Antara masalah lain menurutnya termasuk, ada peneroka yang memperoleh tanah kurang daripada 8 ekar, tanah yang dipajak kepada orang luar termasuk peneroka yang tidak mendapat hak milik.

Dasar Pakatan Rakyat yang dibawa kepada masyarakat Felda di sini terutamanya membuka laluan baru harapan nasib yang jauh lebih terbela.

Mazlan yang juga Ketua Penerangan PAS Johor, menyifatkan usaha PAS untuk memecahkan benteng kukuh Umno-Barisan Nasional di DUN Tenang terutama di kawasan Felda menerusi usaha calon, Normala Sudirman dapat diadaptasi menerusi penyelarasan usaha pembangunan generasi kedua dan ketiga di tiga tanah rancangan itu.

Tambahnya, antara perkara penting yang tidak mampu dilakukan Umno-Barisan Nasional adalah penghapusan Felda Plantation seperti yang termaktub dalam dasar pelaksanaan 'Buku Jingga' yang dianggarkan dapat memberi habuan kepada 79 ribu anak peneroka seraya meningkatkan sosioekonomi masyarakat itu.

"Ini satu komitmen yang sangat jelas BN tidak berani melakukan. 367,710 hektar tanah Felda Plantation dimansuhkan jadikan kepada aset peneroka ia boleh memberi manfaat kepada 79,000 anak-anak peneroka. satu jumlah yang boleh mengangkat sosio ekonomi generasi kedua," tegas beliau.

Justeru, kempen pilihanraya kecil yang masuk hari ketujuh di DUN Tenang dianggarkan mampu melonjakkan undi masyarakat Felda kepada 27 peratus berbanding 18 peratus pada PIlihanraya Umum ke 12 lalu.

"Saya yakin kali ini ia akan lebih dari 23 peratus. sekarang ini 18 dan saya yakin ia akan mencapai target dan kita sedang bekerja kuat bertemu pengundi di Felda serta mendapat 27 peratus undi di kawasan Felda.

Dalam pada itu, lawatan krew Tv Selangor ke Felda Tenang berjaya menemui seorang daripada peneroka asal tanah rancangan Felda yang telah menetap di situ sejak tahun 1962.

Zakaria Dias, berumur 81 tahun menceritakan kepada Tv Selangor tentang pengalaman yang dilalui beliau sepanjang 49 tahun berurusan dengan agensi kerajaan itu.
"Dia menceritakan pasal kemajuan Felda. Kami ini tetap lima ekar. Ini yang menjadi masalah. Patut kami yang dibantu. Cuba bayangkan anak pakcik sepuluh. Hendak beri seorang seekar pun tidak cukup.

"Yang pedihnya, tanah yang kurang daripada 6 ekar kalau tidak mahu pergi minta di tempat lain. Mereka sarankan. Kami waktu itu anak sudah sekolah, sudah menetap di sini dan ada rumah. Sedih pakcik. Kalau kamu tolong 8 ekar ke bawah, pakcik ingat 100 orang ada," jelas beliau dengan nada simpati.

Menurut Zakaria, ketika mula menawarkan diri mengusahakan tanah rancangan itu, Felda berjanji untuk memberi 10 ekar tanah kepada setiap peneroka untuk diusahakan.

Tambahnya, Felda menawarkan ganjaran tahunan sebanyak RM400 kepada peneroka yang tanahnya kurang daripada 10 ekar namun menurut Zakaria, apa yang terjadi ialah tanah peneroka yang kurang daripada 4 ekar tidak layak mendapat imbuhan tersebut.

Beliau lalu mempersoalkan janji Felda kepada peneroka-peneroka tanah rancangan dengan menyatakan hasrat untuk menambah tanah mereka namun katanya, tanah tersebut diberikan kepada peneroka generasi keempat yang diumpan Umno-Barisan Nasional seraya mengabaikan peneroka asal di kawasan itu.

"Sekarang ini pakcik ada hantar surat kepada pengerusi Felda yang baru dan pada parti PAS dan Umno dalam krisis untuk membantu pakcik. Pakcik tidak kisah apa parti memerintah. Selesaikan kami dahulu.

"Derhaka pakcik ini, Felda lagi kuat derhaka. Masa pakcik tanam getah, ada potongan insuran. Bila pokok muda dilanggar angin, tiada insuran dan disuruh tanam sendiri. Apa kamu rasa?

Zakaria juga menyuarakan kekesalan terhadap keputusan Felda memberi tanah paya kepada anak peserta.

"Cuba kamu lihat di sana, dia mahu beri tanah anak peserta. Tapi tanah dibuat dalam paya. Pakcik cukup sedih. Kalau tempat itu air dalam sampai dada. Kalau mahu beri biarlah tanah yang tidak bertakung. Pakcik orang bodoh pun tahu. Kalau pakcik beri tanah kepada anak, di mana mereka mahu kerja. Cuba fikir. Kalau ada kilang di sini boleh dia (anak) kerja. Hendak harap tanah 8 ekar," kata beliau lagi.

Berdasarkan analisis ringkas tersebut dapat digambarkan warga Felda adalah penentu kepada kepimpinan negara kini.

Keputusan untuk terus bersama Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya kecil nanti akan memperkukuhkan lagi penindasan parti itu terhadap peneroka Felda yang rata-rata memberi harapan penuh kepada kerajaan mengangkat status mereka.

Penjanaan keuntungan Felda yang berbilion ringgit saban tahun tidak mampu mencorak kehidupan baru peneroka-peneroka.

Justeru kerajaan Pakatan Rakyat bersedia mengubal dasar Felda bagi mengembalikan keuntungan kepada peneroka melalui pelaksanaan yang termaktub dalam 'Buku Jingga' seraya dapat menjalankan proses penambahbaikan sektor pentadbiran, ekonomi dan sosial masyarakat itu.

Read more ...

Najib terdesak : Dulu kata Anwar agen Amerika, sekarang tuduh Arab Saudi bantu Anwar

Laporan CNN Rekayasa Najib Takut Berhadapan PR Dalam PRU


KUALA LUMPUR 28 Jan.: Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas Datuk Seri Najib Razak kerana membuat aduan kepada kerajaan Arab Saudi bahawa terdapat dua orang putera Diraja negara itu membiayainya dalam kempen pilihanraya.

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk "Saudis discover newfunding channels for Taliban, al Qaeda" menamakan satu siasatan sulit telah dijalankan ekoran aduan Najib bahawa Saudi membiayai Anwar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Malah rangkaian itu juga mendakwa pihak berkuasa Malaysia telah mengesyaki dua pegawai kanan kerabat diraja Saudi terlibat dalam pembiayaan kepada Anwar dan ini menyebabkan Riyadh memulakan siasatan sulit.

Bagaimanapun laporan risikan Saudi berkata tiada bukti mana-mana pegawai negara itu membiayai Anwar yang mengetuai Pakatan Rakyat

"Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Datuk Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah," katanya.

Tambah Anwar lagi, kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Datuk Seri Najib.

"Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia," ujar Anwar.

"Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat," katanya.

Sebelum ini Anwar dilabelkan oleh Umno sebagai ejen Yahudi.

Read more ...

Kerajaan lepas 6,000 nyamuk di Pahang secara senyap

Kenapa lepaskan nyamuk GM tanpa makluman - PAS Pahang

TEMERLOH, 28 Jan: PAS Pahang menyelar tindakan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang membenarkan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) melepaskan 6,000 nyamuk Aedes Aegypti jantan bebas kuman jenis OX513A yang diubah suai secara genetik (GM) ke satu kawasan Bentong secara senyap-senyap.

“Rakyat dikejutkan dengan berita pelepasan nyamuk Aedes GM di Kawasan Bentong, Pahang sebagaimana yang didedahkan melalui akhbar harian pada Januari0 2011.

"Lebih mengejutkan berita tersebut dikeluarkan setelah pihak kementerian selesai melakukan pelepasan pada 21 hb Desember 2010,” kata Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily.

Menurut laporan, IMR telah melepaskan 6000 nyamuk GM di satu kawasan hutan tanpa penghuni berhampiran Bentong pada 21 Dis lalu bertujuan untuk mengkaji penyebaran dan tempoh hayat nyamuk berkenaan di lapangan.

Ia juga melibatkan nyamuk serupa daripada jenis liar dilepaskan di kawasan itu untuk tujuan perbandingan.

“Ujikaji itu selesai pada 5 Januari. Proses pengasapan dibuat pada 6 Januari untuk membasmi semua nyamuk berkenaan dan pemantauan akan diterus dibuat hingga dua bulan jika perlu,” IMR dipetik sebagai berkata.

IMR juga seolah-olah ingin menyakinkan rakyat bahawa proses penyelidikan itu 100 peratus selamat dengan memberi jaminan bahawa tiada pelepasan baru dirancang sehinggalah tempoh pemantauan pasca percubaan selesai dilaksanakan mengikut garis panduan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim bertegas bahawa walaupun IMR menyatakan bahawa nyamuk tersebut dilepaskan di kawasan tiada penduduk, namun ia bukan alasan untuk pihak kementerian melakukannya tanpa memberikan gambaran yang jelas terutamanya kepada penduduk di kawasan Bentong.

“Isu nyamuk GM Aedes yang menimbulkan kebimbangan dan kritikan masyarakat antarabangsa, sepatutnya rakyat mesti dimaklumkan dan pihak kementerian mesti bertangungjawab sepenuhnya terhadap imlikasi pelepasan tersebut,” ujar Tuan Ibrahim, yang juga Naib Presiden PAS.

Tuan Ibrahim juga memberitahu bahawa satu surat rasmi akan dikeluarkan pada masa yang terdekat untuk mendesak kementerian yang bertanggungjawab untuk memberikan penjelasan penuh mengenai kejadian tersebut yang telah menimbulkan kerisauan di kalangan penduduk Bentong.

Sementara itu, pihak Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) dalam satu kenyataan bersama mengatakan bahawa mereka amat terkejut dengan berita bahawa nyamuk GM telahpun dilepaskan pada 21 Disember yang lepas.

“Berita tersebut bertentangan dengan kenyataan akhbar pada Januari 2011 oleh pegawai senior daripada jabatan Biosafety bahawa penyelidikan telah ditangguhkan kerana cuaca buruk,” tambah mereka.

CAP dan SAM turut melahirkan rasa kesal terhadap ketelusan IMR dalam isu ini kerana mereka hanya mengeluarkan kenyataan selepas sebulan lebih selepas proses penyelidikan dijalankan.

“Kita mengutuk cara senyap-senyap penyelidikan ini diadakan. Tindak-tanduk sedemikian tidak akan menyelesaikan masalah kebimbangan dan ketakutan rakyat,” kata CAP dan SAM, sambil menambah bahawa semua agensi yang terlibat perlu bertanggungjawab terhadap sebarang akibat daripada pelepasan nyamuk GM ini.

Read more ...

Utusan perkauman perlu disiasat

Tohmahan Utusan Cuba Aib Shuhaimi Shafie


SHAH ALAM 28 Jan.: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafie, semalam sekali lagi diambil keterangan di IPD Shah Alam berhubung kes simbah cat di pejabat beliau 7 Januari lepas.

Shuhaimi menjelaskan kes ini merupakan siri laporan dan tohmahan yang dilemparkan oleh Utusan Malaysia yang seolah-olah menunjukkan beliau menderhaka terhadap Institusi Raja di Selangor.

Beliau berkata, Utusan memanipulasikan kenyataannya berkaitan isu perlantikan SUK untuk menimbulkan pertentangan antara pihak-pihak yang terbabit, khususnya antara kerajaan negeri dan Sultan Selangor.

"Bahasa hasutan dan provokasi yang melampau dan juga cubaan unuk menggambarkan pertentangan kepada seorang raja itulah pendorong kepada orang yang tidak tahu. Saya desak Kementerian Dalam Negeri untuk segera menyiasat Utusan Malaysia dan Awang Selamat walaupun ini lidah rasmi Umno. Saya menggesa supaya tindakan yang sama diambil untuk memelihara etika kewartawanan," ujarnya.

"Saya menggesa laporan yang dibuat Angkatan Muda Keadilan kepada Utusan Malaysia, 35 laopran polis yang dibuat. Maka pihak yang dilaporkan pun perlu dipanggil untuk beri keterangan. Kerana apa yang ditulis oleh Awang Selamat itu sebenarnya pencetus kepada siri laporan polis yang dibuat kepada saya," ujar Shuhaimi lagi.

Beliau menggesa pihak polis agar mempercepatkan siasatan dan segera menyatakan kepada rakyat mengenai duduk perkara sebenar isu ini.

"Sebenarnya tidak ada perkara yang nak dikaitkan, tapi kita memahami bahawa laporan itu bermotif politik, saya harap sudah sampai ke penghujung untuk ambil kenyataan kerana menggangu perkhidmatan kita kepada masyarakat," katanya.

Dalam hal yang berkaitan, Azmin iaitu pekerja yang mengelola laman blog Shuhaimi turut dipanggil untuk memberi keterangan buat kali kelima semenjak kejadian simbah cat tersebut berlaku.

Shuhaimi sebelum ini menegaskan kenyataannya tidak ditujukan kepada Sultan Selangor sebaliknya menyanggah kenyataan yang dibuat Setiausaha Sulit baginda serta mantan Ketua Pembangkang,Dr Khir Toyo yang memberikan tafsiran mereka sendiri ke atas peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959.

Beliau turut menafikan ada berkata bahawa perlantikan jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor, sebaliknya ia adalah di bawah kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).

Read more ...

Tan Sri Robert Phang terpaksa meletakkan jawatan anggota panel SPRM

Phang: Saya diserang kerana minta AG bersihkan nama

KUALA LUMPUR, Jan 28: Mengatakan bahawa beliau kini diserang bertubi-tubi dari semua arah, Tan Sri Robert Phang Miow Sin (gambar) terpaksa meletakkan jawatan sebagai anggota panel Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Phang mendakwa bahawa beliau telah menjadi subjek “serangan berbisa” kerana meminta Peguam Negara, Haji Abdul Gani Patail untuk membersihkan namanya dalam beberapa kes berprofil tinggi.

Antaranya skandal kerugian Penerbangan Malaysia (MAS) dan pemergiannya ke Mekah untuk menunaikan haji tahun lalu ditaja oleh Shahidan Shafie, seorang proksi bekas presiden MAS, Tajuddin Ramli.

“Dengan sekadar menyeru Peguam Negara Gani Patail untuk bertanggungjawab ke atas semua kontroversi yang sudah berada dalam pengetahuan umum, saya tetiba menjadi subjek kepada serangan berbisa ini,” tulis Phang dalam satu kenyataannya semalam.

Sebelum ini, Phang telah menyeru Gani untuk menjawab tuduhan-tuduhan yang dilemparkan padanya dalam laman web Malaysia Today mengenai spekulasi hubungan beliau dengan Shahidan sebagai bukti mengapa Gani tidak bertindak terhadap Tajuddin, yang mentadbir MAS sehingga mengalami kerugian terbesar sebanyak RM8 billion meskipun disarankan berbuat demikian oleh bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM, Datuk Ramli Yusof.

Phang juga melahirkan rasa bimbangnya terhadap usaha membersihkan Gani tanpa sebarang penyiasatan oleh SPRM.

“Pada Januari 19, satu blog tanpa nama telah menuduh saya cuba merasuah Ketua Setiausaha sebuah kementerian. Saya kemudian diberitahu bahawa Peguam Negara telah mengarahkan satu kertas siasatan dibuka terhadap saya,” Phang berkata.

Namun begitu, menurut Phang, perkara itu dinafikan oleh Pengerusi SPRM, Abu Kassim Mohamed pada Januari 21.

“Walaupun dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Abu Kassim pada saya, akhbar Malay Mail kemudian terus membuat satu laporan bahawa Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong telah mendesak SPRM untuk menyiasat saya.

"Malay Mail juga telah memetik kata seorang lagi panel Penasihat SPRM, Megat Najmuddin Megat Khas yang berkata SPRM tidak boleh membenarkan kredibiliti mereka tercalar oleh dakwaan terhadap seorang panel penasihat,” terang Phang.

Menurut Phang, pada keesokan harinya pula, akhbar NST pula melaporkan bahawa NGO Melayu, Perkasa telah membuat satu laporan terhadapnya, menyebabkan kenyataan beliau dirakamkan oleh Pengarah Penyiasat SPRM, Mustafar Ali.

“Saya terkejut kerana ia adalah tidak konsisten dengan apa yang Abu Kassim maklumkan pada saya sebelum ini. Semua ini seperti satu serangan yang dirancang terhadap saya,” kata Phang yang turut menunjukkan “kebetulan” bahawa semua pihak yang terlibat dengan serangan kepadanya berasal dari Sabah.

“Semua serangan pada saya berpaksikan pada sejarah aktiviti bisnes saya di Sabah dan semuanya karut. Ia adalah fakta bahawa AG Gani dari Sabah. Ia juga merupakan fakta bahawa VK Liew dari Sabah. VK Liew adalah Timbalan Nazri Aziz, defakto Menteri Undang-undang kita.

"Bagi saya, mengupas isu ini di tempat awam ialah satu usaha perkiraan dan perancangan untuk memburukkan saya. Ini adalah untuk meletakkan saya bagi perbicaraan awam oleh media di dalam keadaan yang amat tidak adil,” tambah Phang.

Phang juga berkata bahawa beliau mengagak bahawa bukti akan diajukan kepada dirinya dengan cara yang sama sepertimana Ramli Yusof dibicarakan, dan menyindir bahawa kepantasan beliau menjadi sasaran jauh berbanding dengan kelambatan pendedahan awam hubungan Gani dengan Shahidan.

“Saya menganggap semua ini tidak memuaskan dan penuh dengan dwi standard,” dakwa Phang.

“Saya telah mempertimbangkan hal ini dan saya akan mengotakan kata-kata saya. Saya rasa meletakkan jawatan merupakan satu-satu caranya yang betul untuk saya secara ikhlas bagi membantu memudahkan penyiasatan,” umum beliau.

Read more ...

Kempen penerangan untuk rakyat Selangor digerakkan



SHAH ALAM 28 Jan.: Tujuan Kerajaan Negeri mengadakan kempen penerangan kepada rakyat berhubung kewajaran Sidang Khas Dewan Undangan Negeri, adalah bagi mengembalikan keadilan kepada negeri, apabila hak ini telah dicabul oleh UMNO-BN khususnya di negeri Selangor.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, kempen yang diadakan bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keputusan berhubung sidang yang diadakan baru-baru ini.

"Kita akan kempen seluruh Selangor untuk mendapat sokongan rakyat, kita juga akan kempen di seluruh negara supaya kuasa federalisme ini dapat diberi keadilan kepada negeri-negeri," katanya.

Beliau menambah, usaha yang dilakukan kerajaan Negeri adalah semata-mata ingin memulangkan hak kepada rakyat dan bukan kepentingan politik.

"Jadi perbahasan kita akan menjadi tajuk perbahasan dan penerangan kita bahawa reformasi yang kita bawa untuk rakyat Malaysia ialah menunjukkan kita ini memberi kuasa kembali kepada rakyat," katanya lagi.

Sebelum ini Khalid mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri akan mengadakan penerangan kepada rakyat berhubung kewajarannya Sidang Khas Dewan Undangan Negeri yang akan diadakan dalam siri 'road show' bermula Februari hingga April.

Acara kemuncak siri penerangan berkenaan bakal diadakan pada 8 Mac 2011 sempena ulang tahun ke tiga pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) bermula dari 8 Mac 2008 setelah memenangi Pilihan Raya Umun ke 12.

Khalid berkata, sesi penerangan ini akan disertai kepimpinan Kerajaan Negeri dalam memberi penerangan kepada rakyat.

Read more ...

Janji lapok BN di felda




LABIS 28 Jan. : Isu pemberian tanah dan rumah kepada generasi kedua terus menjadi modal UMNO memancing undi warga Felda pada Pilihan raya kecil kali ini walaupun tak pernah sekali dilaksanakan.

Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka/Generasi Kedua Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman kecewa dengan pendekatan itu yang menurutnya sebagai janji lapok.

Justeru beliau menghantar surat buat kali kedua kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang memegang portfolio Felda, Datuk Ahmad Maslan untuk berbincang di khalayak umum mengenai isu ini supaya dapat dinilai oleh warga Felda yang lain.

"Saya sangat dukacita stail yang sama digunakan BN untuk dapatkan undi khususnya warga Felda. Kita faham pengundi peneroka sokong mereka. Yang mereka bimbang ialah pengundi muda berusia 45 tahun kebawah atau generasi kedua. Untuk pastikan mereka terus sokong BN, yang mereka selalu guna untuk umpan ialah, kononnya nak beri tanah kepada generasi kedua untuk buat rumah," katanya.

Bercakap dalam sidang media di Bilik Gerakan PAS Labis ini, Mazlan bersedia berdebat dengan Ahmad di mana-mana termasuk di Bilik Gerakan Barisan Nasional.

Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat menolak tuduhan Ahmad yang menyatakan beliau berbuat demikian semata mahu menonjolkan diri dan mengejar populariti.

Menurut Mazlan, sebab beliau mahu berbuat demikian ialah mendapat penjelasan daripada Ahmad dan kerajaan mengenai situasi peneroka dan generasi kedua selepas didodoi pelbagai janji oleh kerajaan.

Beliau merujuk kepada janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 18 Januari lalu yang mahu mengagihkan kira-kira 500 lot tanah sebagai tapak rumah kepada generasi kedua Felda Johor, selain tambahan peruntukan RM 1.6 Billion kepada warga Felda.

"Saya nak mencabar Datuk Ahmad Maslan melalui debat ini. Tolong terangkan dimanakah dia lokasi tanah untuk ini?berapa peruntukan yang nak diberi?bila projek ini akan bermula. Buat pengetahuan, inilah janji yang digunakan pada PRK Hulu Selangor. Dia datang buat majlis pecah tanah dan umumkan kerajaan akan peruntukan RM 32 Juta untuk buat perumahan generasi kedua di gugusan Sg Tengi. Sampai hari, 8 bulan berlalu tidak ada apa perkembangan terhadap projek tersebut," katanya.

Tambah Mazlan lagi, perkara sama berlaku di Felda Taib Andak dan Felda Ayer Hitam Johor yang sudah bertahun di umumkan tapi masih tiada sebarang pembangunan.

Justeru Mazlan sekaligus menolak sebarang dialog tertutup yang menurut beliau tidak membawa apa-apa berkembangan.

"Saya nak bagitau, kalau setakat tertutup, tak perlu. Saya boleh telefon dia, saya ada nombor telefon, jom makan ikan baung dekat Bandar Segamat itu, Saya boleh sembang dengan dia tak payah bawah 15 orang saya, 15 orang dia. Kita boleh minum kopi, makan nasi dan saya boleh sebut apa isu dia

Apa rasional buat secara terbuka ialah biar warga Felda terutamanya orang muda dapat dengar boleh muktamadkan. Kalau dia janji nak buat rumah untuk generasi ke dua, biar anak peneroka jadi saksi dan soal bila kerajaan nak muktamadkan. Biar Menteri ini menjawab dan kita akan pegang dan bertanggungjawab dengan janji yang dibuat pemimpin BN sebab kita dah bersabar terlalu lama," katanya lagi.

Read more ...

Tolak BN di Tenang



LABIS 28 Jan.: Antara sebab mengapa rakyat perlu bangkit menolak Umno-Barisan Nasional (BN) adalah kerana parti yang mendokong prinsip ketuanan Melayu itu menolak Islam dalam aspek pemerintahannya menurut Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Justeru beliau menyeru agar masyarakat Melayu khususnya di negeri Johor keluar dari kepompong slogan Umno-BN "Dulu, Kini dan Selamanya" di samping menjadikan Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sebagai platform terbaik meninggalkan parti itu.

"Semata-mata mahu menyelamatkan negeri Johor supaya orang Melayu di sini terbuka mindanya dan semoga keluar dari kepompong menyokong Umno. Yang ini kita rasakan satu kezaliman yang besar kepada orang Melayu," jelas beliau.

Dalam ceramahnya di Taman Labis Indah semalam, Nizar menyifatkan empat negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat memberi kebebasan kepada masyarakatnya berfikir dan membuat keputusan demi kepentingan negara.

Tambahnya, sentimen perkauman yang dijadikan modal oleh Umno-BN dalam kempen pilihanraya tidak relevan kepada masyarakat majmuk di Malaysia yang sudah faham akan kesepaduan antara kaum.

Jelasnya lagi, ideologi menakut-nakutkan semua bangsa tentang kehilangan kuasa sekiranya Pakatan Rakyat diangkat menjadi kerajaan Malaysia tidak diterima pakai.

"Penipu yang besar. Bila pula Kelantan yang Umno kalah, orang Melayu hilang kuasa. Menteri Besar Selangor juga masih orang Melayu. Masalahnya Mahathir menipu. Orang Melayu ingat dia cakap betul," katanya.

Beliau turut mengambil contoh revolusi pengundi yang berlaku di Bukit Gantang, Perak di mana 98 peratus masyarakat Cina menyokong PAS-Pakatan Rakyat.

"Dia bukannya Perdana Menteri Umno tapi Perdana Menteri Malaysia. Kalau orang Malaysia mahu tukar kerajaan itu hak mereka," ujar Nizar.

Sementara itu, Nizar berkata, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak kini meletakkan diri dalam suasana yang cukup mengelirukan rakyat.

Ini berikutan menurut beliau, Najib mengepalai rampasan kuasa di negeri Perak terdahulu yang dengan jelas menolak amalan demokrasi sekaligus tidak mahu mengiktiraf keputusan yang dibuat oleh rakyat.

"Sampai bila kita mahu duduk di negara kita dengan suasana sedemikian? 53 tahun kita mengalami penderitaan di bawah Umno. Anak cucu kita mahu duduk ratusan tahun lagi. Mahukan mereka mahu hidup dalam suasana sedemikian," katany

Kempen Pilihanraya Kecil DUN Tenang masuk hari ke 6 menyaksikan kedua-dua parti memperhebatkan jentera mendekati hati pengundi.

Parti Pakatan Rakyat terus mengadakan sesi penerangan pada setiap malam di sekitar bandar Labis, termasuk tiga tanah rancangan Felda yang menjadi tumpuan sebilangan besar pengundi Melayu.

PAS-Pakatan Rakyat meletakkan Normala Sudirman sebagai calon wanita PAS pertama di negeri Johor menentang satu lawan satu calon Umno-BN, Azahar Ibrahim.

Baru-baru ini PAS turut mendedahkan kes mahkamah calon BN, Azahar Ibrahim yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dengan melelong tanah Mansor Mohamad tanpa kebenaran.

Pembeli tanah, Rohana Mohd Ali turut menyaman Azahar RM1.5 juta kos gantirugi dan Mahkamah Tinggi Muar menetapkan tarikh 7 Februari 2011 sebagai tarikh sebutan kes.

Read more ...

Rakan pemilik tanah buat laporan polis terhadap calon BN

Isu Lelong Tanah Calon BN : Rakan Buat Laporan Polis


LABIS 27 Jan. : Seorang pengundi di DUN Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat jawatan Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Nasir bagaimanapun enggan ditemuramah dan mewakilkan Ketua Dewan Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi yang turut bersama beliau di Balai Polis Labis memberi kenyataan kepada para wartawan.

Menurut Khairul, terdapat elemen konsiprasi atau rundingan sulit yang merisaukan Nasir bahawa Mansor menjadi mangsa penyalahgunaan kuasa dalam hal ini sehingga beliau membuat laporan polis hari ini.

"Yang mencurigakan kita khususnya di pihak Nasir ialah mengapa lelongan itu hanya dilakukan kepada seorang individu sahaja dan beliau mengesyaki terdapat rundingan sulit antara Azahar dan pihak tertentu seperti pembeli," kata Khairul.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 12 tengah hari tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong atas arahan Azahar pada 1 Disember lalu tanpa notis walaupun Mansor bersedia menebus tanahnya itu.

Mengikut laporan polis itu, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Menurut Khairul Polis patut menyiasat perkara ini kerana ia melibatkan hal yang serius dan atas kepentingan masyarakat.

Malah Khairul berkata Azahar tidak harus risau dan mengambil peluang ini untuk membersihkan nama beliau.

"Kalau berlaku, polis kena siasat, walaupun dia dah letak jawatan, walaupun dia kini calon BN tetapi perlu diselesaikan sebagai usaha membersihkan nama beliau dan menunjukkan integriti yang sepatutnya dibina dalam negara ini.

Read more ...

Hosni Mubarak masih bertahan, anak dah cabut lari

Tunjuk Perasaan Kaherah:Anak Hosni Lari ke London


Gamal sebelum ini disebut sebut oleh rejim mubarak akan menggantikan bapanya sebagai presiden Mesir.

Cita citanya tak kesampaian kerana sekarang ini akibat tunjuk perasaan yang seolah olah ‘revolusi’ di bandar Kaherah,beliau terpaksa melarikan diri seperti bekas presiden Tunisia Ben Ali.

Hari ini dari beberapa sumber berita menyatakan,selepas selesai solat jumaat tunjuk perasaan hari ke3 akan disambung lagi dengan sempena kepulangan al Baradei ke Mesir.

Gamal Hosni al Mubarak telah lari ke London membawa 1oo beg

KAHERAH – Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilham dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.

Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan.

Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir.

Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran.

Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut.

Anggota-anggota prodemokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed al Baradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta.

Al Baradei telah pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam.

Kepulangan al Baradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni.

Agensi

Read more ...

Paksa Najib berdebat

Najib mesti dipaksa ke pentas debat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEixsqdrQXRGtTZy_od7GQdZlY7fc01ijOcfTYIcu7NNC82K8-lmH1ouBrs8NjDbe5QmEZUSbY407VvJrAJE32AdL7bGeq92el-e4ntzeNpoTcRxRUi1clORP0eBEsyYvgIP5ZuzzYuy6P4/s1600/Dalam+hati+Na.....bmpArtikel : Kes jenayah mutakhir cukup mengejutkan dan tidak terjangkau dek akal. Perlakuan di luar batas undang-undang itu bukan saja semakin berleluasa, malah membingungkan. Cuba selak lembaran akhbar harian, pasti terbaca berita-berita menyayat hati. Misalnya, tergamak seorang cucu lelaki bersekongkol dengan tiga rakannya, termasuk seorang remaja perempuan merompak dan membunuh datuknya di sebuah rancangan Felda.

Dalam perkembangan lain, di Raub, seorang ibu, 46 tahun, yang mahu mengejutkan anak perempuan tirinya, 16, pelajar tingkatan empat, untuk bersiap ke sekolah dilaporkan hampir pitam, apabila mendapati seorang remaja lelaki berusia 18 tahun tidur bersama pelajar terbabit. Dalam kejadian jam 7.10 pagi itu, si ibu naik ke tingkat atas rumah terperanjat apabila melihat remaja lelaki itu tidur berpelukan bersama anaknya. Remaja lelaki itu mengaku kepada wanita itu dia sudah meniduri anak perempuannya.

Manakala di Ampang, seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat ditahan polis selepas disyaki merogol rakan sekolahnya, pelajar perempuan berusia 13 tahun di rumah mangsa. Suspek sedang melakukan perbuatan terkutuk itu di rumah pelajar perempuan apabila diserbu bapa dan bapa saudara mangsa, pada jam 1 tengah hari. "Pasangan itu mengaku sering menjalinkan hubungan haram di rumah pelajar perempuan itu ketika ibu bapa mangsa tiada di rumah,” kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya.

Ada guru disiplin di sebuah sekolah di ibu kota, melaporkan banyak kes sumbang mahram melibatkan pelajar perempuan dengan abang ipar yang tinggal serumah. Akhbar juga pernah melaporkan seorang budak perempuan berusia 12 tahun maut selepas terjatuh dari pangsapuri 6 tingkat kerana mengelak dicekup buat maksiat dengan tiga remaja lelaki.

Tanpa perlu menyenaraikan lebih panjang kes-kes lain yang tidak kurang tragisnya, ia sudah cukup menyesakkan dada dan pemikiran kita. Ramai melihatnya sebagai satu petaka serius. Solusinya harus pelbagai dimensi dan bersifat holistik. Ia turut menuntut pembabitan semua pihak agar turun padang dan saling membahu menangani krisis sosial yang cukup parah ini.

Ibu bapa semakin cemas dan sebahagiannya buntu. Dengan tekanan hidup menyara keluarga yang kian menghimpit, mereka terpaksa menyerahkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada institusi formal. Anak-anak pula begitu terdedah dan terpengaruh dengan "persekitaran ganas", malah rumah sendiri bukan lagi tempat selamat. Perwatakan dan akhlak anak-anak diceroboh sewenang-wenangnya.

Justeru, tidak hairanlah apabila sekolah-sekolah agama, terutama di peringkat menengah, mendapat perhatian luar biasa. Difahamkan untuk sesi persekolahan 2011, di Lembah Klang sahaja, permohonan memasuki sekolah agama ini meningkat berkali ganda. Sekolah-sekolah agama terkemuka, misalnya di Kelantan, turut menerima limpahan permohonan dari Kuala Lumpur. Sedangkan jumlah yang ditawarkan cukup kecil dan mengakibatkan ramai ibu bapa kecewa serta marah.

Mereka mendesak agar sekolah-sekolah agama menengah ini diperbanyakkan lagi dalam kadar segera. Senarai menunggu begitu panjang termasuk membabitkan pelajar paling cemerlang. Sekolah-sekolah swasta juga tidak mampu menampung permintaan yang mendesak. Biarpun yuran bulanan hampir mencecah RM400, ia langsung tidak membantut hasrat murni ibu bapa menyediakan asas pendidikan agama secukupnya. Sekolah tahfiz juga bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Banyak masjid menyediakan ruang dan peruntukan khusus untuknya.

Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar melihat keterbatasan peluang melanjutkan pelajaran di sekolah agama ini sebagai cabaran utama yang perlu ditangani. Kalau dahulu sekolah agama mungkin menjadi pilihan terakhir untuk pelajar yang agak lembab tetapi kini ia tersenarai sebagai pilihan utama di kalangan anak-anak yang cerdas dan terbaik pencapaian akademiknya.

Dengan itu, bukan lagi Kelantan yang terus dikenali sebagai Serambi Makkah, atau juga Kedah dengan pondok-pondok pengajian dan sekolah agamanya, malah saya yakin Selangor lebih berkeupayaan untuk membangunkan institusi pendidikan Islamnya secara lebih tersusun. Sekurang-kurangnya daripada segi kemudahan kewangan dan sokongan ibu bapa di bandar-bandar besar. Lagipun sekolah agama menengah (SAM) di bawah Iabatan Agama Islam Selangor (Jais) sudah makin popular dan menjadi rebutan.


II.

Berbeda dengan dua pilihan raya kecil (PRK) terakhir yang disertai PAS di Bagan Pinang, Negeri Sembilan dan Galas, Kelantan, nampaknya suasana di Tenang lebih menarik dan panas. Biarpun diadakan di kubu kuat Umno -- di negeri Johor pula -- tumpuan masyarakat luar untuk mengikuti perkembangan secara langsung di sana cukup tinggi. Ada-ada saja berita kontroversi yang dikutip dan menjadi bualan hangat.

Agak ramai yang menelefon saya untuk mendapatkan situasi terkini meskipun mereka mengetahui keadaan kesihatan tidak memungkinkan saya membuat liputan dari Labis.Memang personaliti calon PAS, Cikgu Normala Sudirman lebih menonjol dan sentiasa menjadi buruan media, terutama untuk mendapatkan sudut menarik rakaman foto. Mungkin ada benarnya tanggapan bahawa tangan Cikgu Mala yang menghayun buaian bisa menggoncang persada politik Malaysia.

Berdepan Umno dalam PRK cukup memeritkan. Segala kekuatan dan kemudahan kerajaan BN dihadapkan untuk melumpuhkan potensi saingannya. Proses pilihan raya di Malaysia tidak pernah berubah. Etika, malah undang-undang berkempen, langsung tidak dipedulikan, atau hanya ditafsirkan daripada sudut kepentingan BN semata-mata.

Namun, ia tidaklah bermakna BN akan menang mudah. Dalam beberapa kes tertentu, seperti dalam PRK di Telok Pasu, Terengganu dan Arau, Perlis, juga yang terbaru di KualaTerengganu, calon PAS memahat sejarah menewaskan penyandang BN. KeADILan turut mengejutkan BN di Lunas, Kedah. Semuanya didahului oleh suasana kempen yang agak istimewa dan sensasi, apabila BN terpaksa lebih banyak bertahan dan PAS kelihatan selesa dalam posisi menyerang, baik dari segi calon mahupun isu-isu semasa.

Soalnya, apakah sebenarnya yang berlaku semasa kempen di Tenang? Apakah gelora yang dibangkitkan media, terutama dalam dunia maya, memang dirasai segenap pelosok kawasan PRK itu? Apakah majoriti pengundi di kawasan Felda umpamanya, yang khabarnya disekat daripada ditemui petugas Pakatan Rakyat, dapat akses kepada segala informasi yang diperlukan sebelum mereka memangkah? Bagaimana dengan keupayaan saluran maklumat alternatif seperti laman web, blog mahupun laman-laman sosial seperti Facebook, di kawasan Felda dan pinggir bandar, untuk menyanggah momokan media tradisi yang dikawal ketat BN?

Saya lebih melihat bekalan pengalaman dalam PRK yang hampir diadakan di semua negeri itu, termasuk di Merlimau, Melaka tidak lama lagi, amat bermanfaat untuk mengesan kelemahan, selain membantu untuk "membaca realiti" dengan lebih tepat. Ia lebih penting daripada mencatatkan kemenangan. Bukankah begitu banyak kawasan Felda yang menjadi "simpanan tetap" BN demi mengekalkan kuasanya? PRK Tenang ini dapat menjadi peta panduan lebih terperinci buat mengatur strategi. Trend kecenderungan pengundi Cina di kawasan pinggir bandar juga boleh dianalisis.


III.

Abdullah Ahmad Badawi mempunyai jasa tersendiri terutama dalam proses pendemokrasian di negara ini. Menghadapi keputusan PRU 1999 yang menyaksikan kekalahan ramai calon Umno dan tersungkurnya Terengganu membuatkan Dr Mahathir Mohamad bertindak garang mengurangkan penerbitan Harakah daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan. Selain itu, banyak lagi tindakan represif Mahathir ke atas pembangkang dan NGO yang tidak selari dengannya.

Sedangkan Abdullah, meskipun diasak kepedihan lebih dahsyat apabila hilang majoriti dua pertiga di Parlimen dan hilang empat negeri dalam PRU12, namun bersedia mengembalikan kekerapan Harakah. Malah, tempoh kempen pilihan raya, Mac 2004 dilanjutkan sehingga dua minggu.

Di hujung pemerintahan Abdullah juga, ditengah-tengah desakan dalaman Umno agar beliau berundur daripada jawatan Perdana Menteri, beliau masih sempat membenarkan debat secara langsung melalui televisyen, membabitkan Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Cheek, Menteri Penerangan. Debat yang dianjurkan portal berita, Agendadaily, disiarkan terus-menerus oleh TV9, Astro Awani dan Bernama TV, manakala siaran tertunda oleh TV3, pada malam 15 Julai 2008.

Tajuknya pula cukup sensasi, "Hari Ini Bentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak". Dari awal lagi, sebelum debat berlangsung, ramai menjangkakan ia memberi kelebihan besar buat Anwar, tokoh yang dianggap penggerak utama pembangkang.

Sengaja saya imbas peristiwa bersejarah itu sebelum mengulas sikap berdolak-dalik Najib Razak ke atas cabaran debat Anwar mengenai Buku Jingga. Mulanya Najib menyifatkan pelan 100 hari Pakatan Rakyat memerintah itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Di Tenang, Najib sekali lagi menegaskan, Anwar tidak perlu mendesaknya untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu 'demam' jika dibongkarkan ketika berdebat. Katanya, beliau tidak gentar berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berkenaan hanya membuang masa kerana pembohongan Ketua Umum KeADILan itu dan kegagalannya menunaikan janji.

Anwar segera memberi reaksi: "Ok Najib kita debat soal peribadi. Awak nak aibkan saya boleh aibkan dah banyak kali (kena aib). Tapi saya nak ingatkan kalau serang peribadi dan saya dizalimi saya berhak pertahankannya. Jadi saya nak bagi ingatan kepada Najib kalau sekali lagi ulang soal peribadi. Saya cabar kamu debat soal peribadi dengan saya."

Bagaimanapun, Anwar berkata sebagai pemimpin politik yang bertanggungjawab beliau tidak mahu meneruskan debat isu peribadi kerana soal ekonomi adalah perkara utama demi memastikan kesejahteraan rakyat.

Mengulas sindiran Najib bahawa beliau akan demam, Anwar membidas bahawa beliau akan tetap hadir walaupun diserang penyakit itu. "Tak apa, saya telan Panadol, kita debat. Tak apa, demam pun saya akan hadir. Demam pun saya mampu debat. Insya-Allah," tegasnya semasa berkempen di Tenang.

"Oh Anwar ini, akhlak rendah, peliwat, ya, tak mengapa tapi bawa bukti. Saya nak sebut cerita rampas bini orang, saya nak sebut pasal rasuah RM500 juta, saya nak sebut pasal pembunuhan Altantuya, jawab," tambah Anwar.

Bagi saya, isu debat ini perlu dibangkitkan terus. Politik baru menuntut ketelusan dan keterbukaan. Najib akan terus tertinggal sekiranya didedahkan gentar menjawab pertuduhan yang dimulakannya sendiri. Perdana Menteri mesti digasak terus sehingga bersedia bersemuka di pentas debat.
Ahmad Lutfi Othman

Read more ...

PAS sedang dahului Umno

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita40/anaktakraw.jpg

Felda Cemlak, LABIS - Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mendahului Umno dalam menuntut hak generasi kedua ditanh-tanah rancangan Felda seluruh negara.

Presiden ANAK, Mazliman Aliman berkata, tugas beliau adalah pemudahcara diantara warga Felda dengan kerajaan.

"Saya tekankan kepada Datuk Ahmad Maslah sejauh mana komitmen kerajaan menangani isu-isu dalam tanah rancangan Felda, kebimbangan saya tentang perumahan genasi kedua Felda,

"daripada 1.6 juta warga Felda ada 30% tinggal menyewa atau tinggal dirumah orang tua mereka,"katanya ketika berucap merasmikan pertandingan sepaktakraw di Felda Cemlak, disini.

Beliau menegaskan, mestilah ada satu jaminan daripada pihak kerajaan terhadap perkara tersebut.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Kontinjen PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.

Hanafiah berkata perjuangan PAS dibawah ANAK telah berjaya membawa arus perubahan kepada generai ke 2, 3 dan 4 anak-anak Felda khususnya di Felda Cemlak.

"Arus perubahan yang sedang melanda di kawasan Felda telah membuka mata generasi ke-2, 3 dan 4,

"saya telah melihat satu perubahan yang nyata dalam beberapa hari kempen pilihanraya disini, pada hari ini, anak-anak muda Felda Cemlak telah mengambil tindakan berani,"ujarnya.

Katanya, seramai 42 orang anak-anak muda Felda telah menyertai pertandingan sepak takraw anjuran ANAK dan akan diikuti dengan program 'Semalam di Cemlak' program malam kesenian Islam.

"AlhamduliLlah, kita bersyukur, dan akan terus berusaha untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak Felda tentang hak meraka,

"pada malam ini, kita akan meneruskan kempen dengan program malam kesenian Islam, 'Semalam di Cemlak,"

mlak, LABIS - Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) mendahului Umno dalam menuntut hak generasi kedua ditanh-tanah rancangan Felda seluruh negara.

Presiden ANAK, Mazliman Aliman berkata, tugas beliau adalah pemudahcara diantara warga Felda dengan kerajaan.

"Saya tekankan kepada Datuk Ahmad Maslah sejauh mana komitmen kerajaan menangani isu-isu dalam tanah rancangan Felda, kebimbangan saya tentang perumahan genasi kedua Felda,

"daripada 1.6 juta warga Felda ada 30% tinggal menyewa atau tinggal dirumah orang tua mereka,"katanya ketika berucap merasmikan pertandingan sepaktakraw di Felda Cemlak, disini.

Beliau menegaskan, mestilah ada satu jaminan daripada pihak kerajaan terhadap perkara tersebut.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Kontinjen PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat.

Hanafiah berkata perjuangan PAS dibawah ANAK telah berjaya membawa arus perubahan kepada generai ke 2, 3 dan 4 anak-anak Felda khususnya di Felda Cemlak.

"Arus perubahan yang sedang melanda di kawasan Felda telah membuka mata generasi ke-2, 3 dan 4,

"saya telah melihat satu perubahan yang nyata dalam beberapa hari kempen pilihanraya disini, pada hari ini, anak-anak muda Felda Cemlak telah mengambil tindakan berani,"ujarnya.

Katanya, seramai 42 orang anak-anak muda Felda telah menyertai pertandingan sepak takraw anjuran ANAK dan akan diikuti dengan program 'Semalam di Cemlak' program malam kesenian Islam.

"AlhamduliLlah, kita bersyukur, dan akan terus berusaha untuk memberikan kesedaran kepada anak-anak Felda tentang hak meraka,

"pada malam ini, kita akan meneruskan kempen dengan program malam kesenian Islam, 'Semalam di Cemlak,"

Read more ...

MCA tolak Islam tak pelik, Umno tolak Islam itu pelik

Umno Tolak Islam, Soi Lek Takutkan Bukan Islam, Nik Aziz Kecewa


Labis 27 Jan. : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan rasa dukacita dengan Umno kerana menolak Islam dan gagal memahami konsep Islam walaupun mengaku sebagai parti orang Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Sehingga kini MCA terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Dia tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, ini masalah kalau dia faham mustahil dia tolak Islam. Islam ini menyeluruh dan komprehensif.

"Saya duka cita kerana Umno tolak Islam. Kalau MCA tolak Islam tidak pelik. Sebab dia tidak faham (Islam), kalau MCA mempermainkan Islam tak apa sebab dia tak faham. Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai. Habis rosak komputer itu. Kalau nak bagi mesti bagi pada anak orang kampung yang faham tentang komputer,” beliau berkata demikian ketika melawat Kampung Redong Labis bersama dengan Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman dan suaminya.

Beliau yang mesra dikenali sebagai 'Tok Guru' disambut dengan baik oleh penduduk kampung Redong itu dan menghabiskan masa lebih dua jam sebelum sempat menunaikan solat Zohor bersama penduduk kampung itu di Masjid Redong.

Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Normala untuk membantunya dalam kempen ini.

Dr Chua sebelum ini menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Bekas Menteri Kesihatan yang pernah terbabit dalam skandal video lucah itu berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Menurut Nik Aziz, peluang PAS di Tenang bergantung kepada pilihan pengundi yang perlu bijak memilih yang terbaik dalam hidup mereka.

"Peluang terletak ke atas pengundi. Kalau nak kekal jahiliah atau terima Islam. Tolak Jahiliah ambillah Islam, Itu yang betul di dunia dan akhirat," jelasnya.

Read more ...

Kenyataan Timbalan Menteri tak sekolah

Kenyataan Ahmad Sahkan Calon Umno Di Tenang Tiada Integriti


LABIS 27 Jan. : Kenyataan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkenaan kes mahkamah calon Umno DUN Tenang menunjukan Azahar Ibrahim memang bersalah dalam kes tanah di Segamat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Menurut Mahfuz hal itu membuktikan betapa Umno tidak kisah dengan integriti calon pilihannya dan bawa implikasi buruk kepada pentadbiran dan ekonomi negara.

Dilaporkan Utusan Malaysia, Ahmad Maslan berkata kesalahan ini bersifat sivil dan bukan jenayah.

Inilah kenyataan Timbalan Menteri tak sekolah. Dia menganggap bahawa kesalahan sivil ini tak apa. Kesalahan rasuah tak apa, bantailah banyak mana pun, Salah guna kuasa ni tak apa bagi dia, nak rembat tanah rakyat pun tak apa. Asalkan bukan bunuh. Sedangkan kesalahan inilah yang akan merosakkan persoalan pentadbiran dan pengurusan yang akan beri implikasi kepada ekonomi negara, bidas Mahfuz.

Mohd Azahar Ibrahim, sebelum ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Muar kerana bertindak tidak mengikut prosedur dalam melelong tanah milik Mansor Mohamad.

Namun kini beliau disaman pula oleh Norhana Salim, yang telahpun membayar sebanyak RM70 ribu untuk memiliki tanah yang dilelong tersebut tapi terpaksa diserah semula kepada Mansor.

Norhana menamakan Azahar, Pentadbir Tanah Daerah Segamat, Pejabat Tanah Daerah Segamat dan kerajaan Johor sebagai defendan dan memfailkan saman sebanyak RM 1.5 juta atas kerugiannya.

Kes itu bakal disebut di Mahkamah Tinggi Muar pada bulan hadapan tetapi Azahar menyatakan dalam akhbar bahawa kes beliau sudahpun selesai.

Mahfuz berpendapat ini menunjukkan betapa pepimpin Umno tidak pernah menyiasat dan menilai peribadi ahli mereka bagi memastikan mereka tidak mengkhianati rakyat.

"Kami sekali lagi nak tegaskan dan ingin menyatakan bahawa kes mahkamah calon Umno yang akan didengar di Mahkamah Tinggi Muar pada 7 Februari depan dengan jelas membuktikan ia masih tak selesai sepertimana yang dia dakwa.

"Hakikatnya fakta yang telah kami dedahkan jelas menunjukkan bukan saja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon Umno sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya sikap calon khususnya dan pemimpin Umno amnya adalah sangat bermudah dengan isu-isu integriti, penyalah gunaan kuasa dan pertanggungjawaban," katanya.

Justeru Mahfuz mahu rakyat Tenang menilai sendiri calon yang dipersembahkan BN kepada mereka yang kononnya mahu membantu rakyat terutamanya dalam hal tanah.

"Kami ingin mengingatkan kepada calon Umno ini bahawa kesalahan beliau melelong tanah secara tidak sah bukan saja tak mengikut prosedur malah adalah satu perkara jelas bahawa beliau tidak kompeten dan bertanggungjawab dan sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemilik asal Mansor Mohamad bersama kos pada 2008," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Read more ...

Notis tuntut mohon maaf sudah dihantar

Isu Arak: Notis Kepada MP Labis Tuntut Mohon Maaf


LABIS 27 Jan : Pasukan Peguam Calon Tenang dari Pakatan Rakyat Normala Sudirman menghantar notis supaya Ahli Parlimen Labis, Chua Tee Yong supaya memohon maaf dan menarik kenyataan berbaur hasutan dan fitnah seperti yang dilaporkan oleh Akhbar China Press atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menurut Pengarah Operasi PAS DUN Tenang, Zulkifli Ahmad, pihak beliau memberi masa 24 jam kepada Chua untuk mengemukakan bukti bahawa Normala melakukan perbuatan seperti yang didakwa Chua yang juga merupakan anak kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

"Semalam peguam kita (firma) Izauddin Firdaus dan Mahendren telahpun menghantar notis agar Ahli Parlimen Labis secara terbuka sekiranya ahli parlimen Labis itu tidak meminta maaf, kita akan serahkan kepada peguam untuk buat saman fitnah terhadap kenyataan beliau dalam China Press," tegas Zulkifli.

Akhbar China Press 24 Januari lalu melaporkan Tee Yong mendakwa Normala mempersoalkan tindakan seorang peniaga Cina di Labis menjual arak di kedainya ketika kempennya bertemu orang ramai.

Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala mendakwa wakil rakyat parti komponen Barisan Nasional itu sengaja melancarkan serangan peribadi untuk menjejaskan imejnya sebagai wanita Muslim.'

Justeru, Zulkifli menganggap hal ini menunjukkan kegagalan Umno.

"Ini menunjukkan kepada kita bahawa Umno gagal selama 53 tahun bersama MCA untuk menerangkan erti Islam sebagai agama rasmi persekutuan kepada rakan politik mereka sehingga MCA boleh keluarkan kenyataan yang sangat berbaur perkauman dan agama," katanya.

Read more ...

Hanya sedikit lagi lonjakan pengundi Cina dan pengundi muda Melayu, PAS akan menang di Tenang

Tidak mustahil PAS akan menang

LABIS, 27 Jan. : Pakatan Rakyat mampu membuat kejutan untuk memenangi kerusi Dun Tenang sekiranya mendapat sokongan padu pengundi Cina dan golongan muda dalam Pilihan Raya Kecil yang dijadual pada 30 Januari ini.

Demikian dinyatakan penganalisis politik, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah yang juga pengasas Zentrum Future Studies, sebuah badan bebas yang menjalankan kajian berhubung krisis masa depan.

Menurutnya, perkara itu tidak mustahil sekiranya Pakatan bekerja lebih keras untuk menarik sokongan kelompok berkenaan meskipun di saat-saat akhir menjelang hari pengundian.

“Pakatan boleh menang dengan cukup dramatik jika mendapat undi Cina sebanyak 82 peratus dan pengundi muda 82 peratus yang berusia 31 hingga 40 tahun. Jika momentum ini digembar-gemburkan tidak mustahil Pakatan akan menang di Tenang,” katanya kepada Keadilandaily.

Menurutnya lagi, berdasarkan pemerhatiannya pada masa ini, peratus sokongan kedua-dua kumpulan berkenaan terhadap Pakatan Rakyat, masing-masing mewakili 42 peratus.

“Sepanjang pemerhatian saya, pada masa ini komposisi sokongan keseluruhan adalah 60 peratus memihak kepada BN dan 40 peratus lagi Pakatan Rakyat. Jika berlaku perubahan pada 27 dan 28 haribulan ini apabila pengundi muda ini pulang mengundi, pemerhatian kasar kami menjangkakan Pakatan mampu bergerak sehingga ke tahap 48 peratus,” katanya.

Menurutnya, keadaan itu juga mengejutkan berdasarkan lokasi Tenang yang terletak di Johor iaitu negeri yang dikatakan merupakan kubu kuat Umno-Barisan Nasional.

“Keadaan ini juga agak ganjil di sebelah selatan kerana kebiasaannya komposisi adalah 80-20 iaitu situasi yang lazim berlaku pada pilihan raya di selatan. Situasi ini juga menunjukkan trend yang sama berlaku seperti mana pilihan raya di Kelantan pada 1990,” katanya.

Menurut Abu Hassan, terdapat tiga isu utama yang boleh menentukan arah sokongan pengundi di Tenang iaitu isu Felda, polarisasi kaum dan faktor kemiskinan yang menghimpit masyarakat di kawasan itu.

“Tenang adalah kawasan yang paling miskin di Johor secara purata. Kalau kedai-kedai yang menjual tomyam dijadikan sebagai kayu ukur, jumlahnya jauh berbeza berbanding di Kelantan,” ujarnya.

Ketika ditanya samada isu perkauman boleh mempengaruhi pengundi, Hassan berkata beliau percaya parti-parti yang bertanding yang membawa isu perkauman sebagai modal kempen mereka, akan ditolak majoriti pengundi kawasan itu.

“Sesiapapun yang memainkan isu perkauman di Tenang akan gagal. Mana-mana parti yang menjadikan isu kaum seperti sarung tangan umpamanya sebagai modal kempen akan jadi bahan ketawa kerana isu kaum tidak relevan di sini,” ujarnya.

Read more ...

Penduduk tempatan dengar ceramah Tok Guru Nik Aziz

Mala layak jaga bumi Allah bukan Johor sahaja - Nik Aziz

NONE
LABIS, 27 Jan: "Beliau (Cikgu Mala) nampak hebat dan layak untuk menjaga bumi Allah, bukan Johor (sahaja)," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam ceramah pertamanya di Tenang malam tadi.

Nik Aziz mengaku beliau tidak mengenali calon PAS itu dari dekat namun kehebatan bekas guru itu jelas kelihatan, antaranya melalui laporan temuramahnya dengan akhbar.

"Cara dia menggunakan bahasa (dalam temuramah) nampak hebat," kata Nik Aziz dalam ceramahnya di Dataran Air Panas, Labis.

Pengundi dan orang tempatan di Air Panas malam semalam ternanti-nanti untuk mendengar ceramah sulung Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena pilihan raya kecil DUN Tenang.

Cuaca lembab akibat hujan sepanjang hari semalam di daerah mengundi itu tidak menghalang orang ramai hadir mendengar ceramah yang diadakan di Dataran Air Panas.

Dalam ceramahnya, menteri besar Kelantan itu meminta pengundi memberikan sokongan penuh kepada calon PAS Normala Sudirman ketika pilihan raya 30 Januari ini.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa yang berkongsi pentas sama berkata, Normala mempunyai rekod yang cemerlang dan bukannya hanya calon yang "dikutip di tepi jalan".

Katanya, Normala yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala pernah dinobatkan sebagai guru cemerlang oleh Kementeri Pelajaran sendiri.

"(Guru cemerlang) bukan PAS yang bagi, bukan kerajaan Johor yang beri, yang bagi adalah Kementerian Pelajaran Malaysia, kerajaan pusat," katanya.

Antaranya yang hadir menyampaikan ceramah adalah Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, ADUN PKR Simpang Pulai Chang Ming Kai dan peguam Hassan Karim.

Daripada 200 peserta yang hadir, kebanyakannya penduduk tempatan.

Suasana penuh warna-warni dengan adanya penyokong wanita yang menghampar tikar di bawah kanopi ceramah. Malah ada berdiri di kiri dan kanan menghadap dataran dan kanopi itu.

Malah juga yang asyik mendengar ceramah daripada gerai bihun sup atau sambil membelek barang-barang di gerai-gerai jualan sepanjang Jalan Sawah Baru, lapor Malaysiakini.

Sebelum itu, Nik Aziz yang tiba dengan tongkatnya seperti biasa kira-kira jam 11.00 malam disambut dengan laungan takbir.

Kawasan yang becak akibat hujan sebelum itu menyebabkan beliau dibantu dua orang yang memegangnya dan menyuluh ke tanah untuk ke pentas ceramah.

Ketibaan beliau menyebabkan orang ramai yang pada mulanya tidak ramai berbondong-bondong merapati kanopi untuk mendengar ucapan dan menatapi wajah Nik Aziz dengan lebih jelas.

Bukan sahaja masyarakat Melayu, kelihatan juga pengundi kaum Cina.

Bagaimanapun, terdapat juga yang 'mengintainya' dari jauh, di atas motosikal dekat jalan raya, tanpa memasuki kawasan tersebut.

Read more ...

Laporan polis terhadap calon BN

Pengundi buat laporan polis terhadap calon BN

LABIS, 27 Jan: Seorang pengundi di Dun Tenang, Mohd Nasir Ahmad membuat laporan polis terhadap calon BN, Mohd Azahar Ibrahim berhubung kes melelong tanah seorang lelaki sewaktu menjawat Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Mohd Nasir merupakan kawan kepada pemilik tanah yang dilelong itu, Mansor Mohamad membuat laporan berkenaan di Balai Polis Labis, di sini, pada jam 11.50 pagi tadi.

Beliau di dalam laporan itu menyatakan tanah rakannya itu yang beralamat di HS(M) 535, Lot 2091, Mukim Jabi, Segamat telah dilelong pada 1 Disember 2003 lalu.

Katanya, punca tanah rakannya itu dilelong adalah kerana tunggakan bayaran ansuran kepada CIMB Bank tetapi dia tidak dimaklumkan secara rasmi tanahnya akan dilelong.

Tambahnya, pegawai bertanggungjawab mengendalikan kes itu bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Segamat adalah Mohd Azahar Ibrahim, iaitu Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat yang sekarang menjadi calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang.

“Beliau telah gagal menyerahkan notis pendengaran kes lelong ini kepada Encik Mansor. Ini menyebabkan Mansor tidak berpeluang menebus tanahnya kembali secara rasmi.

Menurutnya lagi, apabila saat-saat akhir Mansor mengetahui secara tidak rasmi berkenaan lelongan tanah tersebut, maka bayaran sebanyak RM10,000 telah dibuat kepada CIMB Bank bagi tujuan menebus tanahnya kembali.

Mansor juga, katanya memiliki wang tunai sebanyak RM12,000 bagi tujuan tersebut dan telah merayu kepada Mohd Azahar supaya membatalkan lelongan, malangnya rayuan itu tidak dilayan.

Beliau berkata, sebagai pegawai bertanggungjawab yang bertindak di atas kapasiti sebagai ‘majistret’, Mohd Azahar berhak membatalkan proses lelongan tersebut memandangkan Mansor telah bersedia menebusnya tetapi beliau gagal bertindak secara bijaksana.

“Saya mengesyaki terdapat perundingan sulit di antara Mohd Azahar dengan pihak-pihak terbabit. Saya bimbang rakan saya, Mansor telah menjadi mangsa salah guna kuasa seorang penjawat awam,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa polis menyiasat adakah terdapat salah laku Mohd Azahar di samping untuk membersihkan nama calon BN itu.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil yang turut mengiringnya berkata, pihaknya menyokong laporan polis itu dibuat dan bersedia memberi kerjasama untuk dibawa kepada pihak yang lebih tinggi.

Read more ...

Ahmad Maslan akan diisytihar sebagai pengecut

Jom berdebat atau Datuk diisytihar pengecut

http://media.themalaysianinsider.com/images/stories/2010jan1/ahmad-jan2.jpgLABIS, 27 Jan: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan akan diisytiharkan pengecut dan bacul jika enggan menyahut cabaran Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman untuk berdebat bagi menyelesaikan 20 perkara isu mengenai Felda.

Mazlan berkata, Anak memberi tempoh sehingga 28 Januari (esok) untuk berdebat dan Ahmad Maslan berhak untuk menentukan tempat yang sesuai berdebat tetapi dalam Dun Tenang.

"Ahmad Maslan jangan cari alasan, jom kita berdebat atau Datuk bakal diisytiharkan pengecut. Malu dan terhina warga Felda mempunyai pemimpin bertaraf menteri yang bacul," katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Dun Tenang di sini, pagi ini.

Beliau berkata, sudah dua kali Ahmad menolak tawaran berdebat secara terbuka pada 7 Julai 2010 dan diajak berdialog secara tertutup.

Kali kedua, katanya pada 25 Januari Naib Presiden Anak, Samsul Bakri serta Setiausaha, Zabidie Abas telah menyerahkan surat debat di Pejabat Felda Wilayah Segamat.

Dalam sidang media itu beliau turut mendesak Ahmad mendedahkan faedah persaraan Tan Sri Yusof Nor selaku bekas Pengerusi Felda dan juga Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Isa Samad yang dikatakan mendapat bayaran RM100,000 sebulan.

"Ini wang rakyat jadi kita minta Ahmad Maslan perlu perjelaskan dan bertanggungjawab," tegasnya.

Mazlan berkata, rakyat khususnya warga Felda menuntut penjelasan terbuka terhadap 25 isu-isu berbangkit antaranya, benarkah dakwaan mengatakan pemilihan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang baru atas kehendak isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Selain itu, katanya warga Felda mahu penjelasan mengapa kos tanam semula peneroka begitu tinggi hingga ada yang mencecah hampir RM100 ribu, mengapa kos tanam semula masih dikekalkan kadar faedah 6.25%, kadar yang sangat tinggi dan tidak pernah berubah dari dahulu.

"Mengapa tidak diserahkan wang tanam semula berjumlah RM17,000 caruman peneroka selama 20 tahun, mengapa pelbagai syarat dikenakan terhadap tuntutan wang tanam semula?" soalnya lagi.

Katanya, peneroka Felda juga mempersoalkan mengapa Felda Plantation tidak boleh dimansuhkan walhal ianya boleh memberi manfaat kepada 79,000 generasi kedua Felda, berapa untung sebenar Felda Plantation yang kononnya diguna untuk membayar gaji 25,000 kakitangan Kumpulan Felda dan 45,000 pekerjanya.

Tambah beliau, benarkan terdapat 43 anak syarikat Felda sedang bermasalah serta projek perumahan generasi kedua Felda Air Hitam, Kluang yang dijanjikan lebih lima tahun tidak terlaksana.

Read more ...

Calon BN tiada integriti

Integriti: Tiada pilihan melainkan undi Cikgu Mala

NONE
LABIS, 27 Jan: PAS masih bertegas untuk menyatakan bahawa kes mahkamah calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang bakal didengar di Mahkamah Tinggi Muar pada 7 Februari ini merupakan satu bukti jelas bahawa kes beliau adalah jauh dari selesai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Azahar tidak lagi boleh berdolak-dalik untuk menyatakan bahawa beliau mengikuti prosedur lelongan dan bertindak dalam batas-batas peraturan.

“Apa yang menjadi lebih malang ialah kenyataan beliau semalam terus menafikan bahawa tidak bersalah dan yang bersalah adalah Mansor Mohamad yang telah meminjam dari bank CIMB dan tidak membayar ansurannya sehingga tanah perlu dilelong,” katanya pada sidang media di Markas Operasi PAS PRK Tenang di sini, hari ini.

Katanya, Azahar hanya bertindak menjalankan tugas sebagai seorang Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat dan apa yang lebih malang lagi adalah kenyataan Datuk Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri merangka ketua penerangan Umno bahawa kesalahan itu adalah bersifat sivil dan bukan kriminal.

“Kami ingin sekali lagi mengingatkan kepada calon Umno BN ini bahawa kesalahan beliau adalah melelong tanah secara tidak sah, bukan sahaja tidak mengikut prosedur, malah adalah satu perkara yang jelas bahawa beliau tidak kompeten dan tidak bertanggungjawab,” ujarnya.

Oleh sebab itulah, katanya Mahkamah Tinggi Muar memerintah dikembalikan tanah itu kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

Menurutnya, jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan.

“Di sini, kami sekali lagi ingin tegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno BN yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi beliau tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri,” ujarnya yang juga ahli parlimen Pokok Sena.

Hakikatnya, tegas beliau fakta-fakta yang gtelah PAS dedahkan sejak pendedahan isu itu jelas menunjukkan bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya sikap Azahar dan pemimpin Umno amnya adalah sangat bermudah-mudah dengan isu-isu integriti, penyalahgunaan kuasa dan pertanggungjawaban.

Tambahnya, meskipun isu itu bukan kesalahan kriminal berat seperti membunuh, mencuri dan merompak, namun atas kesalahan pengurusan dan saratnya negara ini dengan amalan pincang, tempang dan tidak bertanggungjawab seperti yang dilakukan calon BN itulah, maka negara hari ini terjerumus dalam sistem penghantaran yang tiris dan bocor seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara yang menelan belanja dana rakyat sebanyak RM28 bilion setiap tahun.

“Kami mahu pemimpin Umno BN menimbang kembali pencalonan Azahar kerana ternyata berlawanan, bukan sahaja curang kepada partinya dalam menutup kesalahan dirinya bahkan akan menjejaskan kredibiliti pentadbiran kerajaan.

“Kami mempertegaskan dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis-krisis pengurusan kewangan yang besar yang berpunca daripada ketiadaan integriti kepimpinan, maka PRK N05 Tenang ini tidak memerlukan seorang calon yang akan memburukkan lagi keadaan sekaligus memburukkan serta memangsakan rakyat yang lemah,” ujarnya.

Justeru, tegasnya para pengundi PRK Dun Tenang tidak mempunyai pilihan lain melainkan memilih calon PAS, Cikgu Mala yang telah dibuktikan cemerlang dan tidak dipersoalkan integriti berbanding calon BN.

Read more ...